Thursday, February 11, 2010

*1 MaSa 1000 CeRiTa*

Salam...

Saat n detik nie..aku betul2 tak sabar nak tunggu cuti Chinese New Year. Otak aku nie dah rasa sangat tertekan, hari2 g sekolah tu n ngadap muka2 yg buat aku tenshion.

Nasib baik lar semua students2 aku kat sana baik ngan aku. (aku boleh cakap mereka tu penghibur hati aku kat sana). Aku rasa happy n rasa dihargai bila berada dalam kalangan students2 aku. (boleh kata gak kami nie dah macam artis, huhu...jalan jer, terserempak ngan students jer mesti dieorg tegur). Tu buat aku happy n masih boleh bertahan kat sana. Td pun dekat kantin sekolah tu, terserempak ngan 2 students 4 bakti. Asmira ngan sayang. (nama student yg paling unik yg aku jumpa kat sekolah tu Noor Sayang...hehe). Then siap nak wat gosip ag bila nampak aku ngan nathan ngan si fadly nak g makan td. Pas tu aku bergurau (tunjuk penumbuk kat dieorg...hahaha). Tiba2 panggil aku n minta no fon. Mula aku tak mau bg. Aku cakap tunggu aku last2 t aku bg. Tp dieorg nak juga. Sebelum nie dieorg pernah minta gak tp aku tak bg. (berjaya elak ler). Tp td dah minta2 sangat. Bila aku cakap ok nak bagi. Siap tarik aku g dekat meja, amik buku n suh tulis no. (malu gak aku dibuatnya). Pas tu bila g kat makcik kantin, makcik kantin pun cakap yg students suka dekat guru pelatih, tp guru pelatih tak lama kat sana. Then sorang guy yg jual air kat kantin tu, dia lalu tepi aku n cakap "cikgu ramai peminat" hahahaha....then aku cakap "tak lar, dieorg tu saja ja". Perkara nie bukan jadi kat aku ja, kak sha n ayu pun sama (sebab tu aku cakap kami nie dah macam artis...wkwkwk).

Apa yg buat aku nak tergelak, baru2 nie ada student form 1 aku....macam biasa aku bg keja n suh dieorg anta. Then si student aku nie tnya aku cam nie... "teacher, u already pass our book or not?? (dalam hati aku dah gelabah coz rasa macam aku nie tak tanda buku pelajar sampai dah ada yg tnya sal buku, kononnya aku nie lambat tanda n bg balik buku dieorg) aku : Not yet...why??? u want to take back your book??? Student : No!!!. Aku : Then???? Student : Nothing.

Then bila time aku free, aku masuk bilik guru n tanda lar buku2 students aku. Then bila sampai dekat buku yg terakhir, aku perasan ada satu kertas warna biru. Then aku ingatkan tu keja apa2 yg dia buat n letak dalam buku tu. Siap tapekan dekat buku dia. (rupa2nya tu nota yg dia tulis kat aku, huhu). Then aku pun baca lar nota tangan dalam kertas kecil warna biru tu. Memang lawak gila apa yg dia tulis dalam tu...huhu...nanti aku upload dalam nie. Tak larat plak sekarang nak g tangkap gambar n upload. Mata dah ngantuk nie. Tp byk yg aku nak cita. wkwkwk...nanti aku sambung ag. 1 masa 1000 cerita dalam blog nie...huhuhu...

Salam kembali....

lol...aku nak upload nota yg student aku bg tu...tp hari nie nak bluetooth tak leh plak dalam laptop nie...ntah mana aku nak cari adapter utk on bluetooth...cari kat search pun tak jumpa (malas sudah!!! huhuhu ). Tak per lar nanti klu berkesempatan aku masukkan.

Td aku semangat jer siapkan hadiah utk students aku nak bg Isnin nati. (bukan hadiah mahal2 pun, just gula2 n snek yg aku li kat tesco ritu). Then aku siapkan sekali lebel makanan, so plastik2 gula2 tu aku tak buang ler, coz Isnin nanti nak ajar dieorg "Live Smart". Utk students 1 Azam. Then mak aku nampak lebel makanan tu atas meja dia cakap kat aku "dah tak sabar nak g sekolah ker???" huhuhu...

Ermmm....tak sabar nak jumpa students2 aku yg comel2 n banyak ragam tu kot. Klu kata nak berdepan ngan masyarakat lain (faham2 jer lar eah). Tak ingin pun aku...wkwkwk..

Nie antara hasil kreatif students 1 Azam. Aku suh dieorg wat bookmark 2 minggu sudah. Then aku cakap nak bg hadiah. So apa lagi, exited lar students aku tnya bila aku nak bg lik bookmark dieorg. Actually budak2 sebaya dieorg nie klu kita pandai nak amik hati, suka lar dieorg. Teringat sorang students aku yg duk depan meja guru. Ritu bila aku masuk jer dia cakap "yeah!! yeah!!! BI"
(Dalam hati aku mesti lar bangga n terharu coz students suka time BI...huhuhu ).





Yg nie lima yg tercantik yg bakal dapat hadiah Isnin nanti :)







Yg nie plak lima yg berikutnya yg bakal dapat hadiah gak.







