Tuesday, January 26, 2010

*HikMaH*

Salam...

Setiap kejadian yg berlaku pasti ada hikmahnya disebalik kejadian tersebut. Perkara tesebut kita sebagai manusia tak boleh nak menafikan.

Semalam, apa yg berlaku kat aku tu pun memang ada hikmahnya. Aku terfikir gak...nape tiba2 jd cam tu??? kaki aku sakit sangat petang time aku balik dari persatuan badminton, then sampai umah kaki aku sakit sangat2 sampai nak jalan pun tak boleh (memang teruk sngat sakitnya...sampai aku tak leh tahan n nagis2 time ayah aku urutkan kaki aku :( sebab terlalu saki).

Malam tu gak aku g klinik n dr bg ubat ngan MC untuk hari nie. Tp time aku ngah jalan nak masuk bilik dr, sakit tu dah reda sikit. Tp still sakit ler. Then aku dah dah dapat MC. Time ngah balik tu aku dh msj Pn. Sithi cakap aku MC. Pas dah sampai umah tu alhamdulillah sakit tu dah kurang.

Then aku dapat msj plak dr Dr. Termit yg menyatakan dengan bangganya dia adalah penyelia kami. (aku jd sangat risau dan tak senag duduk, terus terfikir nak g sekolah gak esok tu sbb kaki pun dah reda sakitnya). Aku yg klu boleh tak mau Dr.Termit akhirnya dapat gak dia. Tak tau ler, berserah jer jawabnya. Pengetua n Pn. Sithi cakap Dr. Termit sangat serius n susah nak bg markah kat students. :(

Tp mak aku dah cakap, dah dapat MC rehat jer kat umah, tak yah g sekolah coz aku ckp kaki aku dah baik sikit n klu boleh nak p sekolah. Then abg aku pun marah gak. Dia cakap dah ade MC wat ape nak g sekolah lg???. Yg ayah aku lg lar, td pg dia tnya aku, berapa hari Dr. bg MC? aku cakap sehari jer then ayah aku cakap "nape tak MC 2 hari". Hahaha...aku yg cuti satu hari pun dah naik risau...nie kan plak 2 hari???. Mak aku cakap kat ayah aku, "sehari pun dia dah risau, nie nak suh duk umah 2 hari". (mungkin ayah aku cian kat aku yg nagis teresak2 semalam sebab sakit sangat kot...huhuhu :p ).


Tp, yg pasti, apa yg berlaku tu ada hikmahnya. Td mak suh adik dia (merangkap pak cik aku..huhu :p ) chek kereta. Pas dah chek, rupa2nya air beteri kereta dah kering kontang. Patut lar semalam time kuar dari klinik n nak balik, abg aku hidupkan enjin kereta tak boleh. Pas 3 4 kali try baru boleh.

Then aku terfikir gak, klu boleh nak bg lar kawan LM aku yg boleh drive pinjam kereta. Tp memang kehendak Allah coz akhirnya tak terbg pinjam pun coz klu kaki aku teruk ag, aku nak kena guna keta n minta tolong pakcik aku anta g klinik balik.

Then td pas pakcik aku dah chek kereta, dia cakap macam tu, mak aku pun cakap. Nie kehendak Allah sbb tiba2 malam tu kaki aku sakit sangat2 sampai tak tertanggung. Then aku g amik MC. Pas tu kawan yg nak pinjam keta pun tak jd. Klu aku g sekolah gak n drive sampai pulau tikus ngan keadaan air betri yg dah kering kontang tu, aku tak tau ler apa akan jd. Silap2 sebelum sampai sekolah dah mampus keta tu tengah jalan. Then klu kata kawan LM tu amik n bawa pun lagi lar kesian kat dieorg klu jd masalah2 macam tu.

Jd memang betul lar ada hikmah disebalik apa yg terjadi semalam. Mungkin memang Allah nak lindungi kami :) Alhamdulillah....

Bila aku fikir pun aku rasa sangat pelik. Semalam cara aku terpelecok tu tak ler teruk mana pun. (yg nak tergelaknye, ade 3 students turun tangga depan aku, then sorang tu terperasan aku nak jatuh, then dia menjerit cikguuuuuuuuuu!!!!!! Yg aku nie dah memang terduduk ckit kat bawah tu, cepat2 aku bangun n cakap, it's ok...tak der apa2...nak cover malu sebenarnya...huhu :p ) then yg dua org ag students tu wat do no jer lar, n dieorg pun tak perasan aku nak jatuh kecuali budak yg menjerit tu.

Then bayangkan sepanjang aku kat sekolah sampai dekat kul 3.30 @ 4 petang macam tu sakit kat kaki nie sikit2 jer. Sengal2 biasa n rasa akit dekat urat kaki. Then aku pun urut2 lar sendiri. Terus lepas tu sakit tu jadi sangat kuat sampai aku tak leh nak jejak lantai langsung. Tuhan jer yg tahu sakit tu macam mana :( Then bila dah balik tak yah cerita ler...sangat sakit sampai aku nagis2 dah depan ayah aku. (malu gila wei!!!) Nasib baik aku anak bongsu n boleh consider anak manja...huhu....

Then yg menjadi lagi ajaibnye, time aku jalan masuk nak jumpa dr...sakit tu kurang sikit. (mungkin sbb ayah aku dah urut n sapu minyak panas) Sebelum tu memang berdenyut2 kaki aku nak bangun pun tak boleh. Then bila dah naik umah balik sakit tu makin kurang. (time nie aku dah msj pn Sithi cakap MC). Then malam tu pas aku dah makan ubat n sapu krim hari nie alhamdulillah ler dah o.k.

Then buat aku terfikir sendiri. Apa yg berlaku tu memang betul2 satu halangan supaya aku tak payah g sekolah hari nie.
(dalam hati sedih coz aku nie jenis yg tak suka ponteng2, kononnya baik ler...huhuhu :p ).


