Friday, March 19, 2010

*Di SeBaLiK tAbIr*

Salam...

Allahuakhbar!!! Allahuakhbar!!! Allahuakhbar!!!!

Macam mana aku nak mula mengarang tentang sesuatu yg sangat berat n sangat rumit untuk aku nak rungkaikan kat sini. Tp sungguh aku tak dapat lelapkan mata n aku terus terusan terfikirkan pasal hal nie.

Allah maha besar n sesungguhnya semua perkara yg berlaku tu telah Allah tentukan n Allah takdirkan untuk setiap insan. Apa yg nyata n apa yg pasti, Allah tak pernah uji hamba2 dia lebih dari apa yg mampu hamba2 dia tanggung.

Dan untuk apa yg sedang hamba Allah sorang nie hadapi, aku yakin ada jalan penyelesian untuk dia. Aku yakin dia mapu berubah. Tp macam mana aku nak tolong dia????? Mcm mana boleh aku nasihatkan dia supaya dia berubah persepsi. Berbuih mulut aku nasihat kan dia sejak dari dulu lagi. Tp nampaknya tak membuahkan hasil langsung malah keadaan jadi makin rumit. Makin rumit. And makin rumit. Allahuakhbar!!!!.

Bila aku jadi tempat dia mencurah rasa hati, aku cuba sedaya upaya jadi teman mendengar yg paling setia untuk dia. Aku cuba nasihat setakat yg aku termampu. (Tp hakikatnya aku bukan pakar kaunseling yg ada segulung ijazah dekat tangan, utk memberi nasihat n bimbingan yg berkesan). Sedangkan pakar kaunseling pun tak mampu dah nak tolong dia. Nie kan plak aku seorang manusia biasa yg bakal jd cikgu ngan masalah2 aku yg tersendiri yg kadang2 aku pun tak berdaya nak tanggung. (Hal2 LM aku lew,huhuhu).

Ok, balik pada tajuk aku di sebalik tabir supaya aku tak jauh menyimpang dari tajuk. Huhuhu... (nie masalah aku, bila dah mula cakap @ dah mula tulis, dah tak tau nak berhenti...macam keretapi..........................tak tau nak berhenti). Huhuhu...(org2 yg rapat ngan aku mesti perasan, aku nie suka cakap tak berhenti..pok pet..pok pet...wkwkwk).

Di sebalik tabir...macam di sebalik tirai besi plak....wkwkwk...(dah2 ayat, baik hng balik ke pangkal jalan sebelum duk merapu lebih2 :p). Why aku letak di sebalik tabir???. Masalah yg timbul pada diri hamba Allah yg sorang nie actually dah nampak sejak dari dulu lagi. I mean....benda tu dah wujud lama dah, cuma aku yg tak pernah perasan n tak pernah tahu n tak pernah nak amik tahu.

Aku bukan saja nak cakap lar kan...time zaman sekolah dulu...aku nie macam budak benggong yg tak amik tau hal2 dunia. Yg aku tau, p sekolah...p tuisyen...balik umah...buat keja sekolah....study....wat keja2 umah apa yg patut (anak mithali lar konon...huhuhu) then p sekolah balik...berulang2 sampai lar aku habis sekolah n dah tak pakai uniform sekolah dah. Cuma time zaman sekolah tua (form 6 aku mula lar berjinak2 nak kenai2 dunia sikit2, tu pun dah jd sejarah cinta monyet dalam hidup aku). Org lain cinta monyet form 1, aku cinta monyet upper 6...huhuhu...(sambil duk mengarang, sambil duk beramah tamah ngan nyamuk2 yg sayang gila kat aku...wkwkwk).

So...bila aku kat alam sekolah...ada something2 yg memang berlaku yg melibatkan hamba Allah yg sorang nie. Tp aku tak anggap macam benda tu serius n aku anggap macam semua tu sekadar sikap keanak2kan remaja yg baru tengah membesar (ayat tak boleh blah :p)

So aku pandang remeh hal tu semua n hubungan aku n si hamba Allah nie berjalan macam biasa. Kami bersahabat baik n sepanjang aku ngan hamba Allah nie, aku tak pernah terfikir atau aku tak pernah jangka @ aku tak pernah terlintas langsung dalam hati aku yg si hamba Allah nie ada masalah yg macam tu. (Lastinalatipuspus) Nie nama saintifik yg aku cipta sendiri utk penyakit yg hamba Allah sorang nie tengah hadapi...wkwkwkwk...