Yg nie plak hasil kretiviti dieorg yg lain2. :)



Sebenarnya aku tnya pendapat kawan n fmly aku dalam nak memilih nie. Hasil akhir nie abg aku yg pilih pun. Pada aku ada gak dalam byk2 yg tak terpilih tu cantik. Tapi aku ikut kata org lain jer coz aku nie bukan pandai pilih pun. Huhuhu. Td time abg aku pilih, dia pilih yg nampak usaha n kreatif. So pada aku ok jer lar.

Pada students2 yg tak terpilih tu, lain kali (sampai 23 April 2010) klu cikgu yati bg keja, buat elok2 n leh dapat hadiah ag k...huhuhu... :)

Sebenarnya banyak yg nak aku tulis ag sal sambungan kisah sedih aku kat sekolah tu. Sebab tu 1 masa 1000 cerita. Tp rasanya aku tak der mood plak nak tulis dalam post nie. Nanti aku sambung jer dalam post aku yg akan datang. Ag pun bila cerita yg happy2 sal students aku...rasa malas plak nak sambung cerita sal manusia2 lain yg banyak wat aku sakit hati.

Sejak2 aku cuti duk umah nie. Student aku yg amik no fon aku ritu rajin msj2 aku. Kadang aku balas. Kadang malas plak aku nak layan. Ritu malam hari ape ntah aku tak ingat. Semangat jer dia tepon n borak2 ngan aku. Huhuhu. (Org yg sepatutnya call, yg aku ternanti2 panggilan tak der plak tepon aku). Then aku borak2 jab pas tu cakap aku nak tido. Hari yg berikutnya pun dia msj ag. Aku yg tengah bad mood tahap gaban nie malas plak nak balas2 msj dia. Rasa macam kekasih hati yg msj plak dah. Wkwkwk. Pagi2 dah msj tnya "cikgu dah bangun lum??". Ptg tu msj ag tnya aku wat apa. Dia nie pandai plak nak cakap apa2 g aku merajuk, pas tu pujuk plak. Hahahaha. Myra...Myra... (nasib baik mu tu perempuan, kang ada plak yg salah faham :p )

Aku malas nak balas msj dia. Nanti hari isnin mst dia cakap dalam kelas. "Cikgu tak balas pun msj saya...bla...bla...bla...". Pandai2 lar aku cover line nanti. Aku cakap jer "cikgu bad mood sepanjang cuti ritu" huhuhu....

Saturday, February 6, 2010

**UjIaN lAgI**

Salam...

Hari nie bertimpa lagi ujian yg aku hadapi. Jatuh lagi air mata aku gara2 manusia yg tidak berhati perut yg ada disekeliling aku :( Kenapa mereka brsikap macam tu???. Kenapa tiada langsung erti belas kasihan n bertolak ansur dalam diri mereka. Setiap kali aku melangkah masuk ke sana, aku rasakan seolah2 macam aku berada dalam "NERAKA". Kiri kanan depan belakang, dekat mana pun, setiap pelosok tempat tu macam aku tak boleh nak bernafas dengan tenang. Pantang buka mulut. Pantang nampak kami happy n senyum sikit. Pantang nampak kami ceria n baik ngan org sekeliling sikit. Tup tap berita2 disebarkan n memanaskan keadaan sampai kami tak senang duduk.

Bila aku tulis post aku yg lepas, aku rasa mungkin org yg tak berapa faham akan rasa macam aku nie teruk sangat. Klu bukan aku, kami berempat yg bawa nama USM nie nampak macam teruk. Tp teruk tu dari segi apa?????. Bila pihak pentadbir sendiri bukan main tersenyum n nampak baik sangat, seolah2 tak begitu strict....so kami pun berada di sekolah tu sejak hari pertama lagi dengan keadaan yg agak biasa2. (serius aku tak tahu senyuman mereka palsu belaka...tp dalam hati..Ya Allah...hanya Engkau maha tahu).

Tiba2 setiap satu kesalahan kecil2 dikumpulkan dan direportkan pada penyelia dengan siap menokok tambah lagi. (Aku tak sangka pentadbir sekolah macam tu). Minggu pertama dah cakap, kamu warm-up dulu ngan students. Tup tap then first day lagi dah masuk observe n tak bg kepercayaan utk amik alih kelas mereka. Dah tu terus2 kondem cara kamu itu tak kena...ini tak kena....sampai kak sharidah berada dalam situasi yg sangat tertekan. (mujur guru pembimbing aku tak bg tekanan macam tu).

Then soal kedatangan plak. Siap kena fitnah yg kami nie jenis, sorang datang awal n yg lain tolong tulis nama. Soal nie pun memang kami bernasib malang. Kebetulan kami tinggal dekat tempat yg sama. So memang beberapa kali kereta aku n kereta nathan akan bertembung depan sekolah n kami berempat akan masuk sama2. Bila dah masuk pejabat sama2 so hanya sorang jer yg akan peggang pen n tulis nama then yg lain2 tandatangan jer. Bila dah beberapa kali macam tu, berlaku plak satu insedent yg tak diingini. Nathan yg sampai lg lambat dari kami akan msj kak sha suruh tulis nama dia. Then baru dia akan masuk. ( Dalam hal nie aku n ayu tak terlibat). Tp tu pun sekali 2 jer yg nathan suruh kak sha.