Mak pun cakap, nasib baik lar tak g gak sekolah bawa keta n nasib baik gak tak bg kawan tu pinjam kereta. Memang sakit yg aku tanggung sebentar semalam tu ada hikmahnya :) mungkin Tuhan lindungi aku daripada sesuatu malapetaka yg lebih buruk lagi. Allahualam.....


Apa2 pun...setiap kejadian yg berlaku tu memang ada hikmahnya. Tuhan akan melindungi sesiapa saja yg dia nak lindungi. Teringat aku mingu lepas kot, aku macam biasa drive balik sorang coz kak sha ngan ayu stay back kat sekolah. Then sampai satu simpang
(fikiran aku kira menerawang jauh gak ler coz hari tu baru pas kena bambu ngan pengetua n Pn. Sithi tak silap aku). Then aku terfikir nak kuar terus jer coz perasan macam tak der kereta. (atau aku yg mamun tak perasan n tak tgk kanan tak tau ler). Pas tu aku terus break jer kereta. Tahu2 jer ade lori lalu punya laju plak tu. Allahuakbar!!!! nasib baik aku tak kuar terus td. Allah masih sayang kat aku n masih melindungi aku. Syukur Alhamdulillha :)


Allah itu sememangnya maha pengasih dan penyayang. Allah masih melindungi aku daripada perkara2 buruk yg melibatkan kereta dan jalan raya. Cuma benda kecil2 tu terjadi n semua tu normal lar. Aku mohon supaya Allah akan sentiasa melindungi aku dari malapetaka yg tidak baik. Dan sentiasa melindungi semua orang2 yg aku sayang.....Aminnnn!!!



Saturday, January 23, 2010

*DuGaAn*

Salam...

Dalam hidup nie memang normal semua manusia akan menghadapi macam2 dugaan....

Cuma bergantung pada manusia itu sendiri sejauh mana mereka mampu untuk berdepan dengan dugaan tersebut.....

Ada sesetengah manusia boleh hadapi dugaan tu dengan tabah.......

N ada juga manusia yg akan terus putus asa dengan macam2 dugaan n cabaran yang mereka hadapi........

Macam mana ngan aku????? Yup....aku memang sedang berdepan dengan dugaan yg agak berat sekarang. Tp alhamdulillah setakat nie aku masih kuat lagi. N sampai sekarang..aku masih boleh tersenyum lagi :) Mungkin sebab orang yg aku sayang banyak bg nasihat n galakkan dekat aku....org yg aku sayang...my mom, my family, my friends n of course my beloved fiance... :)Thanks to you all.

Kadang2 ngan dugaan n cabaran yg aku lalui nie buat aku terfikir, (Am I really want to go in to that kind of environtment??) Yup, kadang2 aku hilang minat nak teruskan kerjaya aku sebagai seorang guru.....sbb masalah2 yg aku hadapi, tp jauh di sudut hati aku, itu sesuatu yg bersemadi dalam jiwa aku. Memang cita2 aku sejak kecil lg nak jadi cikgu. In fact aku akui suasana bila berada dikalangan pelaja2 comel tingkatan satu, espacially my cute students from 1 Azam memang best. Tp perasaan tu sedikit pudar bila aku berdepan ngan students tingkatan 4 aku from 4 Bakti.

Kadang2 aku rasa macam aku bernasib malang.

Kadang2 aku rasa semua nie ujian untuk aku.

Kadang2 aku rasa semua nie masa depan aku.

Kadang2 aku rasa macam aku sekadar menjalankan tugas aku n kewajipan aku.

Aku tak pasti apa yg aku benar2 nak dalam hidup aku sekarang. Aku nak teruskan ngan apa yg aku tengah lalui sekarang nie atau try to find something else for my future????

Aku betul2 tak tahu n perasaan aku berbelah bahagi sekarang nie. Tp bila aku fikir2 balik...dari kecil aku memang nak jd cikgu tp cikgu tabika @ cikgu sekolah rendah. (Memang tu minat aku coz aku sgt suka budak2 kecil....hehe..). Tp rezeki aku alhamdulillah aku dapat lebih dari apa yg aku nak. Aku masuk university dan dapat juga amik aliran pendidikan. Tp kali nie aku dapat jd cikgu tp bukan cikgu untuk kanak2 sebaliknya cikgu utk remaja plak. huhuhu....

Tp terus terang aku cakap, sepanjang 2 minggu lebih aku kat sekolh, jauh di sudut hati aku nie, aku dapat rasakan yg jiwa aku sebati utk menjadi cikgu. Aku rasa aku nak ajar anak2 murid aku sesuatu. Aku nak buat yg terbaik n nak jd yg terbaik. Aku dapat rasa keseronokan bila anak murid aku nak study n faham bila aku mengajar. Aku juga dapat rasakan perasaan sedih bila aku tak dapat nak all out n bagi students aku betul2 faham apa yg aku nak ajar. (yg nie terjadi berdasarkan pengalaman aku mengajar grammar kat students form 4 n ajar poem baru2 nie kat students form 1 aku). Tp tu semua pengalam yg aku lalui utk mengubah diri aku. Buat otak aku lebih ligat berfikir apa yg aku nak buat bg students aku enjoy bila aku mengajar? Apa yg aku nak buat bg students aku faham apa yg aku ajar???.

Tp bila aku dah mula nak berjinak2 menyayangi sekolah dan pelajar. Bila aku dah mula berangan2 nak jd cikgu, nak mulakan kerjaya (mungkin!!!), tiba2 sikap n perangai warga sekolah yg bergelar guru lain plak melunturkan semangat aku tu. Tiba2 buat aku terfikir yg aku nak smbung study ag. Klu boleh aku nak keluar dari environtment sekolah dan tak nak jadi cikgu. (ok tak klu aku buat business sendiri, buka tabika kemas n jadi cikgu tabika???? sebab aku sgt suka kanak2...hehehehe, tp modal sape nak bg??? huhuhu :p )

Tp bila difikir-fikir balik, klu aku g mana pun semua tempat ada manusia yg macam tu.