Jadi memang betul lar sikap aku yg tak pernah amik tahu hal dunia, yg tak peka dengan keadaan sekeliling (macam alice in wonderland, nie yat in wonderland) aku jadi tidak tahu menahu. Aku anggap semua benda depan aku baik2 belaka. Aku anggap semua orang sekeliling aku baik2 belaka. Macam org2 yg hampiri aku semuanya baik n sempurna, tiada kekurangan tiada kelemahan. (aku mula sedar hakikat dunia sebenar once aku dah masuk alam pekerjaan sekarang nie...my LM).

Jadi aku bersikap aku. (selamber rock macam selalu). Nie time zaman sekolah lew. Sekarang pun cam tu ag...huhuhu...So, dengan sikap aku yg macam tu, aku tak nampak masalah sebenar yg hamba Allah tu hadapi. (sekarang bila aku fikir2 balik, Ya Allah...benda nie dah lama....cuma aku tak sedar, gara2 sikap slamber rock aku time tu).

Yup....aku kat sekolah dulu memang gila2. Dengan kawan baik aku lew. (bersopan dalam gila2 coz org lain nampak aku n the geng, pijak semut pun tak mati kot...al-maklum...sombong tak sembang atau tegur pelajar2 lelaki.) Cerita hal dunia...hal masyarakat...hal2 kampung sebelah pun boleh jadi topik perbualan n yg best tu (gelak tak ingat dunia...wkwkwk...windu ar zaman sekolah...huhuhu...). Tambah sekarang bila dah jd cikgu...lagi rasa rindu zaman2 sekolah dulu. Kadang cakap kat anak murid aku "cikgu teringin nak jadi macam kamu balik". Enjoy life...tak payah fikir masa depan ag...spend time ngan kawan2...fokus on exams...study...that's it.

Then sikap gila2 aku nie gak wat aku layan si hamba Allah nie macam sahabat baik (tak pernah fikir kelemahan n kekurangan dia) sampai zaman sekolah kami berakhir. Ye...dia pernah ada masalah tp bila dia ngan aku...dia macam biasa. Aku nie garang sangat kot. Kadang aku selamber badak jer marah dia klu dia cakap yg bukan2...yg tak masuk akal n yg tak logik. Sampai dia pun pernah cakap kat aku "yat..hng nie garang sangat lar" (dengan muka comel n manja2 dia tu).

Yer...aku rapat ngan dia n aku layan dia macam biasa jer (sahabat yg baik). Even sangat rapat ngan aku sampai mak ayah aku dah anggap dia tu macam anak mereka sendiri. Dulu dia pernah cakap kat aku macam nie "yat, aku dah anggap hng nie sebahagian dari hidup aku....hng nie dah macam sebahagian dari diri aku...hng umpama tulung rusuk aku yat...klu hng tak dak...aku tak tau lar macam mana". (ingat lagi aku dialog tu yg sering dia cakap dulu...aku umpama tulang rusuk dia) Just imagine how dia anggap diri aku utk dia???? :(

Dengan sikap aku yg gila2. Aku anggap semua benda sempurna. Semua benda kat dunia nie tak der cacat cela....so apa yg dia cakap tak pernah aku anggap serius. Aku tafsirkan benda tu "waaaa...bertapa baiknya hubungan aku ngan dia sampai dia anggap aku sanggat penting dalam hidup dia" (tulang rusuk ag tu :p)

Then kata2 dia sering berakhir dengan gurau senda. Aku yg gila2 nie wat2 cerita lar..."haaaaa lar tu...aku kan tulang rusuk hang...mentang2 lar aku kurus macam lidi...hng cakap aku tulang rusuk hng". Then konon2 masing2 nak cuba bayangkan...macam mana lar klu aku jd tulang rusuk dia... (then kami pun gelak macam org gila tp tak gila sangat lar...control ayu...huhuhu).