Then nak dijadikan cerita nasib kami nie malang, satu hari tu si nathan sampai awal sikit dari kami coz dia dah mula datang ngan moto. Tahu2 jer nathan dah tolong tulis nama kami bertiga utk attendence. (kami tak suruh pun dia buat macam tu). Tp time nathan tulis, memang kereta kami dah masuk dekat perkarangan sekolah. Kami nie jalan dari padang nak masuk pejabat tulis nama, kat situ dah amik 2 3 minit. Then si PK ngan PK Ko K dah tunggu depan tu, siap peggang liquid lagi padamkan nama kami. Then cakap kat aku yg first masuk dalam tu lar "what time you should be in school??" before 7.30 right??? Time tu 7.29 tak silap aku. Then dia dah cakap, "you all baru
2nd week kat sini tp I dah dengar byk komplain sal you all. Lepas nie jumpa saya n pengetua.

Bila jumpa dengan dia n pengetua, tanpa kami duga mereka boleh utarakan satu persatu kesalahan kami sampai aku tak terkata n tak terduga. Kamu nie terlalu lama buang masa dekat kantin sekolah. (kenapa tak cakap dari awal peraturan makan macam mana???). Pas tu nathan kena, kamu datang latihan rumah sukan lambat, n pelajar mengadu kamu bergayut dengan telifon time latihan rumah sukan. (terkedu nathan time tu coz dia cakap dia terima satu panggilan telifon n penting untuk dijawab). Time tu gak si nathan datang lewat kesekolah coz kereta dia rosak tengah jalan. pas tu menurut dia panggilan tu memang ada kena mengena sal kereta dia.

Lepas tu cakap yg kami nie jenis masuk ke kelas lambat. Bila aku masuk kelas lambat???. Setahu aku, bunyi loceng jer aku dah naik tunggu depan kelas, then cikgu yg ada dalam kelas nampak aku kat luar baru kemas2 barang n kuar. (tak percaya tnya lar students2 aku kat 1 Azam n 4 Bakti). Yg 3 org ag aku tak tahu macam mana, tp dieorg cakap dieorg pun sama macam aku.

Then cakap lagi, cara mengajar kamu sangat teruk. Students semua cakap kamu nie sangat bosan sampai nak balik kami, cikgu asal ambil alih balik. Ada setengah pelajar tu sampai ibu bapa dah komplain yg cikgu kat sekolah teruk (merujuk pada kami lar). Time nie aku terkedu lagi. Guru pembimbing aku sendiri tak pernah masuk menilai n tgk cara aku mengajar. Then Mr. Bee ada masuk sekali dua tp time kelas tu aku rasa cara pengajaran aku tak lar sampai tahap membosankan. Aku dah buat yg terbaik. So macam mana statement tu boleh kuar???. Aku cakap balik yg Pn. Wendy tak pernah masuk setakat nie. So pandai2 lar si mereka2 bela balik guru mereka. You tak boleh cakap macam tu, Pn Wendy sangat sibuk...itu ini dan bla bla bla.......

Pas tu komplain ag kami nie ajar guna white board n marker...yes utk poem kelas 1 Azam aku bg dieorg tulis n mungkin terbanyak sikit hari tu. Then tulis, bila tak cukup tempat aku sambung kat mana ada tempat n suh students sambung. (aku mengaku ja dekat dieorg tu salah aku, n aku dalam proses nak catch up). Tp tu minggu ke 2 aku kat sekolah. Aku dalam proses utk sesuaikan diri. Dalam proses untuk cari idea nak mula rancang pengajaran macam mana. (tp semalam Pn Wenday cakap kat aku macam nie, You are good in making planning now, you leart it at USM???). Aku cakap yes, we done it for our macroteaching. Bila pn Wendy masuk kelas aku, dia cakap ok, cuma aku perlu ubah itu dan ini (nie komen utk 2 minggu yg lepas lar).

Then baru aku tahu, kak sha cakap PK1 masuk observe kelas dia n kak sha sendiri buat pengajaran white board n marker, n ada tulis sambung ja kat mana ada tempat. Pas tu malang ag nasib kami nie, tak plak pengetua n PK nie pesan yg buku RP kena anta dekat sekolah setiap Jumaat n rancangan untuk hari isnin perlu lengkap ditulis dalam tu. (even tak der seorang cikgu pun yg ingatkan kami sal tu). Tiba2 cakap make it done today n pass up it to me today. (tak silap aku hari tu jumaat). Tak cukup ngan tu, kami yg first 2 week agak kelam kabut nie buku RP tunggang langgang sikit. Tp buku aku dah siap time si PK tu cakap kena anta. Tp rancangan for monday aku tak buat (Demi Allah aku tak tahu coz tak diberitahu). Kesian kak sha, on the sport buku RP dia kena cop, tak siap lesson plan time masuk mengajar. No warning no anything, first nampak cop terus. (semua nie berlaku hari yg sama time nathan g tulis nama kami). Seolah2 geram kat kami n terus nak cari salah kami, n sengaja nak kenakan kami.

