Friday, November 27, 2009

TiDaK fAhAm!!!!

Salam..

Tiba2 hari nie aku terfikir nak tulis tentang seseorang. Sebenarnya aku rasa pelik n hairan dengan sikap n perangai sesetengah manusia. Kadang2 aku tak faham macam mana cara manusia berfikir n apa yang manusia sebenarnya nak dalam hidup mereka. Pada sesetengah orang, aku tak faham ape yang orang tu maksudkan dengan KESEMPURNAAN. Kadang2 memang kita tak boleh nak tafsirkan ape yg manusia lain fikir n ape yang manusia lain tafsirkan sendiri tentang KESEMPURNAAN dalam diri mereka.


Aku terfikir nak tulis post nie sebab tadi aku terbaca msj dari seseorang dalam salah satu Web 2.0 yang aku rajin layan sebelum nie. Tapi sekarang aku dah jarang sangat layan web 2.0 tu coz aku rajin layan FB. Td masa aku chek email baru aku terperasan Mr.X ada anta msj dekat aku. Tp msj tu Mr.X anta kat aku 3@4 bulan sudah. Cuma aku yg tak perasan coz aku jarang chek email aku yang satu lagi tu. So, tadi aku bace lar msj yg Mr.X anta kat aku. Msj tu berbunyi lebih kurang macam nie...


"Salam..yati c-hat? Dah lama tak dengar cita. Mr.X rasa yati sendiri tahu kan macam mana hubungan Mr.X ngan Ms.J. Mr.X nak tanya yati tentang kawan yati Ms.T. Ms.T tu baik tak?? Ape pendapat yati klu Mr.X nak add Ms.T??".

Nak tahu ape aku balas???


"Wksalam n salam, sori lambat balas msj Mr.X. Yati dah kurang layan (...) sekarang nie. Klu pasal kawan yati tu, memang kawan yati tu seorang yg baik. Tp yati tak tahu tentang life die sekarang macam mana. Mungkin gak die dah berpunya. Ape2 pun yt harap Mr.X happy with your new life sekarang. TAHNIAH!!!"


Sebaik jer aku baca msj tu. Terus terang aku terkejut n tak sangka yang Mr.X sanggup anta msj macam tu dekat aku. Aku rasa macam tak percaya pun ade gak. Memang betul aku memang tahu tentang hubungan Mr.X ngan Ms.J n Ms.J ade cerita dekat aku gak sal Mr.X. Mr.X tu sebenarnya berumur lingkungan 40 tahun ke atas. N dah pun berkahwin serta punyai 3 @ 4 orang anak, aku tak sure. Masa mula2 aku dapat tahu sal hubungan Mr.X ngan Ms.J, aku rasa agak hairan n tak percaya. Aku tak setuju ngan hubungan Mr.X ngan Ms.J. Aku nasihatkan Ms.J supaya jauhkan diri dari Mr.X n kalau boleh cuba bantu Mr.X supaya hubungan dia ngan x wife dia akan pulih balik. (Tanggapan pertama aku masa aku mula2 dengar cerita sal Mr.x, aku rasa ade something wrong ngan Mr.X n aku kesian dekat x wife Mr.X). Aku faham perasaan isteri Mr.X tu coz aku gak perempuan n aku faham n dapat bayangkan macam mana perasaan kecewa x wife Mr.X bila hubungan yang dah terjalin atas dasar cinta (klu tak silap aku) untuk tempoh masa berbelas tahun (klu tak silap aku) musnah macam tu jer. Aku cakap mungkin Tuhan hantar Ms.J untuk bantu Mr.X ngan x wife die berbaik semula. Klu kena gaya Ms.J mendekati Mr.X, why not kan??. Ape pun semua tu terletak dekat tangan Mr.X sendiri sejauh mana die nak perbaiki hubungan die ngan X wife die. (X wife coz sekarang dah sah bercerai).