Semua kerjaya kena berdepan ngan suasana n keadaan yg macam tu. (Ada org atasan dan surbordinat. Ada yg baik dan ada juga yg berhati busuk...tu normal).

Perlu ker aku melunturkan minat aku semata2 utk benda2 yg macam tu???. Atau memang Allah S.W.T dah tuliskan sesuatu yg lain utk aku selain menjadi guru. (suri rumah sepenuh masa mungkin...then klu suka kanak2, ade anak sendiri lew, tak pun curi jab anak jiran...hehehe :p ).

Ntah lar....aku harap hari2 yg mendatang akan lebih baik lg. Aku harap Allah permudahkan utk aku. Aku harap aku dapat sesuaikan diri dan sudahkan LM aku dengan mendapat gred yg baik. Aminnn!!!!

Sunday, January 10, 2010

Am I rEaDy To Be A tEaChEr???

Salam....


Esok pg aku dah kena g sekolah. Tiba2 hari nie aku rasa semacam jer. Ntah macam mana lar students2 yg bakal aku jumpa n ajar selama hampir 4 bulan yg akan datang?? Aku dah mula risau sangat nie. Setakat nie pengetua n penolong kanan 1 sek convent pulau tikus memang o.k.



Hari rabu lepas kami dah g sek tu buat lawatan awal. Macam biasa aku yg jenis payah sikit nak ingat jalan terpaksa janji ngan seorg budak lagi yg sama2 LM kat sek tu nak ikut dia g sek tu. Tp nathan kawan LM kami yg major ekonomi, tiba2 ade hal terpaksa balik Sungai Petani malam selasa tu. Tp die dah msj aku cakap akan balik pg tu tp mungkin akan lambat sikit. Aku yg sememangnya tak sure jalan nie cakap o.k kami akan tunggu dia gak ler nak g sama2. Akhirnya tunggu punya tunggu, last2 kami yg sepatutnya jumpa PK1 kul 10.30, kul 11.15 baru sampai kat sekolah. Tp time tu kak sha, coursemate aku dah tpn cakap kami akan lambat sampai, PK1 (Pn.Sithi) cuma cakap o.k jer. Mula tu aku ingat siap lar kami, mungkin akan kena tegur sbb lambat sampai. Tp bila masuk pejabat jer Pn.Sithi sambut kami ngan baik. Siap bersalaman, tnya nama kami n cakap tunggu kejab lagi masuk jumpa pengetua. Bila dah jumpa ngan pengetua...alhamdulillah...pengetua pun sangat baik dan ramah berborak ngan kami. Siap bagi nasihat sebelum kami betul2 berdepan ngan students Isnin nanti. Aku rasa lega coz pengetua n PK1 sangat baik dan peramah. :) Esok akan tahu plak ragam pelajar2 kat sekolah tu n mungkin akan mula belajar ragam guru2 kat sana dari hari ke hari.



Students sek tu terdiri daripada Melayu, Cina dan India. N yg bestnya (aku sangat suka...hehe :p) semua adalah pelajar perempuan. Aku nie agak segan dan pemalu nak bergaul dengan lelaki, tp klu students lelaki yg muda dari aku tu o.k lar kot. Tp bila dengar semua perempuan aku rasa lega :) Pas tu yg bestnya lagi, nasib baik tak der cikgu lelaki yg perlu aku berurusan...hehe...coz semua cikgu kat sana adalah perempuan. Ada seorg ustaz yg baru masuk n pengetua cakap akan ada seorang lagi guru lelaki baru yg akan masuk. Tp rasanya aku tak perlulah nak risau coz tak der urusan ngan aku. nasib baik guru pembimbing kami pun perempuan. Klu dibuatnya guru lelaki n yg tak berapa nak tua, (++ handsome plak tu...wkwkwk :p Tp tak der yg lagi handsome dari abg di hati ayg nie...hehehe :p jgn risau eah..hehe...) kan mampus aku nak berkomunikasi. Nak tnya pun boleh jadi tak tertanya klu berdepan ngan cikgu lelaki macam tu...hahaha...(Tiba2 lidah kelu berbicara :p). Aku nie memang macam tu, klu dah namanya kaum adam, aku boleh jadi sangat pendiam n tak peramah. (pendek kata...aku bukan aku).



Lepas dah borak ngan pengetua, kami jumpa pn.Sithi balik. Die cakap aku kena mengajar form 1 n 4 utk kelas BI n form 2 utk kelas ICT. Aku dapat kelas no.2 utk form 1 n kelas terakhir utk form 4. Kelas ICT form 2 plak kelas no 2 tak silap aku. Tapi sek tu kecil n tak banyak kelas. Cuma ada 4 kelas untk setiap form. Pas dah g tau kelas, pn. Sithi bawak kami g bilik guru. Bertuah n nasib baik kami 4 orang ade tempat kat dalam bilik guru tu. So tak payah lar kami menumpang kat library ker @ kat mana2...hehe.. :) Walaupun bukan sebelah2...tp tak jauh mana pun n boleh lar klu kata nak bincang ape2 ker...rasa tak der masalah. Pas dah kenalkan kami semua dekat guru2 dalam bilik guru, then pn.Sithi cakap nak suh kami jumpa guru yg jaga bahagian kokurikulum. Tp cikgu tu bz plak, so pn.Sithi cakap kami dah boleh balik n datang balik hari isnin untk ambil jadual kelas dan seterusnya hari selasa baru mula mengajar. Pn.Sithi cakap tak perlu buat lesson plan lagi. Dan aku yg agak risau nie bertanyakan tentang buku teks yg sepatutnya kami dapat. Boleh lar buat rujukan awal dan sekurang2nya dpt tgk overall tentang apa yg perlu diajar. Tp pn.Sithi cakap guru yg handle SPBT bz n sek tersebut sememangnya kurang buku teks n berkemungkinan kami perlu berkongsi ngan guru lain. So tak dapat lar kami ambil buku teks. Pas tu pn.Sithi cakap tak nak perkenalkan kami pada students lagi hari tu, (mungkin tak nak bg students exited lebih kot...huhu ) so kami pun balik lar rumah.