Dan serius aku cakap kat sini, time smua2 kesalahan nie diutarakan...sepatah haram dieorg tak cakap yg time kami masuk sekolah hari2 sebelum 7.30 tu sepatutnya tak cukup baik. Serius dieorg tak cakap klu boleh perlu ada kat sekolah sebelum 7.15 minit pagi. Klu yg nie dipersoalkan, n di tegur, mulai hari isnin yg berikutnya aku dah boleh ubah rutin bangun pagi n cuba sedaya upaya aku g seawal mungkin. (seolah2 disitu tiada masaalah). Terkedu lagi aku bila Dr. sampai n soal tu dibangkitkan.


Bukan saja aku nak cakap punya busuk hati mereka2 nie, hari jumaat tu gak tiba2 PK 1 nie bagi kami kerja suh key in marks result2 exam PMR tahun 2009. Dia boleh kata plak, cikgu2 praktikal nie semua nampak free sangat, kita bg keja kat depa. Then aku kena buat 2 subjek utk BM n BI n setiap sorang dapat dua subjek. Time tu nak suh buat benda tu n nak on the spot, time tu kata nak lesson plan siap utk hari isnin sekali, time tu gak aku ada latihan umah sukan nak balik dulu coz petang kena datang balik. Bayangkan semua kerja bg dalam sehari, bertimbun2 pas tu dengan rasa tak bersalah langsung (terngiang2 ag kata2 PK 1 dekat telinga aku nie "you all need to make all that done by today n need to stay back until semua siap"). Seolah2 macam geram kami balik ikut time hari2 tak pernah stay back n buat keja. (perlu ker aku duk kat sekolah lama2 n buat ABM aku kat sana kononnya tunjuk aku rajin sangat???? pada hal benda cam tu aku lagi selesa buat kat rumah). Aku yg dah key in marks bg habis, aku yg RP dah siap utk minggu tu, cuma tinggal isnin punya jer, so aku g cakap kat PK aku nak balik dulu n RP aku anta besok coz sabtu ada sekolah ganti. Si PK tu kata OK. (So hampir kul 2,30 baru aku balik n kul 4.10 aku g sekolah bali). Kesian ayu ngan kak sha stay back hari tu sampai kul 6 n balik ngan aku pas aku habis latihan rumah sukan hijau. (tidak kah busuk hati2 mereka itu???).

Nak aku cerita lagi??? First meeting utk panitia BI aku dah dilantik jadi setiausaha. Aku tak mengadu walaupun at first rasa macam berat sikit lar. Baru ja masuk sekolah, tak tahu menahu apa2 dah lantik jadi setiausaha utk meeting panitia plak. So aku tulis apa2 yg termampu. Then nasib baik Guru panitia nie kira baik lar gak. Dia kata kat aku yg dia nak tulis semua isi n bg aku taip jer. (nak kata baik tak baik sangat lar, dengar plak what happend next). Meeting tu diadakan pada hari selasa. Si Panitia nie kata nak bg kat aku nanti suh aku taip. Then tungu punya tunggu punya tunggu...sampai hari jumaat dia tak bg2 lagi kat aku. (hari jumaat yg sama semua perkara malang terjadi). Then time nak balik baru dia duk kelam kabut tulis dalam kertas dengan alasan dia sangat bz n tak der masa nak tulis. Maka malam tu aku kelam kabut nak buat minit lagi, nak siapkan lesson plan utk isnin tu lg.

Then Si cikgu yg simpan markah PMR utk budak2 tu, boleh cakap kat aku yg dia tak buat coz tak berada dalam bilik guru time PK g tau suh bg marks kat kami. Pas tu dia kata semua data ada dalam komputer dekat pusat sumber dia dah key in. Bila aku buka haram kosong tak der. So, aku cakap kat PK yg tu bukan salah aku n aku nak balik, yg lain2 dah siap. Time aku datang petang utk latihan rumah sukan, baru kak sha n ayu cakap "cikgu td tu baru bg buku nie kat yati suh yt isi. Time tu pusat sumber dah tutup n aku tak amik salinan record tu dalam pendrive nak wat kat umah. (so hari sabtu tu kat sekolah kelam kabut aku buat nak bg siap). Tp aku fikir gak, nasib baik aku tak amik dalam pendrive, klu tak minit nak taip, RP nak buat, taip yg tu ag?????. Alamat aku tak tido lar malam tu. (Cikgu Panitia dah pesan, saya nak minit nie sebelum isnin). So, bertimbun2 kerja yg aku kelam kabut nak siapkan.

Maka hari sabtu tu lar aku bertungkus lumus nak siapkan isi data2. Then hari sabtu tu aku, ayu, kak sha n nathan semua masing2 kena jaga kelas wat gotong royong. Aku yg nak siapkan kerja kelam kabut bawa laptop masuk kelas 4 sains n key in data kat sana. Dah siap bila nak print, boleh plak printer buat hal n sampai ke last nak print pun tak boleh. Then kami kelam kabut dekat pusat sumber sebelum balik hari sabtu, sampai cikgu yg jaga pusat sumber tu cakap kat kami, "kamu nie ada kerja nak siapkan, patutnya kamu tak naik dengar ceramah td". Kami yg kerja tak siap, lepas rehat jer kena naik dewan n duduk dengar ceramah. Dah bis ceramah kelam kabut nak p print.