Tp pas tu aku terfikir sendiri, jodoh pertemuan tu kan kat tangan Tuhan. Dan satu lagi memang betul lar orang cakap "cinta itu buta". Dan sebagai perempuan, aku dapat faham ape yg Ms.J fikir n Ms.J rasa. Mula2 aku terfikir sendiri, klu aku ade kat tempat Ms.J, tak mungkin aku akan jatuh cinta ngan Mr.X yang berstatuskan suami orang. (Memang mudah untuk bercakap n bukan mudah untuk kita lalui klu kita sendiri ada dekat tempat Ms.J). Aku sangat faham dan sangat mengerti perasaan Ms.J. Can't denay that every women want someboday special in their live give full attention to them. Am i right???. So, tak hairan lar Ms.J boleh jatuh hati dekat Mr.X coz Mr.X nie sangat caring n pandai amik hati Ms.J. Mr.X bersikap sangat matang, penyayang dan sangat mengambil berat sehinggakan Ms.J rasa die berada dalam satu genggaman yang sangat kukuh dan selamat.


Jd klu aku sendiri pun ade dekat tempat Ms.J tu, silap2 hari bulan aku pun leh jatuh di timpa tangga gak wkwkwk :p. Tp tu aku tak leh nak comment lebih2 lar coz aku betul2 tak berada di tempat Ms.J. So lama2 aku dapat terima hakikat tentang hubungan Mr.X n Ms.J. Masa Mr.X ngan Mr.J bersama, time tu Mr.X still lagi ngan x wife die. Tp time tu memang Mr.X ngan x wife die ade masalah n hubungan mereka seolah2 tak dapat nak diselamatkan lagi. Tp aku no comment lar sal hal tu. Sbb aku pun tak tahu ape yang sebenarnya berlaku antara dieorg n aku sekadar mendengar cerita dari Ms.J. Itu masalah peribadi dieorg n aku tak nak ler cakap sal hal tu. (Nanti kan tersalah cakap n tersalah comment, tak pasal2 aku plak yang kena tanggung dosa...ishhh..tak mau lar aku)

Tp bila dah lama2, aku dengar cerita dari Ms.J, aku rasa mungkin gak tu takdir Tuhan jodoh Ms.J ngan Mr.X. Then aku pun terfikir yg mungkin hubungan Mr.X ngan Ms.J nie berjalan lancar. Memandangkan Mr.X ngan x wife die pun nak berpisah. So aku fikir yg mungkin memang takdir Tuhan Jodoh antara Mr.X ngan Ms.J. Walaupun Ms.J n Mr.X boleh dikatakan sekali pandang macam anak ngan ayah jer. (itu hakikat n kebenaran yang nyata).


Tp ape yang buat aku terkejut ialah ape yang aku dengar lagi tentang Mr.X. Mr.X ngan Ms.J dah tak der ape2 hubungan. Dan ape yang buat aku lagi 'terkejut bin terkesima' ialah, Mr.X dah bertunang ngan orang lain iaitu Ms.S n dah nak kawin ngan Ms.S. Tu buat aku sangat terkejut!!!. Dan sekarang nie Mr.X dah pun selamat berkahwin n sekarang Ms.S dah mengandung n Mr.X bakal dapat anak baru tak lama lagi.
(N at the same time, Mr.X dah selamat bercerai ngan X wife die).



Bila aku dengar tentang nie, aku terkejut sangat. Ape dah jadi ngan hubungan Mr.X ngan Ms.J?????. Mr.X dah kawin ngan orang lain n orang lain tu pun seseorang yang lebih kurang sebaya gak ngan Mr.J. Ape yang sebenarnya dah jadi?? Nape hubungan Mr.X ngan Ms.J tak menjadi???? Bukan Mr.X beria2 n sangat sayangkan Ms.J??? Sanggup buat apa saja untuk Ms.J??? Aku tahu Ms.J sangat sayangkan Mr.X. Ms.J sanggup terima diri Mr.X tu n anak2 dia. Tp ape sebenarnya yg Mr.X harapkan n ape sebenarnya yg Mr.X nak dalam hidup dia???. O.k fine, Mr.X n Ms.J dah tak der jodoh. Tu takdir Tuhan. Jodoh Mr.X tu ngan wife baru die tu. Mr.X dah settle dalam life die walaupun first married die tak berjaya. O.k fine!!!!