Tp hari nie...saat dan detik nie aku rasa sangat cemas. Macam mana lar students2 yg bakal aku jumpa esok???? Dah lar aku belum buat lagi lesson plan. Dah tu aku tak tahu pun ape2 sal sukatan pelajaran. Ape yg nak disediakan??? First class nak buat apa? nak ajar apa? Aku SANGAT RISAU!!!!!! Tp esok pagi2 dah ada dekat sek, aku rasa kami boleh bincang ngan guru pembimbing masing2 ape yg perlu disediakan. Tp aku tetap risau. Kawan2 yg lain setengah tu dah mula mengajar pun hari nie, coz dekat Kedah Ahad adalah waktu persekolahan. Bila fikir dieorang, aku rasa lagi berdebar2 nak g sekolah esok :( ngan tak sediakan apa2...macam mana nie????


Boleh ker aku berdepan ngan students n menjadi seorang cikgu??? Tiba2 aku rasa macam tak yakin. Aku rasa takut n teramat lar risau. Can i really do that??? What going to happen next??? can i control the class??? Will students listen to me when i'm teaching??? What to teach???? arrrgggghhhh!!!! :(


Aku harap semua akan berjalan lancar esok. Aku harap students2 aku baik2 n leh dikawal. Klu tak terpaksa lar kot cikgu yati jadi garang macam singa...huhu...tu terpaksa coz pengetua sendiri dah cakap. Jgn terlalu baik ngan students n jgn sesekali minta maaf even kita buat silap pun coz students is students n teachers is teachers. Then pengetua juga cakap klu tak tahu ape2 pun, terus cakap tu homework dieorg n esok cikgu akan tnya balik. Do not ever say "I Don't know" sebab students akan mula down gred cikgu tu. (Bagus gak tips2 yg pengetua bg kat kami tu...hehe). Then pengetua cakap klu kami sendiri tak confidance, so students akan mula ambil kesempatan n tak hormat dekat cikgu. Soooo....teachers kena sentiasa yakin n teachers is always right...hahahaha :p


Saturday, January 2, 2010

WhAt Is ~LoVe~

Salam...

L+O+V+E = LOVE.


Actually what is love????? I really don't understand what is the real meaning of love. How people show love? What kind of situations, we can call that is love? Is it love need to be shown than we can say that someone love us? Or it's just related to our heart? For me???? Of course it's related to heart. Deep inside my heart i know that someone love me. Is that enough??? Just inside the heart???? Or my situation now itself make me feel n think that, is enough if we have love in our heart??? Fuuuhhh!!! i don't know.


Why suddenly i'm talking about love? Because me myself have a weird love story that i'm facing right now, but than it's not a big deal for me. hehehe :p (yg penting aku bahagia dengan cara aku sendiri).



Td aku kuar ngan abg aku n sorang kawan dia. Aku ajak abg aku kuar coz nak g batu feringgi, nite market, coz nak beli hand bag. Mula tu nak ajak nonie skali tp then nonie dah ada temu janji ngan bakal mak mentua dia plak. So tak jd lar nonie ikut. So abg aku ajak lar kawan dia p sekali. Nak dijadikan cerita. Aku nampak melalui kawan kepada abg aku nie situasi n keadaan sebenar "people in love"


Si kawan abg aku nie nak tepn bf dia. Maybe dia dah msj bf dia tak balas. So, dia pun dah tak senang duduk. Dia mengadu2 lar cakap geram kat bf dia. Nape tak balas msj? Rasa tak sedap hati....bla...bla...bla....then last2 dia cakap, "o.k, dari td dia tak balas msj aku, i hv decided that tepat kul 11 klu dia tak balas aku nak call dia".


Then aku tgk jam baru kul 10.35 cam tu dia dah call, then, call waiting. So bf dia ngah cakap ngan org lain. Then dia terus lagi tak senang duduk. Jadi risau bf dia ngah cakap ngan sapa. Pas tu, duk sat call lagi, tak diangkt. Pas tu dia lagi bad mood. Pas tu msj lg. Tak di balas. Then aku ngan abg aku pun cakap lar something bg dia cool ckit. Abg aku ckp mungkin bf dia ngah borak ngan kawan lama. Then aku plak cakap tunggu lar kul 11 baru tpn, awal lg lum kul 11. Pas tu tak sampai beberapa minit bf dia dah reply msj cakap baru balik umah. Tu dia tak puas hati lagi, tpn plak lagi. Yg si bf tak angkt lagi. Pas tu jd busy plak. Lagi dia bad mood. Then dia pelik ler, baru balas msj then bila dia call balik, tiba2 busy n tak angkt plak. Pas tu aku ngan abg aku cover2 lar lagi. Abg aku cakap mungkin luar kawasan tak der line. Yg aku plak cakap mungkin kawan dia call coz dapat free calling time birthday ker.
Semua tu wat dia tak puas hati. Terus dia tak senang duduk. Pas tu lama sikit dia call n bf dia angkt gak. Then bg alasan lar why tak jawab td. Semua tu wat dia tak puas hati lagi, dia tanya plak nape call waiting td, ngah call sape???. Then kawan tu pun bg lar alasan dia...bla...bla...bla...


Semua nie berlaku dalam masa lebih kurang 30 minit. Serius time nie aku terkenangkan aku dan kisah cinta aku. Dalam hati aku ingat, tu dah kira cukup baik dapat reply n call dalam masa 30 minit. Sekejap pun tak boleh tunggu. Kalau boleh every second nak tau apa bf n gf ngah wat. Si perempuan tak senang duduk nak tau bf dia wat apa, n the same things si lelaki sentiasa nak tau gf dia ngah wat apa. Tu ker namanya bercinta???? Then aku tefikir, kalau lar si kawan abg aku tau aku ngan love story aku, sure dia terkejut tahap gorila...wkwkwk. Mesti dia cakap aku nie yg gila coz leh terima situasi n kedaan yg macam aku ngah face sekarang. Hehehe... tak dapat aku bayangkan klu kawan abg aku yg ada kat tempat aku, sure dah lama dia minta putus dah....huhuhu...