( Tapi Allah tu maha pengasih n penyayang, last2 PK tu cakap bg tanggungjawab tu dekat guru panitia masing2 n mau dibuatnya hari isnin tu semua cikgu2 especially panitia kelam kabut siapkan part masing2 coz audit nak datang). Then cikgu yg buat kerenah bg buku lambat tu, dia cakap apa yg aku dah save semua tak boleh nak baca dalam pendrive aku. Then dia kena buat lain lar kot semua balik. Tp aku dah pelik ritu coz semua ada dalam pendrive aku. In fact sampai sekarang pun ada ag. Yg dalam dekstop pun baru2 nie ja aku buang. Mungkin Tuhan nak balas n nak susahkan dieorg balik. Allahualam.

Then hari isnin tu aku sendiri pun sangat kelam kabut, lari sana, lari sini, coz aku first time nak cuba guna bilik APD room. Then masa tu lar time aku kuar dari kelas 4 bakti (ngan hati yg happy coz aktiviti aku hari tu leh menarik minat pelajar n even Mr.Bee pun nampak exited cari perkataan bila aku lekat scramble word dekat white board), then aku boleh terpelecok dekat tangga sekolah. Tp normal lar Mr. Bee ada betulkan kesalahan ayat yg students aku buat coz aku sendiri pun lemah bahagian grammar. Tu buat aku risau sikit lar coz aku cikgu tp Mr. Bee plak yg tolong betulkan setiap ayat tu. Sambil fikir n sambil jalan sampai aku tak perasan n terlepas pandang satu anak tangga. Mula tu sakit di kaki nie tak rasa sangat. Aku terus g sana, g sini, set up bilik APD room coz nak guna dekat kelas 1 Azam. Then aku stay back plak utk badminton. Time nak balik tu kaki aku tergeliat tiba2 dan sangat sakit sampai aku tak boleh jalan. Then the next day aku MC. (malang ag n tambah ag nama buruk yg dah sedia buruk).


Dan hari nie, setelah 3 hari kami dah ada kat sekolah lingkungan 7.05-7.10 pg, selepas kena marah ngan Dr. td tersampai lambat lg. 7.19 kami sampai kat sekolah. Silap aku gak coz td aku terlambat cikit turun. 6.40 aku turun lepas jer solat subuh n bersiap. Tp td aku terbuang masa sikit betulkan tudung coz tudung tu tiba2 buat hal tak nak menjadi :( malang tul nasib aku. Dah tu dalam perjalanan, dua kali aku terpaksa berhenti n tunggu coz ada dua biji keta yg blok kereta aku untuk seketika (means kena tunggu kereta tu gerak dulu baru aku boleh jalan. (Klu tak i-Allah kami tak akan lewat 4 minit td).

Tiba2 terus menerus report dah dihantar kepada Dr. Si Nathan yg jumpa aku kat kantin cakap, Dr. msj tak kamu???. Aku pun pelik. Then aku cakap tak tahu, coz aku offkan Hp aku kat sekolah. Bila buka jer dah dua kali dia anta msj. Kul rapa sampai sekolah?. Then aku balas lar cakap sorry td lambat 4 minit sbb traffic aku cakap. Then dia tak balas. Pas tu selepas seketika dia dah reply msj kami n msj dia berbunyi sangat menyakitkan hati. "NAMPAKNYA ANDA HENDAK SANGAT SAYA GAGALKAN ANDA DARI LM. sAYA TIDAK AKAN FIKIR DUA KALI DAN RELA MENGGAGALKAN ANDA. ADAKAH ANDA TIDAK TAHU MENGIKUT ARAHAN? ATAU TAK TAHU MAKSUD 7.15 PAGI? U ALL HV A BIG PROBLEM. I HV DISCUSSED THIS WITH TIMBALAN DEKAN DAN DEKAN. U MENJATUHKAN NAMA PPIP DAN USM".

Bila baca msj tu td aku terkejut sangat. Kak sha n ayu pun sama. So aku yg bersalah nie balas msj cakap macam nie. "Saya minta maaf, saya yg bersalah. Saya yg memandu kereta dan ayu dengan sharidah hanya tumpang dengan saya".

Then berlaku lagi kesilapan dalam kekalutan tu. Aku terfowardkan msj dia td tu dekat dia balik. Then aku cakap sorry jer lar, dah tak sengaja terforward nak buat macam mana????? nak halang pun tak boleh dah bila dah tekan sent...huhuhu...

Pas tu lama sikit dia balas balik msj macam nie. "NO EXCUSE IS ACCEPTED! I AM FED UP WITH UR NONSENSE. SEKARANG SAYA NAK REKORD KESALAHAN ANDA SAHAJA. U CONT BEING RUDE TO ME".

Bila aku baca msj tu plak, pala otak aku nie dah blank seketika. RUDE???. Sbb aku tersalah forwd msj td ker dia anta msj nie plak???. Atau rude tu merujuk pada apa????. Kami g lambat ag tak ikut arahan. Atau dia msj sampai dua kali baru kami nak balas??? Aku off hp. Kak sha n ayu tengah dalam kelas. So nak balas macam mana???? Nathan cakap baru aku on hp aku n tgk dia dah msj dua kali :(

Hari nie tanpa segan silu aku nagis lagi depan fmly aku. Aku dah tak boleh tahan lagi. Then macam biasa mak n ayah aku sangat geram sampai ayah aku dah cakap nak g jumpa si pengetua n Pk, (abg aku cakap tak payah) then cakap nak jumpa dr tu plak, (pun abg aku cakap tak payah) pas tu nak jumpa dekan, (pun dia cakap tak payah). Abg aku cakap nape tak balas depan2 jer n nagis pas tu balik??? sekarang no point ayah plak nak g jumpa n cakap itu dan ini. Dia ada gak cakap nak tolong balaskan msj tuk aku. "If u think that i'm not good enough, n still nak gagalkan kami, saya pun dah bersedia nak tarik diri n daftar lain utk LM tahun depan".