Masalah sekarang nie ape lagi yg Mr.X nak??? N ape tujuan Mr.X anta msj macam tu kat aku??? Ataupun Mr.X anta msj tu awal2 dulu sebelum Mr.X kawin ngan Ms.S???. Tapi setahu aku time tu Mr.X dah bertunang ngan Ms.S n tunggu mase jer nak kawin. Tp boleh plak Mr.X nak kenal ngan orang lain. Aku betul2 tak faham!!!!


Tak cukup lagi ker Mr.X dah dapat isteri baru macam yang die nakkan??? Then ape lagi yang Mr.X nak?? Aku tak der niat nak burukkan Mr.X. Die buat ape pun aku pasti die ada alasan yang munasabah untuk diri die sendiri. Sebab klu kita ade dekat tempat die baru kita akan faham ape yang Mr.X lalui n hadapai. Sbb tu dari mula lagi aku tak nak comment sal hubungan Mr.X ngan bekas isteri dia n kenapa hubungan tu tak berjaya. Tp ape yg buat aku pelik, nape hubungan Mr.X ngan Ms.J tak menjadi??. Setahu aku Ms.J sanggup berkorban utk Mr.X. Dan aku tahu Ms.J sendiri rasa tak percaya n sangat sedy tentang hubungan Mr.X ngan Ms.S. (sekarang mungkin Ms.J dah o.k n dah tak fikir sal hal tu lagi). Menurut Ms.J Mr.X ade hubungan ngan Ms.S time Mr.X still couple ngan Ms.J. Cerita Ms.J buat aku pelik n hairan. Buat aku terfikir tentang kejujuran n kesetiaan Mr.X. Sejauh mana Mr.X jujur n setia???. Dan sekarang sejauh mana Mr.X sedang jaga hubungan die ngan Ms.S??. Jujur n setia ker Mr.X tuuu???. Kenapa Mr.X masih simpan semua kenagan dia ngan Ms.J dalam web 2.0 yg aku maksudkan td??? Ape yang Mr.X nak buktikan??? Kan dia dah ade Ms.S dalam hidup dia. Tak ker Mr.X bahagia ngan Ms.S?? Aku tiba2 terfikir, ape perasaan Ms.S klu tahu macam nie sebenarnya perangai Mr.X tu.


Mr.X sentiasa nak ade seseorang menjadi peneman dia setiap saat n setiap waktu. Mr.X seolah2 tak puas ngan apa yang dia ada. Mr.X juga seolah2 tak menghargai apa yang dia ada depan mata dia. Tak cukup sempurna ker Ms.S yg dah jadi wife dia sekarang???. (bukti sempurna dah pregnent pun sekarang nie...huhuhu). Dengar khabar Ms.S tu cantik, walaupun pernah berkahwin sebelum nie n second married gak utk die ngan Mr.X. Tu tak jd masalah ler dah jodoh dieorg. Apa lagi yang tak kena???. Ape lagi yg Mr.X harapkan??. Nak cukupkan kuoata 4 kew???? wkwkwk....


