Esok pg aku dah kena g sekolah. Tiba2 hari nie aku rasa semacam jer. Ntah macam mana lar students2 yg bakal aku jumpa n ajar selama hampir 4 bulan yg akan datang?? Aku dah mula risau sangat nie. Setakat nie pengetua n penolong kanan 1 sek convent pulau tikus memang o.k.
Hari rabu lepas kami dah g sek tu buat lawatan awal. Macam biasa aku yg jenis payah sikit nak ingat jalan terpaksa janji ngan seorg budak lagi yg sama2 LM kat sek tu nak ikut dia g sek tu. Tp nathan kawan LM kami yg major ekonomi, tiba2 ade hal terpaksa balik Sungai Petani malam selasa tu. Tp die dah msj aku cakap akan balik pg tu tp mungkin akan lambat sikit. Aku yg sememangnya tak sure jalan nie cakap o.k kami akan tunggu dia gak ler nak g sama2. Akhirnya tunggu punya tunggu, last2 kami yg sepatutnya jumpa PK1 kul 10.30, kul 11.15 baru sampai kat sekolah. Tp time tu kak sha, coursemate aku dah tpn cakap kami akan lambat sampai, PK1 (Pn.Sithi) cuma cakap o.k jer. Mula tu aku ingat siap lar kami, mungkin akan kena tegur sbb lambat sampai. Tp bila masuk pejabat jer Pn.Sithi sambut kami ngan baik. Siap bersalaman, tnya nama kami n cakap tunggu kejab lagi masuk jumpa pengetua. Bila dah jumpa ngan pengetua...alhamdulillah...pengetua pun sangat baik dan ramah berborak ngan kami. Siap bagi nasihat sebelum kami betul2 berdepan ngan students Isnin nanti. Aku rasa lega coz pengetua n PK1 sangat baik dan peramah. :) Esok akan tahu plak ragam pelajar2 kat sekolah tu n mungkin akan mula belajar ragam guru2 kat sana dari hari ke hari.
Students sek tu terdiri daripada Melayu, Cina dan India. N yg bestnya (aku sangat suka...hehe :p) semua adalah pelajar perempuan. Aku nie agak segan dan pemalu nak bergaul dengan lelaki, tp klu students lelaki yg muda dari aku tu o.k lar kot. Tp bila dengar semua perempuan aku rasa lega :) Pas tu yg bestnya lagi, nasib baik tak der cikgu lelaki yg perlu aku berurusan...hehe...coz semua cikgu kat sana adalah perempuan. Ada seorg ustaz yg baru masuk n pengetua cakap akan ada seorang lagi guru lelaki baru yg akan masuk. Tp rasanya aku tak perlulah nak risau coz tak der urusan ngan aku. nasib baik guru pembimbing kami pun perempuan. Klu dibuatnya guru lelaki n yg tak berapa nak tua, (++ handsome plak tu...wkwkwk :p Tp tak der yg lagi handsome dari abg di hati ayg nie...hehehe :p jgn risau eah..hehe...) kan mampus aku nak berkomunikasi. Nak tnya pun boleh jadi tak tertanya klu berdepan ngan cikgu lelaki macam tu...hahaha...(Tiba2 lidah kelu berbicara :p). Aku nie memang macam tu, klu dah namanya kaum adam, aku boleh jadi sangat pendiam n tak peramah. (pendek kata...aku bukan aku).
Lepas dah borak ngan pengetua, kami jumpa pn.Sithi balik. Die cakap aku kena mengajar form 1 n 4 utk kelas BI n form 2 utk kelas ICT. Aku dapat kelas no.2 utk form 1 n kelas terakhir utk form 4. Kelas ICT form 2 plak kelas no 2 tak silap aku. Tapi sek tu kecil n tak banyak kelas. Cuma ada 4 kelas untk setiap form. Pas dah g tau kelas, pn. Sithi bawak kami g bilik guru. Bertuah n nasib baik kami 4 orang ade tempat kat dalam bilik guru tu. So tak payah lar kami menumpang kat library ker @ kat mana2...hehe.. :) Walaupun bukan sebelah2...tp tak jauh mana pun n boleh lar klu kata nak bincang ape2 ker...rasa tak der masalah. Pas dah kenalkan kami semua dekat guru2 dalam bilik guru, then pn.Sithi cakap nak suh kami jumpa guru yg jaga bahagian kokurikulum. Tp cikgu tu bz plak, so pn.Sithi cakap kami dah boleh balik n datang balik hari isnin untk ambil jadual kelas dan seterusnya hari selasa baru mula mengajar. Pn.Sithi cakap tak perlu buat lesson plan lagi. Dan aku yg agak risau nie bertanyakan tentang buku teks yg sepatutnya kami dapat. Boleh lar buat rujukan awal dan sekurang2nya dpt tgk overall tentang apa yg perlu diajar. Tp pn.Sithi cakap guru yg handle SPBT bz n sek tersebut sememangnya kurang buku teks n berkemungkinan kami perlu berkongsi ngan guru lain. So tak dapat lar kami ambil buku teks. Pas tu pn.Sithi cakap tak nak perkenalkan kami pada students lagi hari tu, (mungkin tak nak bg students exited lebih kot...huhu ) so kami pun balik lar rumah.
Tp hari nie...saat dan detik nie aku rasa sangat cemas. Macam mana lar students2 yg bakal aku jumpa esok???? Dah lar aku belum buat lagi lesson plan. Dah tu aku tak tahu pun ape2 sal sukatan pelajaran. Ape yg nak disediakan??? First class nak buat apa? nak ajar apa? Aku SANGAT RISAU!!!!!! Tp esok pagi2 dah ada dekat sek, aku rasa kami boleh bincang ngan guru pembimbing masing2 ape yg perlu disediakan. Tp aku tetap risau. Kawan2 yg lain setengah tu dah mula mengajar pun hari nie, coz dekat Kedah Ahad adalah waktu persekolahan. Bila fikir dieorang, aku rasa lagi berdebar2 nak g sekolah esok :( ngan tak sediakan apa2...macam mana nie????
Boleh ker aku berdepan ngan students n menjadi seorang cikgu??? Tiba2 aku rasa macam tak yakin. Aku rasa takut n teramat lar risau. Can i really do that??? What going to happen next??? can i control the class??? Will students listen to me when i'm teaching??? What to teach???? arrrgggghhhh!!!! :(
Aku harap semua akan berjalan lancar esok. Aku harap students2 aku baik2 n leh dikawal. Klu tak terpaksa lar kot cikgu yati jadi garang macam singa...huhu...tu terpaksa coz pengetua sendiri dah cakap. Jgn terlalu baik ngan students n jgn sesekali minta maaf even kita buat silap pun coz students is students n teachers is teachers. Then pengetua juga cakap klu tak tahu ape2 pun, terus cakap tu homework dieorg n esok cikgu akan tnya balik. Do not ever say "I Don't know" sebab students akan mula down gred cikgu tu. (Bagus gak tips2 yg pengetua bg kat kami tu...hehe). Then pengetua cakap klu kami sendiri tak confidance, so students akan mula ambil kesempatan n tak hormat dekat cikgu. Soooo....teachers kena sentiasa yakin n teachers is always right...hahahaha :p
No comments:
Post a Comment