Friday, February 5, 2010

*GeLiSaH*

Salam...

Bila aku terbaca kawan2 lain cerita sal penyelia dieorg...macam mana pertemuan pertama ngan penyelia masing2...tu betul2 buat aku sangat risau :(

Penyelia akan datang 3 kali sepanjang kami buat LM. Teringat kata salah sorang kawan LM aku. "jgn2 hari pertama Dr, datang tu dia dah anggap macam observe yg pertama n dah bagi markah". Klu tu yg Dr. tu buat...adil ker????. Just dengar comment dari pengetua yg hampir 99.9% buruk2 jer sal kami. Then apa yg kawan tu cakap ada betulnya coz ritu dia dah cakap. "Sy rasa Dr. takkan datang, dia sengaja nak suruh kita tunggu kat sini". N apa yg dia kata tu BETUL. Dia mungkin faham sikap Dr. tersebut coz Dr. tu memang pernah mengajar dia sebelum nie.

ADIL KER KLU TU YG DR BUAT????. (klu yer maka sungguh malang lah nasib kami). Dah ler dengar cerita dr sebelah pihak jer, dah tu tak pernah langsung tgk buku rancangan pengajaran kami, tak tahu apa yg sebenarnya berlaku, then bg markah penilaian terus????. (bunyi pun macam sungguh kesian kat kami kan???).

Dan satu lg yg buat aku risau sekarang, semua penat lelah n usaha aku sia2 belaka. Bagai nak rak aku cuba sedaya upaya buat yg terbaik...ajar setakat yg termampu aku buat, yg terbaik untuk students aku...but then semua tu tak diambil peduli oleh Dr. tu macam mana???. Aku dah mula sangat risau kalau apa yg pengetua sampaikan tu tinggalkan kesan pada dia sampai dia tak berminat n tak peduli sal kami n last2 bg markah yg teruk kat kami :(

Aku tak dapat nak predict Dr. tu macam mana orgnya. Sangat berhati batu sampai macam tu sekali ker? Sampai hari nie dia buat "bodoh" sejak hari selasa dia marah kami n kenakan kami ritu. Aku sampai dah naik malas nak fikir sal Dr. tu lagi. Kadang aku rasa geram coz sikap angkuh dia seolah2 sangat terserlah.

Bila difikir2kan balik. Dah lar semua perkara yg berlaku kat sekolah (kononnya guru2 pelatih macam kami sangat teruk) semuanya bukan betul2 belaka. Ada setengah tu memang salah kami coz kami tak tahu n dieorg tak bg tahu dari awal. N ada plak setengah tu berlaku pun lebih ke arah salah faham. Dah lar tak bg peluang untuk kami terangkan...then buat kering2 macam nie plak. SAKIT SUNGGUH HATI AKU!!!.

Dan bila aku fikir2kan balik. Reaction dari Dr. tu over limit coz cara dia treat kami tu patut dia gunakan utk students2 yg benar2 bermasalah. Contoh sengaja buat silap walaupun tahu benda tu silap. Dah bg tahu salah pun still degil nak buat lagi. Untuk students yg macam tu, klu dia bertindak sampai macam tu ok lar. Tp untuk kami??? Perlu ker dia bertindak sampai macam tu sekali. (terus terang cara dia layan kami buat aku rasa seolah2 aku nie macam pelajar bermasalah yg tak layak masuk U n tak layak jd cikgu). Tak layak ker aku?????.

Lepas nie aku kena tunggu n lihat macam mana bila Dr. tu datang. Aku sangat risau penilaian dia yg berikutnya pun, dia masih marah n geram kat kami. (kononnya telah memalukan muka dia).

Kadang2 aku rasa pelik n hairan ada manusia2 yg berhati macam tu dalam dunia nie. Hidup ngan berhati n berperangai macam tu dapat apa???. Susah nak faham n susah nak tafsir org. Apa yg aku boleh cakap sekarang, semua yg berlaku nie sememannya takdir Tuhan n aku harap sangat ada hikmah tersembunyi disebalik apa yg sedang aku lalui sekarang. Dan semoga hikmah tersebut adalah untuk kebaikan. Amin......

Wednesday, February 3, 2010

*My HeArT wIlL gO oN*

Salam.....

Ermmm...nie lagu famous dalam cita Titanic...Celine Deon nyanyi lagu nie n ramai org suka coz nie lagu romantik sal kisah cinta. (aku tak layan sebenarnya lagu2 BI nie coz aku byk layan lagu melayu...hohoho, cikgu Bi apa nie????? :p )

Sebenarnya aku guna lagu nie kaitkan ngan poem yg aku ajar "In The Midst of Hardship". Memang leh nampak students aku enjoy n happy ja dalam kelas semalam :) N dieorg gak wat aku happy n lupakan sebentar apa yg dah jadi sebelum aku melangkah masuk kelas dieorg.