Buat Ms.J, aku tahu Ms.J sangat sygkan Mr.X dan tak sangka hubungan dieorg jd macam tu. Tp ape2 pun pada aku, aku rasa Ms.J tak perlu bersedih n tak perlu risau sal ape yg dah terjadi dengan hubungan die n Mr.X. Sesuatu yang berlaku tu pasti ada hikmahnya. Aku rasa Ms.J tak perlukan seseorang yang macam Mr.X dalam hidup dia. Ms.J masih muda n perjalanan hidup dia masih jauh lagi. Ramai lagi orang yang lebih sesuai n lebih layak untuk menjadi pendamping hidup Ms.J. Aku percaya Ms.J sendiri tak nak lalui saat atau detik2 yg tengah dilalui oleh Ms.S, betul tak???? Mesti Ms.J sendiri tak nak Mr.X buat dekat Ms.J sama macam apa yg sedang Mr.X buat kat Ms.S. Walaupun dah ada Ms.S dalam hidup Mr.X, tp Mr.X masih lagi mencari peneman lain dalam hidup dia. Untuk apa aku tak pasti dan aku tidak tahu. Aku faham perasaan sedy yg terpaksa ditanggung oleh Ms.J sbb berpisah ngan seseorang yg betul2 caring n memahami macam Mr.X tu. Bukan mudah nak jumpa seseorang yang betul2 caring sal kita dalam hidup nie. (Aku sendiri pernah rasa macam mana perasaan kehilangan seseorang yang betul2 caring n amik berat sal diri kita). Dan aku sendiri tahu macam mana perasaan tu apabila kita berdepan ngan orang lain plak yg jauh berbeza ngan sikap yg macam tu. Memang bukan mudah nak hadapi. Tp apa guna klu sikap macam tu ada pada seseorang yang tak jujur n tak setia????. Sampai bila Ms.J boleh bertahan klu di masa depan nanti bila dah bersama ngan Mr.X baru Ms.J nak sedar yg pada hakikatnya perngai Mr.X macam tu. Kan lebih baik tanggung penderitaan sekarang daripada nak tanggung kesakitan yg lebih parah di kemudian hari???


Aku tulis post nie bukan niat aku nak memburukkan mana2 pihak atau nak mencari kesalahan sesiapa. Aku sebenarnya nak kongsi pengalaman n semoga orang lain ambil pengajaran dari cerita nie. Dalam hidup, kita tak seharusnya ngan mudah percaya pada seseorang. Kita kena pertimbangkan segalanya dari mula lagi BETUL atau
SALAH ape yang kita tengah buat. Jadi klu kita pandai menilai n pandai letakkan sempadan dalam semua perkara yang kita buat, so I-Allah benda2 macam nie boleh dielakkan daripada berlaku dalam hidup kita. (Peringatan tu untuk diri aku sekali). Tp apa pun semua yg berlaku tu takdir Tuhan n semoga masing2 dapat teruskan kehidupan ngan baik lepas nie. Aku sendiri tak tahu n mungkin bakal tidak tahu tentang kesudahan hidup Mr.X n Ms.S coz dieorng tak der kene mengena ngan hidup aku. Jd aku berharap Mr.X n Ms.S akan menemui kebahagiaan yang dieorg cari. I-Allah.

Tuesday, November 24, 2009

*KeNaNgAn TeRiNdAh*

Salam....

Pejam celik pejam celik, akhirnya tempoh masa 3 tahun setengah aku kat USM dah pun berlalu. Teringat aku time mula2 aku masuk USM dulu, masa tu aku terfikir bila lah 4 tahun akan berakhir?? bila lah aku nak g sekolah mula mengajar?? Tambah plak aku rasa tempoh masa 4 tahun tu cukup lama sbb nak bandingkan ngan kawan2 lain yg amik course lain 3 tahun jer. So aku rasa 4 tahun tu cukup lama.


Tapi sekarang masa yg aku tunggu2 dah pun tiba. Saat paling bahagia yg aku nantikan adalah hari terakhir aku amik exam dekat USM n saat tu pun dah berlalu. Terus terang memang aku sanggat gembira. Lepas nie dah tak yah serabut2 fikir exam lagi. Serabut2 fikir asgmnt lg. Serabut2 nak siapkan coursework lg. Serabut2 nak wat test lg. Semua tu dah berakhir. Boleh dikatakan aku dah melangkah keluar dari alam "student". Lepas nie bila aku dah g Latihan Mengajar nanti tu dah kira aku melangkah masuk alam pekerjaan. Aku sendiri sedar dunia pekerjaan n dunia pelajar tu jauh berbeza. Mesti banyak cabaran yang aku kena hadapi nanti. Tp tu semua lumrah yang memang perlu ditempuhi oleh setiap manusia.