So aku dengan dunia aku yg macam "yat in wonderland" time tu...aku angap semua perkara mudah. (masalah dia aku tak pernah amik tahu). Silap aku!!!! Banyak masalah dia, memang dia cerita kat aku, dan macam biasa aku akan jadi pendengar setia utk dia. Dengar luahan hati dia then bagi nasihat (macam mak nenek...wkwkwk). Tp dalam banyak2 masalah dia nie...sungguh aku tak jangka n aku tak pernah sedar dia ada satu lagi masalah yg sangat BESAR...penyakit yg aku cakap td tu (Lastinalatipuspus). Penyakit nie biar aku je lar yg faham n biarlah rahsia di alam blog aku nie.

Keadaan makin terungkai. Penyakit dia makin ketara. Makin jauh dia pergi...makin ketara sakit dia nie. N aku boleh cakap dah sampai tahap tak der org leh tolong dia lg. (dari dlu dia ada sakit tu...cuma bila dia ngan yati n the geng in wonderland...sakit tu tak kelihatan). Dia tak tunjuk pun sebarang simpton2 sakit dia tu. So semua macam biasa. Bila dah dia makin jauh. Means jauh dari aku n kawan2 kami yg gila2 dulu tu. Dia makin lain. Sakit yg jauh2 dalam hati dia tu makin terungkai.

Dia terdedah dengan satu keadaan n situasi yg membolehkan dia terjebak n layan penyakit dia tu. (Actually penyakit yg aku cakapkan nie depands pada keadaan, klu kata environtmen dia ok....sakit tu boleh dielakan). Contoh...selama dia ngan aku n kawan2 kami dulu...dia ok ja...tak der plak dia terjerumus ngan penyakit dia tu.

Tp malang nasib dia. Dia bertemu ngan satu keadaan yg mana dia terjebak jauh. (Ada jalan untuk dia kembali tp how i want to help si hamba Allah tu????)

Ya Allah...aku mohon kau permudahkan lah jalan utk dia. Kau kuatkan lah iman di hati dia n kau pimpinlah dia menuju kejalan Mu yg lurus. Aminn!!!

Aku sygkan dia sbb dia sahabat aku. Aku nak dia pun jadi macam org lain gak. Ada jalan untuk dia kembali coz aku tahu...dia memang sedar n dia ingin kembali ke jalan yg lurus. Tp buat masa sekarang dia tak nampak jalan dia lagi. :(

Thursday, March 4, 2010

*ReMaIn SiLeNt*

Salam...

Dah lama gak aku tak melawat blog aku nie. Sebelum nie aku nak tulis sambungan cerita sal what happend dekat school. But then things getting on ok (maybe just seem like ok...but the truth is, not ok), so aku pun malas dah nak karang2 panjang2 nie. Tp hari nie tekanan mental aku dah kembali balik. Is it right what I have done????.

Allah.....

Hari nie aku betul2 sedar. Aku sedar apa yg aku buat tak betul selama nie. Maybe I should remain silent dari mula lagi sejak semua nie terjadi. Tp hakikatnya aku tak cukup kuat. Keep on bercerita bila tertekan. Actually tu cara aku nak ringankan beban perasaan aku. Tp satu silap aku kat sini. Aku anggap semua orang disekeliling aku baik. Bila org dekati aku, tnya aku, Kenapa?? Then aku dah mula nak bercerita. Pada hal aku tak kenal n tak tahu hati budi org tu. Betul ke dia baik??? Betul ker dia takkan g menyampai?? Tu silap aku.

Sebenarnya aku dah mula sedar sikap aku nie sejak sebelum nie lg. Suka sangat bercakap n bercerita. Tak peduli org dekat sekeliling. Aku anggap org dekat sekeliling aku semua baik. Tp aku lupa. Byk org byk perangai yg kita tak leh nak ramal. Mungkin kita cakap lain n org tu faham lain. Dia g menyampai lain pula.

Satu lagi. Aku tak reti nak cakap putar belit n aku tak reti nak cakap lain dari apa yg ada dalam hati aku. (nie masalah gak coz aku tak pandai nak menipu. Klu A aku cakap A, klu b aku cakap b. Aku tak reti lar klu A -besar- aku nak cakap a -kecil-).