At first memang sedikit susah nak kawal dieorg, tp sekarang dah berubah bila kita pandai amik hati dieorg n ikut rentak dieorg...Alhamdulillah. In fact pada mulanya aku sangka aku akan hadapi masalah ngan students kat sekolah tu n bukan ngan staff sekolah. Jauh benar jangkaan aku meleset bila dah masuk minggu ke 4 aku kat sana. Students boleh buat hati aku tenang n rasa seronok nak g sekolah tu. Lepas nie aku akan bertahan kat sana pun sebab semua students2 aku yg sweet2 belaka. Memang nampak sikap keanakan dalam diri pelajar 1 Azam n nampak sikap remaja yg sedang membesar dalam diri students 4 Bakti.

Hari nie aku g sekolah, aku nampak muka2 staff kat sana memang agak lain. Tak tahu ler kalau memang perasaan aku jer yg macam tu. Tp aku wat biasa jer setakat yg termampu. Tp aku tak leh nak bg senyuman yg betul2 manis dekat semua staff yg ada kat situ. (sakit di hati aku nie masih berdarah lagi, so how nak jd hipokrit dan senyum like there is nothing??? ). But then i still try my best n keep on smiling.

Talk about me first. Aku nie jenis yg sangat sensitif n mudah nak nagis. So klu org marah aku. Org cakap something yg menguris hati aku, tu boleh buat aku nagis. Tp of coz lar benda tu perlu sangat teruk, klu biasa2 org marah tu tak lar sampai leh wat aku nagis...wkwkwk. (Tp yer ker cam tu??? bukan klu kena marah cikit pun dah nagis ker??? hahaha ). So it's not easy for me to defend my self coz at the first place aku akan nagis dulu. @ pun dalam hati sangat sebak n ngah tahan sampai tak boleh cakap. Klu cakap kira conform nagis ler jawabnya. ( Ini adalah sesuatu yg amat memalukan bila org tgk kita nagis, so aku lebih suka utk mendiamkan diri).

Semalam, time Dr. Termit Kaur (Penyelia paling ..... yg aku dengar dari org ler ) datang wat lawatan kat sekolah n nak jumpa kami. Mula tu dia sangat ceria, tp once dia melangkah kuar dari bilik pengetua ( muka yg tadi manis macam madu leh jadi masam macam cuka hanya dalam sekelip mata). Then after that what happend??? of course aku n dua lagi rakan LM kena marah teruk2 dekat luar pejabat tu. ( yg sorang ag selamat sebab MC mengejut tiba2...hohoho). Then she not even give us chance to talk n defend ourself. YES!!! I admit...dalam banyak2 kesalahan yg dia sebut tu, satu kesalahan aku yg paling ketara ( aku sampai sekolah around 7.20-7.30 selalunya ). N yg buat aku rasa bersalah sekarang sbb 2 kawan lg tu g ngan aku, so bila soal tu dibangkitkan, what time you come to school everyday??? Tu salah aku!!!!. Tp loceng sekolah bunyi 7.40. Setakat kami g sekolah, tak pernah sekali pun kami masuk sekolah lepas loceng dah bunyi. Paling lewat kami sampai ritu 7.38 tak silap aku, tu pun memang sebab Thaipusam n tak dapat nak avoid pun. (even Pk 1 pun sampai pas kami dah tulis nama).

But the problem here now, kenapa pengetua n PK 1 tu tak cakap kat kami macam nie " kamu nie dah hampir 2 minggu saya tgk, selalu masuk sekolah masa hampir 7.30 pg. Kamu guru pelatih, kalau boleh cuba berada di sekolah dalam 7.15 pagi. Tak elok guru2 lain tgk kamu masuk bila dah ramai guru dalam bilik guru tu. Tu menunjukkan contoh yg tak baik sebagai guru pelatih"
Haaaa...klu cakap macam nie...aku yg jd driver nie mesti dah ubah rutin bangun pagi aku sejak dari mula lagi. Bila dieorg diam n tak suarakan, seolah2 apa yg sedang berlaku tu betul, so aku pun teruskan macam biasa seolah2 "o.k lar, yg penting masuk sebelum bunyi loceng". Kami masih baru n tak berpengalaman sebagai guru. So bukankah tugas n tanggungjawab mereka untuk membimbing kami???.

Memang aku sangat terkilan bila semua kesalahan kami dikumpulkan. Then, disalahkan dan dimarahi oleh pengetua n PK 1 seolah2 kami nie sangat teruk. ( antara ayat2 tak boleh blah yg aku ingat n mungkin akan ingat sampai bila2, "kamu nie first beach dari USM yg datang buat masalah kat sini" "semua guru2 complain pasal kamu dalam meeting" "students2 tak suka kat kamu n minta balik kami cikgu2 lama ambil alih" "ibu bapa pelajar pun dah complain pasal kamu" ) Terkedu lidah aku dengar ayat2 nie yg kuar dari mulut PK 1. Apa????????. Is that really bad sampai macam tu sekali????. TAK MASUK AKAL!!!!!!