Apa pun, tempoh masa 3 tahun setengah aku dekat dunia universiti tu buat aku kenal oarang dengan bermacam2 ragam n bermacam2 perangai. Ada yang baik, ada juga yang kurang baik. Pada aku ler. huhu. Dan aku sendiri sebagai student dekat USM tu bukan ler baik mana pun. Coz aku sedar semua manusia ada kebaikan n kelemahan masing2. Termasuk lar diri aku sendiri. Mungkin ade gak kawan2 yang tak senang ngan aku ker, yang aku pernah buat salah ker, yang aku tersalah cakap ker, tanpa aku sedari, so aku nak minta maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut. Aku pun manusia biasa yng tak terlepas dari buat silap.


Tp apa pun semua pengalaman2 tu buat aku jadi lebih matang. Buat aku lebih mengenali orng dengan bermacam ragam n bermacam perangai dari serata negeri. Kawan2 dari Kelantan, perngai dia macam tu, kawan2 yang dari Perak perangai dia macam nie plak, pas tu kawan2 yang pada Johor perangai dia macam tu, kawan2 pada Kedah perangai dia macam nie, kawan2 dari Pahang perangai dia macam tu plak. Pendek kata kawan2 aku semua berasal dari semua negeri seluruh Malaysia. Masing2 ada perngai masing2. N apa yang aku boleh katakan, majoriti dari pada kawan2 yang aku kenal nie semua of course ler baik2 belaka. hehehe. Seronok dapat kenal n berkawan ngan dieorg semua. Tp sepanjang aku kat USM sejak dari mula2 aku g interview lagi aku dah kenal n alhamdulillah sampai lar akhir2 sem nie yg masih rapat dengan aku, orangnya adalah shima.



Yatie ngan shma.

Shma nie orgnye peramah. Time hari first aku g interview utk masuk School pendidikan TESOL, aku jumpa ngan shma. Time tu ade ler gak kawan2 lain yang interview sama2 ngan pn. Norlida time tu, seingat aku Navin, Zahid n Razif. Masa tu perkara yang buat aku tak leh lupa sampai sekarang, shima tnya dekat aku, "yati nie adik Norjuma ker??" Terkezuttt tahap gorila aku time tu...wkwkwk..bile mase plak Norjuma pengacara TV tu jadi kakak aku plak dah??? adess!!! Tp maklum lar kan. Aku nie anak mami org Penang, tmbah plak nama ayah kami plak sama, Habib Mohd, tak heran ler shma nak terkeliru...hehehe...tp sampai sekarang aku ingat lagi peristiwa lawak tu.


Lepas pertemuan pertama time interview tu, aku ngan shma terus contact2 coz kami sama course. Walaupun shma muda setahun dari aku, tapi aku serasi n boleh berkawan baik ngan dia. Mungkin gak sbb kami sama2 amik STPM n situasi n pengalaman kami sama. Banding ngan budak2 yang masuk U after matrik. Sekarang nie shma dah jadi kawan rapat yang paling baik ngan aku dekat USM tu. Macam biase ler, semua rahsia hati aku, especially yg melibatkan org tersayang...hehehe :p semua shma tahu. Die pun byk gak ler nasihatkan aku tentang itu dan ini. N at the same time mungkin shma percayakan aku n ade gak bercerita tentang hidup die dekat aku. Semua tu rahsia kami masing2. Ape pun sepanjang tempoh 3 thn setengah aku ngan shma, rasanya aku tak der ape2 masalah ngan die bab2 nak wat kerja group. Cuma pernah gak ler timbul salah faham sekali tu. Tp terus terang salah faham tu berpunca daripada org ke-3 yg banyak timbulkan ketidakselesaan bukan saja utk kami malah kawan2 yang lain juga. Ape-ape pun sekarang aku dah tak nak bercakap soal org ke-3 tu lagi. Lepas nie kami akan ikut haluan hidup kami masing2. Hopefully org ke-3 tu akan berubah n menjadi org yang lebih "berperasaan".