So, can i say that u r lucky to have me???? hehehe :p Aku rasa tak der perempuan yg leh tahan klu ada dekat tempat aku nie. Mungkin ada pun 1 dalam 1000 n one of them is me. So, aku lar satu dalam 1000 utk dia. hehehe :p Dah byk komen dari org yg aku dapat bila aku cerita tentang aku dan kisah cinta aku. Most of them said that, just leave him!!! Tp aku plak akan sokong dia n cakap apa yg dia buat tu betul. Walhal aku mengadu sal masalah sakit hati aku yg tak tertanggung. huhuhu. Aku nie kira cukup kuat lar gak..hahahaha...bertahan sampai dah bergelar tunang dia. Then buat aku terfikir gak, normal lar kan apa yg aku rasa? coz semua org yg bercinta rasa apa yg aku rasa. Tp nape pelik coz dia tak rasa apa yg aku rasa? Atau dia pun sama2 merasa n buat2 tak rasa? huhuhu. i don't know either.


Apa pun aku masih lagi boleh bertahan n teruskan kehidupan aku macam biasa. Sekarang nie aku dah kurang rasa sakit hati macam yg aku selalu rasa sebelum nie. Mungkin coz situasi dah bertambah baik @pun aku sendiri dah lali ngan kedaan yg macam tu. Maybe i don't care anymore...huhuhu...


Tapi satu yg aku boleh cakap. Org yg bercinta bagai nak rak nie, berapa % cinta dieorg betul2 success??? (memang lar ada, tak boleh nak di nafikan...huhu). Tp berapa ramai????? Berapa ramai plak yg bercinta bagai nak rak, pas dah kahwin perhubungan tu tak kekal mesra n bahagia macam time mula2 bercinta dulu??? Then berapa ramai plak yg jemu pas dah bertahun2 bercinta sebelum kahwin????



Bila aku tgk keadaan kawan abg aku td, dari satu sudut aku rasa "uishhh, aku tak rasa pun apa yg dia ngah rasa" (kira jelus lar dicintai n mencintai sampai macam tu sekali n most of the loving couple pun memang cam tu). Tp dari satu sudut yg berlainan aku rasa plak "perlu ker bercinta sampai macam tu sekali, sedangkan hubungan tu tak tau akan berkekalan sampai mana" Terlalu memaksa n macam seksa diri pun ada gak. Klu 24 jam macam tu, then tiba2 terkurang mesti rasa tak senang duduk. Aku dah pernah rasa semua tu b4 i know him, then everything is different after i know him. I learnt something new. It's really pain but when time goes on, everything look fine. Hehehe....



Yup it's weird but one thing i know that i love u so much dear :)

Monday, December 28, 2009

sAy ThAnKs To ALLAH ~Alhamdulillah~


Alhamdulillah...

Akhirnya hari nie dah 4 hari aku bergelar tunang kepada insan yg aku sayang. Memang sejak hari pertama lagi aku nak tulis post nie tp malam jumaat tu bz n penat sangat. Pas tu 2 3 hari lepas aku tak der mood plak. Nk mengarang nie kena ada mood baru boleh. Klu tak, fikir ape pun sekadar dalam fikiran jer n tak terkarang.


Ramai gak yg tanya, apa perasaan aku sejak dah bergelar tunang orang nie??? Ermmm...pada aku, aku tak tahu nak cakap...of coz lar happy. But then risau pun ada gak. Teringat kata2 pakcik Wahid hari tu. (nak ikat tu susah, tp nak putus sangat senang,salah cakap sikit dah boleh putus). Benda tu depands pada keadaan gak. Ikut orang, ikut fmly n ikut hati pasangan tu sendiri. Dan yg paling utama, mesti lar kena ada jodoh n diizinkan oleh Allah, baru boleh jadi.


Teringat aku kat sepupu aku yg bertunang bulan 3 ritu. Sedy gak coz sekarang mereka dah putus tunang. Macam2 khabar angin yg aku dengar. Lelaki tu tak baik, lelaki tu tak betul ckit...itu...ini....tp hakikat n kebenarannya hnya Allah jer yg tahu. Ape yg boleh aku cakap, mereka tiada jodoh. Memang tunang hari tu pun pilihan fmly. Mula tu aku rasa sepupu aku tu muda lagi n awal gak dia bertunang. Muda setahun dari aku. Tp memandangkan arwah pakcik aku kononnya suka lelaki tu nak dijodohkan ngan sepupu tu, so majlis diadakan dalam keadaan yg sangat cepat n kelam kabut lar gak kot. Coz arwah pakcik baru meninggal. N meriah gak majlis masa tu. Lama2 dengar plak nak putus. Akhirnya putus gak. Mak aku cakap, nasib baik putus tunang. Klu kata dah kawin baru tak serasi tu lagi berat. Betul gak tu. Nak wat macam mana, dah tiada jodoh. Tp aku tak risau sangat sal sepupu aku tu. She is still young n cantik orangnya. Mesti jadi rebutan ramai gak pas nie...huhuhu....so pada sesiapa yg berkenaan tu ada can lagi lar..wkwkwk...


Sekarang aku plak dah jadi tunang org. Rasa macam biasa jer n tak der plak rasa ape2 yg lain. huhu....tp gembira sangat coz bertunang ngan org yg aku cintai. Terfikir gak pas nie macam mana aku nak pertahankan hubungan nie. Selama nie aku byk bersabar ngan kerenah en.abg syg. Org cakap time tunang lagi berat dugaannya. So macam mana? Kuat ker hati aku macam sebelum nie???? I-Allah kuat kot...hehehe....