Depan kami bukan main senyum semua staff2 dalam bilik guru, macam kami tak buat salah apa pun. "so happy go luckly lar kami". Then dalam meeting semua cikgu complain pasal kami?????. What the hell?????. Students complain pasal kami????. Then apa kes bila nampak kami students semua bukan main ceria tegur kami "selamat pg cikgu" "assalamulaikum cikgu" "hai cikgu" "cikguuuuuuu" tu apa kes?????.

Dah tu, aku gak tak sangka yg berita macam tu leh sampai kat telinga penyelia, sedangkan kami dah tak buat ag benda2 yg dieorg tegur tu, kecuali time g sekolah coz serius isu tu tak dibangkitkan langsung macam satu kesalahan.

Bila berlaku kesilapan, straight come to us n tell us, that is wrong. Then kami takkan buat balik apa yg salah tu. Then apa yg buat aku terkilan ag, kesalahan yg org lain tak buat tapi 4 org kena tanggung sekali. Contoh macam kesalahan aku sebagai driver td. Klu kata aku sorang, so kesalahan tu takkan nampak ketara. Tp bila 3 org g sekali, so nampak sangat ketara yg cikgu2 pelatih nie tak masuk sekolah sebelum 7.15 pagi. :(

Buat aku terfikir sendiri, adakah mereka2 itu sengaja biarkan kami buat kesalahan. Lepas tu sengaja kumpulkan dengan tambah bahan perasa2 tambahan utk menyedapkan rasa, then hidangkan sebagai "manisan" utk penyelia yg datang sekolah untuk buat lawatan awal????. Siap bg invatation lagi kat penyelia, call panggil datang sekolah cakap pengetua nak jumpa. Coz menurut Dr. dia nak berhubung dalam telifon jer tak pun just nak meet PK 1 n balik. Tp tak sangka kena jumpa pengetua n pengetua bg manisan yg istimewa dekat dia sebagai "halwa telinga".

Then Dr. yg dah dapat gambaran yg "baik2 belaka pasal kami nie" apa lagi. Mesti lar dia nak bg penghargaan dekat kami. So dengan bangganya dia dah siap ugut kami nak bg kami fail. Then panggil kami jumpa dia dekat PPIP semalam. Nak bawa jumpa AJK LM, then pesan tepat kul 5 ptg ada kat PPIP. Tp dengan bangganya dia punya berhati "_ _ _ _ _" boleh biar kami tunggu macam "_ _ _ _ _" kat sana sampai 6.40 ptg n tak muncul2. Telifon tak angkat, msj tak balas, macam "_ _ _ _". Then pas dah msj cakap kami dah nak balik, lama sikit baru dia msj "PLS BE AT SCHOOL AT 7.15 TOMMOROW!!!" Macam "_ _ _ _ _". Pas tu aku pun wat bodo ar tak balas msj coz nak solat asar, dah nak dekat maghrib dah. Then tgk tepon dia anta msj ag " Did u get my msj???, lain kali sila biasakan diri untuk balas msj saya". Serius dia macam "_ _ _ _".

Dalam hal nie, aku nak salahkan siapa???. Memang salah dia bertindak macam tu tanpa usul periksa. Tp, siapa pun akan marah klu kata students bawahan dia p sekolah org then malukan nama macam tu. (so patut lar kot dia bertindak cam tu kan???). Ataupun perlu ker aku just salahkan diri sendiri n that's it fullstop. Tp aku sangat kesal dengan sikap pentadbir sekolah. Dah tegur, then kami pun dah try our best. Tak nampak ker????. Kenapa perlu canang sampai macam tu sekali dekat penyelia??? suka tgk kami menagis??? tak suka sangat kat budak2 USM ker?? klu tak suka nape tak reject ja nama kami semua dari awal2???. (Ingat aku suka sangat nak p sana???? SORRY lar!!!).



Then yg lagi memalukan, pengetua tu boleh plak panggil nak cakap ngan aku. (silap aku gak p masuk bila dia nak amik kunci bilik APD, coz aku dah plan nak ngajar guna laptop ritu). Then boleh tnya apa jd td???. Patutnya aku dengan emosi yg macam tu perlu elak dari berdepan ngan dia. Dalam keadaan yg macam tu, bila dia tnya plak apa dah jadi, n aku yg sememangnya tengah tahan sebak nie terus menitis ja air mata depan dia. (menyesal tahap gorila tu yg terjadi semalam) Dalam hati nie rasa macam nak tnye jer "Dah puas hati sekarang!!!????".

Ya Allah....kadang2 terasa berat ujuan nie...tp alhamdulillah sekarang aku dah makin cool. TQ sangat2 kat mak, ayah, tunang tersayang n kawan yg nasihatkan aku. Sekarang nie, aku cuma kena fokus utk mengajar dengan cara yg terbaik yg aku mampu. Then perkara2 lain yg melibatkan staff, tgk lar dalam a few day nie macam mana. Klu semua ngan muka2 yg macam tu ag...ada aku kesah????. Yg penting students aku ok, n dieorg adalah org yg aku perlu berdepan sepanjang minggu.

Yg lain2 yg tak der kena mengena ngan aku...malas aku nak layan. ( nie luahan kata hati aku yg agak geram dan marah, esok mungkin lain plak yg aku fikir...huhuhu ).