Bile dekat2 nak akhir sem, baru aku ngan shma mula rapat ngan azma n huda. Azma n huda pun memang kawan2 yang sangat baik n memahami. Aku sangat selesa n suka kawan ngan dieorg. Azma orangnya sangat sweet dan baik hati. Huda plak comel dan baik gak sama macam azma. Sangat amik berat pasal kawan2 n boleh nampak dieorg nie tak pentingkan diri n suka tolong kawan2. Azma n Huda pun jenis yang boleh bercerita n boleh bergurau gak. Pendek kata sekepala ler ngan aku n shma. Bile dikenang2 rasa kesal pun ade gak, nape lar dari mula bukan kami berempat jadi kawan baik. Mesti lagi best n tak perlu berdepan ngan masalah org ke-3 tu. Tp ape2 pun semua tu dah berlalu. N kami berempat dapat gak sama2 mengenali satu sama lain ngan lebih rapat lagi. N aku bersyukur aku dapat kawan2 sebaik shma, huda ngan azma. Aku harap persahabatan yang terjalin antara kami nie akan kekal sampai bila2 n aku doakan yang terbaik utk dieorg di masa depan. :)


Huda yg ceria.


Azma yg comel.


Dekat2 nak akhir2 sem nie, aku ngan kawan2 baik aku ade gak ler habiskan masa bersama2, g makan2, g berkelah, lepak2 dekat Quensbay n tengok wayang sama2. Semua tu akan sentiasa menjadi kenangan terindah untuk selama2nya. Love u all my dear frenz :)


Antara Kenangan2 Indah Bersama kawan2.....



Time nie kami wat sesi fotoshoot sndri. Siap g cari baju sedondon lg. Tp azma cakap baju tu mcm baju clown. Hehe...tak kisah ler, nampak tu azma ngan camera canggih die tu...hehe :)


Nie kami g tengok wayang same2, Pheonix Ragging tak silap aku name gambar tu..siap berbaris luar panggung amik gambar...tp time nie kami baru habis paper PGT 303, kuar lepak dulu coz last paper seminggu kemudian.


Sempat lagi bergambar dulu sebelum kuar dari Quensbay...Husna, Huda, Yatie, Shma n Ruzana.

Tangkap lg gambar ngan anak gajah yang sangat comel, mesti org2 yg lalu lalang sekitar kawasan tempat permainan budak tu pelik jer tengok kami bergambar dekat situ. hehe...macam kanak2 "saie" pun ade gak, tp yg penting comel :p


Nie plak kami berempat g makan kat padang kota pas balik dari Quensbay...disebabkan aku yg asyik cakap teringin nak makan kepah, last2 dieorg oder kerang bakar walaupun tak dapat cari kepah kat situ...terharu ngan kawan2 aku yg sangat perihatin :)


Eheh...tangan aku yg ngah curik kerang bakar...wkwkwk :p



Nie plak huda, nisa, hana n yati time dekat kannyrogers BJ. Time nie kami g buka puasa sama2, tp azma tak ikut sekali.


Esther keja part time n beria2 ajak kami g makan kat sana. Siap dapat discount lagi...hehe..thanks esther :)




Nie plak ngan kawan2 TESOL wat BBQ sebelum semua balik study week.


Semua kawan2 yang ceria2 belaka.



Waaaa..sempat lagi nie...hehe :)



Cubaan untuk menakung air laut nak bawa balik umah :p



Kanak2 riang yang bermain air :)



Uishhhh!!! sempat lagi amik gambar skandal :p lan ngan yati.

Nie semua antara gambar2 yang sempat n larat aku nak uploadkan. Banyak lg gambar2 kami yg tak terdaya aku nak upload dekat sini..hehehe...ade gambar sengal...ade gambar kanak2 riang...ade gambar terlompat2....n ade macam2 gaye gambar lagi yg kami tangkap same2. Semua tu akan sentiasa menjadi kenagan abadi kita bersama untuk selama-lamanya. Aku dah mula rindukan kawan2 aku :(

Monday, November 16, 2009

*Terima Kasih Sayang*

Salam..

