Tuesday, November 24, 2009

*KeNaNgAn TeRiNdAh*

Salam....

Pejam celik pejam celik, akhirnya tempoh masa 3 tahun setengah aku kat USM dah pun berlalu. Teringat aku time mula2 aku masuk USM dulu, masa tu aku terfikir bila lah 4 tahun akan berakhir?? bila lah aku nak g sekolah mula mengajar?? Tambah plak aku rasa tempoh masa 4 tahun tu cukup lama sbb nak bandingkan ngan kawan2 lain yg amik course lain 3 tahun jer. So aku rasa 4 tahun tu cukup lama.


Tapi sekarang masa yg aku tunggu2 dah pun tiba. Saat paling bahagia yg aku nantikan adalah hari terakhir aku amik exam dekat USM n saat tu pun dah berlalu. Terus terang memang aku sanggat gembira. Lepas nie dah tak yah serabut2 fikir exam lagi. Serabut2 fikir asgmnt lg. Serabut2 nak siapkan coursework lg. Serabut2 nak wat test lg. Semua tu dah berakhir. Boleh dikatakan aku dah melangkah keluar dari alam "student". Lepas nie bila aku dah g Latihan Mengajar nanti tu dah kira aku melangkah masuk alam pekerjaan. Aku sendiri sedar dunia pekerjaan n dunia pelajar tu jauh berbeza. Mesti banyak cabaran yang aku kena hadapi nanti. Tp tu semua lumrah yang memang perlu ditempuhi oleh setiap manusia.


Apa pun, tempoh masa 3 tahun setengah aku dekat dunia universiti tu buat aku kenal oarang dengan bermacam2 ragam n bermacam2 perangai. Ada yang baik, ada juga yang kurang baik. Pada aku ler. huhu. Dan aku sendiri sebagai student dekat USM tu bukan ler baik mana pun. Coz aku sedar semua manusia ada kebaikan n kelemahan masing2. Termasuk lar diri aku sendiri. Mungkin ade gak kawan2 yang tak senang ngan aku ker, yang aku pernah buat salah ker, yang aku tersalah cakap ker, tanpa aku sedari, so aku nak minta maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut. Aku pun manusia biasa yng tak terlepas dari buat silap.


Tp apa pun semua pengalaman2 tu buat aku jadi lebih matang. Buat aku lebih mengenali orng dengan bermacam ragam n bermacam perangai dari serata negeri. Kawan2 dari Kelantan, perngai dia macam tu, kawan2 yang dari Perak perangai dia macam nie plak, pas tu kawan2 yang pada Johor perangai dia macam tu, kawan2 pada Kedah perangai dia macam nie, kawan2 dari Pahang perangai dia macam tu plak. Pendek kata kawan2 aku semua berasal dari semua negeri seluruh Malaysia. Masing2 ada perngai masing2. N apa yang aku boleh katakan, majoriti dari pada kawan2 yang aku kenal nie semua of course ler baik2 belaka. hehehe. Seronok dapat kenal n berkawan ngan dieorg semua. Tp sepanjang aku kat USM sejak dari mula2 aku g interview lagi aku dah kenal n alhamdulillah sampai lar akhir2 sem nie yg masih rapat dengan aku, orangnya adalah shima.



Yatie ngan shma.

Shma nie orgnye peramah. Time hari first aku g interview utk masuk School pendidikan TESOL, aku jumpa ngan shma. Time tu ade ler gak kawan2 lain yang interview sama2 ngan pn. Norlida time tu, seingat aku Navin, Zahid n Razif. Masa tu perkara yang buat aku tak leh lupa sampai sekarang, shima tnya dekat aku, "yati nie adik Norjuma ker??" Terkezuttt tahap gorila aku time tu...wkwkwk..bile mase plak Norjuma pengacara TV tu jadi kakak aku plak dah??? adess!!! Tp maklum lar kan. Aku nie anak mami org Penang, tmbah plak nama ayah kami plak sama, Habib Mohd, tak heran ler shma nak terkeliru...hehehe...tp sampai sekarang aku ingat lagi peristiwa lawak tu.


Lepas pertemuan pertama time interview tu, aku ngan shma terus contact2 coz kami sama course. Walaupun shma muda setahun dari aku, tapi aku serasi n boleh berkawan baik ngan dia. Mungkin gak sbb kami sama2 amik STPM n situasi n pengalaman kami sama. Banding ngan budak2 yang masuk U after matrik. Sekarang nie shma dah jadi kawan rapat yang paling baik ngan aku dekat USM tu. Macam biase ler, semua rahsia hati aku, especially yg melibatkan org tersayang...hehehe :p semua shma tahu. Die pun byk gak ler nasihatkan aku tentang itu dan ini. N at the same time mungkin shma percayakan aku n ade gak bercerita tentang hidup die dekat aku. Semua tu rahsia kami masing2. Ape pun sepanjang tempoh 3 thn setengah aku ngan shma, rasanya aku tak der ape2 masalah ngan die bab2 nak wat kerja group. Cuma pernah gak ler timbul salah faham sekali tu. Tp terus terang salah faham tu berpunca daripada org ke-3 yg banyak timbulkan ketidakselesaan bukan saja utk kami malah kawan2 yang lain juga. Ape-ape pun sekarang aku dah tak nak bercakap soal org ke-3 tu lagi. Lepas nie kami akan ikut haluan hidup kami masing2. Hopefully org ke-3 tu akan berubah n menjadi org yang lebih "berperasaan".