Ape pun aku bersyukur majlis tu berjalan ngan lancar hari tu. Agak kelam kabut ckit coz ramai orang. Rombongan belah pihak lelaki pun leh tahan ramai gak. Beberapa hari sebelum majlis tu memang aku sangat bz. Org tua2 cakap, sepatutnya sehari sebelum majlis, perempuan tak leh kuar rumah. Tu kata org tua2 lar. Aku selamber badak jer kuar...huhu..tp kuar bersebab lar. Makcik aku suh aku g mandi bunga. Ikut hati aku malas jer nak g. Tp dah org tua2 suh g. Ikut jer lar. Dalam hati ingat yg baik2 lar. Tp aku tak mandi kat umah nenek tu. Balik pagi jumaat tu baru aku mandi. Nenek tu cakap, nasib baik aku g. Coz ada halangan ape ntah die cakap. Aku nie tak percaya benda2 macam tu. Sekadar ikut cakap mak. Lg pun mandi bunga nie sebagai penyeri. Kan aroma bunga2an baik n mengharumkan badan...hehe :p

Dah tu balik malam tu aku g wat facial plak ngan sepupu aku nonie. Tu pun saje nak bersihkan muka. Abg aku lar beria nak suh aku g. Pas tu beria nak anta. Siap sangkut dalam trafic jam lg time on the way nak g sana. Ape2 pun aku ikut jer. Org suruh aku buat. Hehehe...klu ikut hati aku malas jer aku nak g wat benda2 macam tu semua :p Tp nenek tu ade pesan suh aku rendam n minum air sirih yg dia bg sebelum majlis ker selepas majlis aku tak ingat. Then dia cakap gak suh aku peggang atau selit dekat baju time hari tunang tu. Pas tu time wat facial org tu plak pesan. Suh aku sembab muka ngan air ais sebelum kuar g make up. Pg tu bangun jer aku nie dah tak ingat ape dah. Di tambah plak aku yg sakit perut tiba2 cirit birit pagi tu (sebab minum susu malam sebelum tido, cian kat aku). So aku g make up tak sembab pun muka ngan ais. Dah sampai umah tetamu dah ramai gak. Aku malu giler bila naik jer semua sedara aku tgk aku. Time jalan tu aku jalan belakang nonie coz malu yg teramat sangat. (Bayangkan aku yg berjalan dari hujung tangga, n semua mata memandang kat aku ja time aku jalan...huhu) Dah masuk2 dalam bilik sirih yg nenek tu suruh pegang ke mana, aku ke mana....wkwkwk...then dah malam tu baru aku ingat. Lol lupa nak amik sirih nie td. huhu...then sampai sekarang pun aku tak rendam n minum air tu. Ntah ler. Tawaqal n berserah jer pada Allah. I-Allah dengan izin Allah semuanya O.k n tak der perkara2 buruk yg akan terjadi. Amin!!!

Teringat aku palk kepada semua sedara2 aku yg banyak tolong aku dalam majlis tu. Beberapa hari sebelum majlis, pakcik n makcik2 aku dah datang umah, tnya itu dan ini. Suruh buat itu dan ini. Rasa terharu sangat. Makcik fazriah n pakcik yahya adik mak aku, kakak n adik mak, jun, kak sepupu aku, pas tu kak maz ngan abg shahar, nonie ngan hasna mai umah aku malam tu. Semua tolong kemas umah, pasang langsir, n nonie kuar ngan abg aku n abg shahar g amik kerusi kat kedai kak nor. N dieorg kuar coz nak beli bunga n buah. Last2 beli bunga ros hidup jer 40 kuntum...byk tu!!! Khas utk dia...hehehe :p (yg sedynya nonie tercicir hp die kat mana ntah, balik umah jer cakap hp hilang, kesian aku kat dia. Tp nak wat macam mana, dah tak der rezeki).

Then makcik aku yg sorang lagi tolong pakaikan inai kat aku. Aku rasa terharu sangat. Semua sedara2 aku byk membantu aku dari mula sampai habis majlis. Tak kurang gak yg risau n tnya sal fmly belah lelaki coz risau org jauh. Then thanks dekat pakcik hanif, adik mak yg bg hantaran coklat dalam bakul. Pas tu makcik faz n makcik siti yg bagi hantaran gak. Selain dari kek royal icing, baju kemeja n jely hantaran yg min buat tu, semua hantaran lain sepupu2 aku n makcik2 aku sponser....huhu...thanks semua :)

Then sorang lagi yg bnyk tolong aku mesti lar sahabat baik aku min. Dia yg banyak tolong aku bab2 hantaran nie. Tolong cari inai n bg org upah giling. Rasa segan pun ada gak ngan min. Min byk tolong aku. Min dah dtg umah aku pagi2 lagi kul 9.30 macam tu. Dia org pertama yg sampai umah aku. Cian min. Nak bg mandi anak dia pun tak sempat. Sampai anak dia, dia g mandi kat umah aku. Aku rasa terharu n sangat berterima kasih kat min. Semua hantaran yg min buat cantik. Memang aku berterima kasih byk2 kat sedara2 aku n kawan baik aku min. Time2 macam nie lar leh nampak siapa yg betul2 ikhlas n amik berat sal diri kita. Then min sempat lg cakap kat aku (tak pa yat, pas nie hng tolong aku plak time anak aku nak kenduri...hehehe, anak min lani baru 4 tahun) sempat dia bergurau ngan aku. Mak min pun datang gak ngan fatihah, adik bongsu min. Sungguh aku terharu. Tu kira ada gak yg aku tak jemput. Tp hampir semua tetamu yg kami panggil datang hari tu. Ramai n bersesak gak ler. Espacially time pihak lelaki sampai. Then tak lupa gak ribuan terima kasih kat abg aku n elias yg hari tu hampir 24 kali naik turun buat itu dan ini. Beli itu dan ini. Then yg berpenat lelah untu aku, mak n ayah aku mesti lar aku tak lupa. ~LOVE U ALL GUYS~

Ape2 pun terima kasih banyak2 kepada semua yg membantu hari tu dan aku bersyukur majlis hari tu berjalan ngan lancar. N Alhamdulillah fmly syg pun selamat sampai melaka. :)

Wednesday, December 16, 2009

*TeRkEnAnG*


Salam....