Sempat plak aku tulis post nie malam nie. Pada hakikatnya aku kena bergelut ngan nota PGT437E coz khamis nie aku ade last exam sepanjang hampir 3 setengah tahun aku kat usm tu. Lepas nie aku dah takkan amik exam macam tu lagi. Semuanya akan berakhir hari khamis nanti. I'm sure that I gonna miss all that after this :(


Tp wat masa sekarang nie, aku sangat bahagia. Sebab tu aku tulis post nie. Juga nak ucapakan ribuan terima kasih n sayang yg tak terkata pada dia. Hehe..thanks dear coz akhirnya syg setuju gak ngan cadangan nak wat majlis tunang tu. Sebenarnya yati ingat mungkin takkan jadi n syg nak suh fmly datang merisik gak macam yg syg cakap mula2 tu. Tp bila semalam syg cakap dah bincng ngan fmly syg n semua dah setuju, yt rasa happy sangat n macam tak percaya pun ada. Secara tak langsung yati jd sangat happy n sangat rindukan syg. Hehehe.. (dah ler syg2 eah, simpan utk lain kali plak...huhu :p)

Sebenarnya yt on9 nie sbb ingat izz ade, tp nampak gayanya izz tak on9 plak malam nie. Mungkin gak dah nak tido coz penat, so yt malas nak ganggu. Td time tengah tunggu mak dalam kete (mak li barang kat tesco) terfikir gak nak call izz, tp tak jd plak coz naluri hati nie cakap yg izz takkan angkt, ye ker?? huhu. Ntah pas nie macam mana plak izz akan layan yt. Selama hari nie kita tak der ape2 hubungan so izz tak bg perhatian langsung dekat yt. Tp ape pun nie juga bukti yg izz betul2 jujur n ikhlas dalam hubungan kita. Pas nie klu kita dah bertunang, mmng bukan suami isteri, tp yati tertanya-tanya macam mana plak izz akan layan yt. Yt faham izz cakap hari tu izz tak suka klu tepon2 time izz dengan kawan2. Tak suka nak report2 ngah wat ape. Dan selama hubungan kita nie, walaupun yt byk pendam perasaan n sakit hati, tp yt tetap bertahan n tak sampai tahap yt tak boleh terima n minta putus dari izz. Tu sbb yati sangat sygkan izz. Tp yati harap pas nie izz faham n mula jaga hati n perasaan yati, tp tak bermakana yt nak izz berhubung ngan yt setiap hari 24 jam. Tak perlu lah macam tu coz sekarang nie pun yati boleh cakap yg izz dah berjaya didik yati supaya boleh terima situasi n keadaan nie. (walaupun selalunya sangat sakit nak tanggung :( tp yati tetap bertahan n terima segalanya).


Lepas nie mungkin kita perlu lebih mengenali hati n perasaan masing2 coz kita akan ade ikatan walaupun ikatan tu bukan ikatan yg sah dari segi hukum agama. (I-Allah klu diizinkan Tuhan n tiada aral melintang, bila tu nanti izz sndri lar g tau yt n fmly yt eah..hehe :p) Maksud yati kita belum bernikah lagi, so secara realitinya kita tetap orang asing. Tp ikatan pertunangan yg bakal diikat tu sebenarnya bukti tentang kasih syg kita walaupun sebenarnya hubungan kita nie agak pelik di mata masyarakat coz kita tak nampak pun macam pasangan yg bercinta. (sebenarnya izz pun tak nak bercinta kan??) Sebab tu lah hubungan kita macam nie.


Satu lagi org cakap tempoh masa bertunang tu banyak dugaan dan cabaran. yati harap kita sama2 boleh pertahankan hubungan kita nie sampai ke akhirnya. I-Allah :) Yati sebenarnya dah tak sabar nak tunggu habis exam. Dah tak sabar nak tunggu saat tu tiba. Semoga Allah S.W.T memudahkan jalan n semoga apa yang kita rancangkan nanti berjalan ngan lancar. Yati juga doakan semoga murah rezeki izz n semoga semuanya berjalan dengan baik...Amin!!!


KITA MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKAN.......