Bile dekat2 nak akhir sem, baru aku ngan shma mula rapat ngan azma n huda. Azma n huda pun memang kawan2 yang sangat baik n memahami. Aku sangat selesa n suka kawan ngan dieorg. Azma orangnya sangat sweet dan baik hati. Huda plak comel dan baik gak sama macam azma. Sangat amik berat pasal kawan2 n boleh nampak dieorg nie tak pentingkan diri n suka tolong kawan2. Azma n Huda pun jenis yang boleh bercerita n boleh bergurau gak. Pendek kata sekepala ler ngan aku n shma. Bile dikenang2 rasa kesal pun ade gak, nape lar dari mula bukan kami berempat jadi kawan baik. Mesti lagi best n tak perlu berdepan ngan masalah org ke-3 tu. Tp ape2 pun semua tu dah berlalu. N kami berempat dapat gak sama2 mengenali satu sama lain ngan lebih rapat lagi. N aku bersyukur aku dapat kawan2 sebaik shma, huda ngan azma. Aku harap persahabatan yang terjalin antara kami nie akan kekal sampai bila2 n aku doakan yang terbaik utk dieorg di masa depan. :)


Huda yg ceria.


Azma yg comel.


Dekat2 nak akhir2 sem nie, aku ngan kawan2 baik aku ade gak ler habiskan masa bersama2, g makan2, g berkelah, lepak2 dekat Quensbay n tengok wayang sama2. Semua tu akan sentiasa menjadi kenangan terindah untuk selama2nya. Love u all my dear frenz :)


Antara Kenangan2 Indah Bersama kawan2.....



Time nie kami wat sesi fotoshoot sndri. Siap g cari baju sedondon lg. Tp azma cakap baju tu mcm baju clown. Hehe...tak kisah ler, nampak tu azma ngan camera canggih die tu...hehe :)


Nie kami g tengok wayang same2, Pheonix Ragging tak silap aku name gambar tu..siap berbaris luar panggung amik gambar...tp time nie kami baru habis paper PGT 303, kuar lepak dulu coz last paper seminggu kemudian.


Sempat lagi bergambar dulu sebelum kuar dari Quensbay...Husna, Huda, Yatie, Shma n Ruzana.

Tangkap lg gambar ngan anak gajah yang sangat comel, mesti org2 yg lalu lalang sekitar kawasan tempat permainan budak tu pelik jer tengok kami bergambar dekat situ. hehe...macam kanak2 "saie" pun ade gak, tp yg penting comel :p


Nie plak kami berempat g makan kat padang kota pas balik dari Quensbay...disebabkan aku yg asyik cakap teringin nak makan kepah, last2 dieorg oder kerang bakar walaupun tak dapat cari kepah kat situ...terharu ngan kawan2 aku yg sangat perihatin :)


Eheh...tangan aku yg ngah curik kerang bakar...wkwkwk :p



Nie plak huda, nisa, hana n yati time dekat kannyrogers BJ. Time nie kami g buka puasa sama2, tp azma tak ikut sekali.


Esther keja part time n beria2 ajak kami g makan kat sana. Siap dapat discount lagi...hehe..thanks esther :)




Nie plak ngan kawan2 TESOL wat BBQ sebelum semua balik study week.


Semua kawan2 yang ceria2 belaka.



Waaaa..sempat lagi nie...hehe :)



Cubaan untuk menakung air laut nak bawa balik umah :p



Kanak2 riang yang bermain air :)



Uishhhh!!! sempat lagi amik gambar skandal :p lan ngan yati.

Nie semua antara gambar2 yang sempat n larat aku nak uploadkan. Banyak lg gambar2 kami yg tak terdaya aku nak upload dekat sini..hehehe...ade gambar sengal...ade gambar kanak2 riang...ade gambar terlompat2....n ade macam2 gaye gambar lagi yg kami tangkap same2. Semua tu akan sentiasa menjadi kenagan abadi kita bersama untuk selama-lamanya. Aku dah mula rindukan kawan2 aku :(

1 comment:

  1. Harrah's Resort Southern California | mcd.com
    Find the 화성 출장안마 best poker tournaments, jackpots and more in our 구미 출장샵 database. 청주 출장마사지 California is home to the best in poker and 아산 출장안마 table 성남 출장샵 games, as well as poker rooms,

    ReplyDelete