Kalau tgk pada gambar nie...nampak macam artis atau model yang wat photoshoot utk majlis kahwin jer. Memang nampak sangat sweet dan sepadan. Kalau org yg tak kenal pun akan ingat macam tu. Sebenarnya girl dalam gambar nie adalah sahabat baik aku masa aku kecil2 dulu. Gulshira name die. Orangnya sangat cantik. (sgt lawa sejak kecil lagi coz die nie sememangnya kacukan pakistan, ayah die bernama Samad khan klu tak silap ingat lar..hehe). Yg kat sebelah Shira tu husband dia.




Aku berkawan ngan die nie sejak aku darjah satu lagi. Kami kawan baik. Kebetulan waktu tu plak kami tinggal sekampung. So memang time dah habis sekolah pun main sama2. Time tu kanak2 nestum lagi lar....huhuhu...tapi umah die dekat flat medan tengku n rumah aku plak umah kampung (jelutong...salah satu nama tempat di Pulau Pinang...hehe). Selain dari Shira, kami berdua gak berkawan baik ngan min n biah. Dua lagi kawan baik aku time sekolah rendah. Biah n Min pun masing2 dah lama berkahwin n masing2 dah ade anak sorang satu.



Ape yg buat aku tulis post nie malam nie, tiba2 tadi abg aku tersebut nama shira n ckp dekat aku. "ehh..kawan hng gushira tu dah kawin, hng tau ka???" Aku yg dengar berita tu of coz lar terkejut coz aku ngan dia dah lama lost contact sejak habis tingkatan 6 dulu. 3 @ 4 tahun sudah aku last jumpa ngan dia, tu time kami sama2 form 6. Pas tu dah tak berhubung pun n baru2 nie aku ade nampak die kat majlis kawin sepupu aku, coz husband sepupu aku tu duk flat medan tengku gak dekat jelutong, mungkin dieorg jiran. Tp time tu aku nampak die n die tak nampak aku. Teringat gak nak tegur n aku pandang lar die, tp time tu die dah nak balik n aku pun bz n tak sempat nak g tegur die. Ade gak aku dengar org cakap yg dia dah berkerja sebagai peramugari, sama macam kak dia yg sulung tak silap aku. So klu berkesempatan borak, aku nak tanya lar dia. Tapi masa tu memang tak sempat nak tegur dia.



Ape2 pun, die lar satu2nya kawan aku yg tak sombong n tak lupa diri. Sampai sekarang cara dia tetap sama n tak berubah. N dia adalah seorang kawan yg suka gelak. Tu sampai sekarang aku tak boleh lupa..hehehe....tp time kecik2 dulu...dia ada tahi lalat yg besar kat muka dia. Dekat sekitar mulut tak silap aku. Tapi sekarang die dah buang tahi lalat tu. hehehe...



Dari darjah satu sampai darjah tiga aku sama kelas ngan dia. Mula masuk darjah 4,5 n 6 aku ngan dia dah tak sama kelas. Time tu aku kelas mawar n dia kelas kenanga. Tapi kami masih rapat lagi coz still g mengaji sama2 n tinggal sekampung. Time sekampung dulu, dia rajin datang lepak kat umah aku. Kebetulan Min pun pindah duduk dekat2 umah aku, so kami bertiga selalu jumpa n borak2. Then aku pun rajin gak g umah dia dekat flat Medan Tengku tu. Mengaji Al-Quraan pun kami g tempat yg sama (mengaji dekat aciNab time tu). Dekat flat sebelah rumah shira. Kami panggil dulu flat no.1 n flat no.2. Kira mengaji kat flat no.1 n rumah shira kat flat no.2...wkwkwk...sengal tul lar dulu2, suka2 letak nama flat no.1 n no.2...hahahaha...habis mengaji jer shira akan ikut aku balik dekat umah aku. Kadang2 kami berdua akan g umah Min yg jaraknya lebih kurang 3o langkah dari umah aku. Then mula lar kami bergosip. (time tu gosip kanak2 ler) hahahaha....(Semua kenangan indah tu akan sentiasa terpahat dalam hati aku). Then masa tu, bila apa2 aku mesti cita kat dia.


Pas tu bila masuk form 1 sampai lar form 5 pun kami satu sekolah. Tapi dari form 1 sampai form 3 aku kelas "A" tp dia kelas ape aku pun tak sure. Bila masuk form 4 n 5 aku masuk kelas aliran sains n dia aliran sastera. So bila dah tak sama kelas macam tu hubungan kami dah tak mula rapat macam time kami zaman kanak2 dulu. N ape yg buat hubungan kami makin renggang, masa habis darjah 5 jer aku dah pindah duk SG. Dua. Tapi lepas tu pun kami still kawan. Tapi hubungan kami dah tak seerat dulu. Tapi dalam hati aku, aku tetap anggap dia macam sahabat baik aku. Tak pernah berubah. Ingat lagi aku masa jumpa dia dalam toilet masa tngkatan 4 @ 5 aku tak ingat dah. Die tegur aku n cakap "ampa budak pandai masuk kelas pandai2...macam aku nie masuk kelas biasa2 ja" lebih kurang macam tu lar ayat dia. (tapi aku tak pernah anggap macam tu, she is still my best friend).