So bila org dekati aku n bertnya. Aku macam bercakap jer tak control dah. Tp of coz lar aku cakap yg benar2 semuanya. Tak cover2 lar. Klu nak cover tu dah namanya menipu. Dan aku tak pandai nak menipu. But hari nie aku belajar sesuatu. Dalam dunia nie, klu nak hidup kena pandai menipu. Tp klu dah mula menipu. Akan jd tabiat n dah tak boleh nak kawal ag. Aku tak nak jd cam tu. So, apa yg boleh aku buat sekarang. Remain silent. Bukankah cara nie lagi baik????. Just diamkan diri. Kawal emosi. Senyum selalu. Butakan mata. Pekakkan telinga.


Rupa-rupanya, bila kita bercakap benda yg betul, n bila benda betul tu org sekeliling dengar. Benda tu pun boleh jadi masalah. Silap aku coz selama nie aku belum betul2 kenal n belajar sikap manusia. Betul!!!. Aku baru masuk dalam satu alam yg baru dan ini adalah learning process utk aku. Lepas nie aku kena ubah sikap aku bila bercakap. Aku tak boleh muntahkan semua perkara. Ini sikap buruk aku. Bila dah mula bercakap, tak pernah kenal erti "fullstop". Pada hal belum tentu org yg mendengar tu perlu dengar apa yg aku cakapkan tu.

Bila ada masalh aku cenderung cari tempat utk luahkan masalah aku. Walhal org yg aku kenal tu bukan betul2 rapat mana pun ngan aku. Aku jenis bila org baik ngan aku, aku dah cepat nilai org tu baik. Aku tak kan fikir 2 kali. So aku akan berbaik ngan org tu. Bercerita dan berkawan lar ngan org tu. Jadi pas nie aku perlu belajar utk letak titik noktah utk semua perkara. Never ever trust anybody that u just know them, yg org tu baik.

So, bila dah fullstop. Aku pun dah malas nak cerita lagi apa yg berlaku kat sekolah n kat PPIP td sampai aku jd bad mood macam nie. It's ok. Just remain silent. But the truth is, aku jenis org yg suka meluahkan utk berasa tenang. Bila aku diam macam nie. Kepala aku makin sakit. Kepala aku rasa makin berat. Silap aku juga, coz aku tak reti menilai org. Aku betul2 tak reti nak menilai yg mana kaca n yg mana permata. Bila aku nampak kilauan sikit ja aku dah anggap semua tu berlian, sedangkan yg bercahaya tu cuma serpihan kaca.

I have learnt my lesson 2day. Mungkin ada hikmahnya. Kata2 seorg Dr. td tu betul. Aku sedar aku nie jenis tak reti simpan n suka meluahkan. (sebelum dia kata pun aku dah mula sedar, cuma kata2 dia td walaupun ngan nada gurauan buat ianya berbekas dalam hati aku nie, next time aku tak boleh macam tu).

Sebelum nie aku sedar pun aku tak amik langkah nak berubah, bila dah ada org tegur aku macam td, aku harap aku boleh ubah sikap aku pas nie. Jd org yg pandai menyimpan dari meluahkan. (sakit pala klu makan jew panadol active5 bg baik). Huahuahua...
Ermmm...patut lar abg @ merangkap tunang aku suka sangat menyimpan. Dah byk kali aku g tau. Cerita dekat aku...cerita dekat aku...cerita dekat aku....pun dia tak pernah nak bercerita. Sangat lar kuranag. Tu antara dia dan aku. Aku yg tunang dia pun dia byk menyimpan dari bercerita, nape aku nie tak fikir macam dia???? Boleh plak bercerita ja apa yg ada dalam hati, dengan motifnya klu simpan tertekan. So apa langkah terbaik yg aku leh buat????

Aku dah penat nak karang lg. Aku nak tido. Sok pg awal2 dah kena p sekolah. Ya Allah....aku mohon sangat pada Mu. Cepatkan lar 7 minggu lagi berakhir. Selama itu, berikan lah hamba Mu ini kekuatan utk bertahan. Aminnnnn!!!!