Dia nie tetap sama n tak berubah. Still anggap aku macam kawan n jumpa kat mana pun dia akan tegur aku. Lepas2 hbs form 5 jer aku g jalan2 dekat komtar ngan sorang kawan. Time tu tiba2 jer ade orang cucuk pinggang aku. (terkejut lar aku ingat sape lar wat cam tu dekat tempat public) rupa2nya shira, dengan excitednya die tegur aku masa tu, n teringat lagi aku sampai sekarang. Masa tu dia pakai baju warna hitam tak silap aku. Dia tak pernah menyombong diri walaupun memiliki rupa paras yg cantik. N dia pun tak pernah berburuk sangka pada orang lain coz walaupun aku masuk kelas yg lebih baik dari dia, dia tak pernah plak cakap aku nie sombong n tak nak berkawan ngan aku. Ade gak yg berfikiran macam tu. Mentang2 lar kita nie duk kelas depan, then wat kesimpulan sendiri yg kita nie berlagak pandai n sombong. (Aku tak der lar perangai macam tu...huhu...jumpa shira kat mana pun aku tegur gak die).



Then tak berakhir dekat situ coz form 6 kami satu sekolah lagi. Kali nie aku plak yg tukar aliran amik sastera. Time tu pun kami tak sama kelas. tapi aku still bercakap n berkawan ngan dia coz kami sama2 amik kelas ekonomi. walaupun aku rapat dengan fatimah masa form 6, tapi bila jumpa shira aku boleh lagi berkawan n berborak ngan dia. Cuma terus terang aku kurang selesa ngan kawan2 baik dia time tu. Mungkin dieorg jenis besosial kot, aku nie kuarang sosial...so memang aku sekadar boleh berborak ngan shira n tak boleh nak masuk ngan kawan2 dia yg lain. Tapi satu aku kagum ngan shira nie. Walaupun dia berkawan baik ngan budak2 lain sejak form 1, tapi dia tetap baik ngan aku n tegur aku klu jumpa aku kat mana pun. Even mak n abg aku pun dia kenal. Sampai mak aku pun bila sebut nama gulshira jer mak aku kenal. Mak aku cakap dia pernah tegur mak aku "eehhh, makcik nie mak yati kan???" Then abg aku pun sama..bila jumpa die tegur "ampa nie abg yati kan????". Tu yg buat mak n abg aku kenal dia n mak aku cakap die nie baik n tak sombong diri. Tu aku sangat setuju coz aku pernah rapat ngan dia dulu.



(Nie gambar shira time majlis pertunangan dia yg aku amik dalam facebook)

Jab td bila aku add dia dalam facebook, (aku tahu pun dia ada Fb melalui abg aku) terus dia approve n cakap ingat lagi ker aku kat dia. Dia cakap aku dah nampak lain sekarang. Sekarang nie pun still boleh nampak dia ingat lagi kawan2 n perangai dia masih sama macam dulu. Tak sombong n tak lupa diri. Memang susah nak cari kawan2 yg betul ikhlas dan baik macam nie. N aku rasa bertuah aku ada kawan2 yg baik2...hehehe...thanks to all my best friends coz being my friends. Memang byk kenangan pahit dan manis kita bersama namun semua tu akan sentiasa terpahat dalam hati aku nie sampai bila2..I-Allah :)

Friday, December 11, 2009

MaNuSiA mErAnCaNg Allah S.W.T mEnEnTuKaN

Salam...

Ajal, maut, jodoh pertemuan memang semua tu ketentuan Allah S.W.T. Kita manusia nie hanya mampu merancang dan Allah yang akan menentukan segalanya. Setiap manusia yang hidup dekat dunia nie tidak akan pernah dan tidak akan tahu bila kita akan meninggal dunia. Bila Allah S.W.T menginginankan kita kembali pada Nya maka tiada apa pun yg dapat halang ketentuan Allah S.W.T. "KUN FAYA KUN" bila Aku kata jadi, maka terjadilah ia. Tidak akan lewat walau sesaat pun. Dan kita tidak akan tahu dengan cara apa kita akan meninggal dunia. Saat itu pasti akan tiba dan dilalui oleh setiap manusia. Jadi kita yg hidup nie kena sentiasa beringat dan bersedia untuk menghadapi mati. Sediakan bekalan yang secukupnya sebelum tiba giliran kita pula nanti.



Apa yang buat aku tulis post nie hari nie, aku rasa sedih sangat bila tengok berita td. "Meninggal duania lepas 4 jam bernikah" tu tajuk berita td. Seorang lelaki, berusia 23 tahun, berkerja sebagai jurutera meninggal dunia ditempat kejadian apabila kenderaan yang dipandu terbabas masuk kejalan bertentangan dan bertembung ngan sebuah bus. Kereta tu hancur berkecai n ade gak barang2 pengantin dalam kereta tu. Emak, ayah pengantin lelaki tu dan seorang jurugambar (kawan kepada pengantin lelaki berusia 18 tahun) dalam kereta tersebut turut meninggal di tempat kejadian. Sungguh aku tak dapat tahan kesedihan tgk berita td. (mungkin sbb aku emosional kot) tp dari dulu lagi, klu aku dengar tentang kematian, mesti aku akan sedih. Aku sedih bukan sbb aku sedih org tu meninggal. Semua org akan pergi gak satu hari nanti. Apa yg buat aku sedih, bila aku terfikirkan org yg terlibat ngan org yg meninggal tu. Contohnya macam td. Sempat gak berita tu tunjuk muka isteri kepada mangsa yg meninggal td. Merah lagi inai di jari. Terus aku terbayang aku ada kat tempat perempuan td. Aku dapat rasakan kesedihan dia. Aku dapat bayangkan perasaan seluruh ahli keluarga dia. Semua impian n harapan dia musnah sekelip mata. Belum sempat buat majlis @ kendiri kahwin lagi. Dah bestatuskan janda. Ya Allah...........berat ujian yg terpaksa ditanggung oleh perempuan td diusia yg cukup muda. :(



Aku tahu semua perkara yg berlaku tu pasti ada hikmahnya dan Allah lebih sayangkan suami si isteri td. Dan aku juga tahu Allah takkan menguji sesesorang hambanya lebih dari apa yang mampu ditanggung oleh hamba2nya. Walaupun sukar n susah, pasti si isteri muda tadi dapat harungi ujian dari Allah utk dia. Aku berharap si isteri tadi kuatkan semangat n dapat teruskan hidup dengan Tabah. Amin!!!