Monday, December 28, 2009

sAy ThAnKs To ALLAH ~Alhamdulillah~


Alhamdulillah...

Akhirnya hari nie dah 4 hari aku bergelar tunang kepada insan yg aku sayang. Memang sejak hari pertama lagi aku nak tulis post nie tp malam jumaat tu bz n penat sangat. Pas tu 2 3 hari lepas aku tak der mood plak. Nk mengarang nie kena ada mood baru boleh. Klu tak, fikir ape pun sekadar dalam fikiran jer n tak terkarang.


Ramai gak yg tanya, apa perasaan aku sejak dah bergelar tunang orang nie??? Ermmm...pada aku, aku tak tahu nak cakap...of coz lar happy. But then risau pun ada gak. Teringat kata2 pakcik Wahid hari tu. (nak ikat tu susah, tp nak putus sangat senang,salah cakap sikit dah boleh putus). Benda tu depands pada keadaan gak. Ikut orang, ikut fmly n ikut hati pasangan tu sendiri. Dan yg paling utama, mesti lar kena ada jodoh n diizinkan oleh Allah, baru boleh jadi.


Teringat aku kat sepupu aku yg bertunang bulan 3 ritu. Sedy gak coz sekarang mereka dah putus tunang. Macam2 khabar angin yg aku dengar. Lelaki tu tak baik, lelaki tu tak betul ckit...itu...ini....tp hakikat n kebenarannya hnya Allah jer yg tahu. Ape yg boleh aku cakap, mereka tiada jodoh. Memang tunang hari tu pun pilihan fmly. Mula tu aku rasa sepupu aku tu muda lagi n awal gak dia bertunang. Muda setahun dari aku. Tp memandangkan arwah pakcik aku kononnya suka lelaki tu nak dijodohkan ngan sepupu tu, so majlis diadakan dalam keadaan yg sangat cepat n kelam kabut lar gak kot. Coz arwah pakcik baru meninggal. N meriah gak majlis masa tu. Lama2 dengar plak nak putus. Akhirnya putus gak. Mak aku cakap, nasib baik putus tunang. Klu kata dah kawin baru tak serasi tu lagi berat. Betul gak tu. Nak wat macam mana, dah tiada jodoh. Tp aku tak risau sangat sal sepupu aku tu. She is still young n cantik orangnya. Mesti jadi rebutan ramai gak pas nie...huhuhu....so pada sesiapa yg berkenaan tu ada can lagi lar..wkwkwk...


Sekarang aku plak dah jadi tunang org. Rasa macam biasa jer n tak der plak rasa ape2 yg lain. huhu....tp gembira sangat coz bertunang ngan org yg aku cintai. Terfikir gak pas nie macam mana aku nak pertahankan hubungan nie. Selama nie aku byk bersabar ngan kerenah en.abg syg. Org cakap time tunang lagi berat dugaannya. So macam mana? Kuat ker hati aku macam sebelum nie???? I-Allah kuat kot...hehehe....

Ape pun aku bersyukur majlis tu berjalan ngan lancar hari tu. Agak kelam kabut ckit coz ramai orang. Rombongan belah pihak lelaki pun leh tahan ramai gak. Beberapa hari sebelum majlis tu memang aku sangat bz. Org tua2 cakap, sepatutnya sehari sebelum majlis, perempuan tak leh kuar rumah. Tu kata org tua2 lar. Aku selamber badak jer kuar...huhu..tp kuar bersebab lar. Makcik aku suh aku g mandi bunga. Ikut hati aku malas jer nak g. Tp dah org tua2 suh g. Ikut jer lar. Dalam hati ingat yg baik2 lar. Tp aku tak mandi kat umah nenek tu. Balik pagi jumaat tu baru aku mandi. Nenek tu cakap, nasib baik aku g. Coz ada halangan ape ntah die cakap. Aku nie tak percaya benda2 macam tu. Sekadar ikut cakap mak. Lg pun mandi bunga nie sebagai penyeri. Kan aroma bunga2an baik n mengharumkan badan...hehe :p

Dah tu balik malam tu aku g wat facial plak ngan sepupu aku nonie. Tu pun saje nak bersihkan muka. Abg aku lar beria nak suh aku g. Pas tu beria nak anta. Siap sangkut dalam trafic jam lg time on the way nak g sana. Ape2 pun aku ikut jer. Org suruh aku buat. Hehehe...klu ikut hati aku malas jer aku nak g wat benda2 macam tu semua :p Tp nenek tu ade pesan suh aku rendam n minum air sirih yg dia bg sebelum majlis ker selepas majlis aku tak ingat. Then dia cakap gak suh aku peggang atau selit dekat baju time hari tunang tu. Pas tu time wat facial org tu plak pesan. Suh aku sembab muka ngan air ais sebelum kuar g make up. Pg tu bangun jer aku nie dah tak ingat ape dah. Di tambah plak aku yg sakit perut tiba2 cirit birit pagi tu (sebab minum susu malam sebelum tido, cian kat aku). So aku g make up tak sembab pun muka ngan ais. Dah sampai umah tetamu dah ramai gak. Aku malu giler bila naik jer semua sedara aku tgk aku. Time jalan tu aku jalan belakang nonie coz malu yg teramat sangat. (Bayangkan aku yg berjalan dari hujung tangga, n semua mata memandang kat aku ja time aku jalan...huhu) Dah masuk2 dalam bilik sirih yg nenek tu suruh pegang ke mana, aku ke mana....wkwkwk...then dah malam tu baru aku ingat. Lol lupa nak amik sirih nie td. huhu...then sampai sekarang pun aku tak rendam n minum air tu. Ntah ler. Tawaqal n berserah jer pada Allah. I-Allah dengan izin Allah semuanya O.k n tak der perkara2 buruk yg akan terjadi. Amin!!!

Teringat aku palk kepada semua sedara2 aku yg banyak tolong aku dalam majlis tu. Beberapa hari sebelum majlis, pakcik n makcik2 aku dah datang umah, tnya itu dan ini. Suruh buat itu dan ini. Rasa terharu sangat. Makcik fazriah n pakcik yahya adik mak aku, kakak n adik mak, jun, kak sepupu aku, pas tu kak maz ngan abg shahar, nonie ngan hasna mai umah aku malam tu. Semua tolong kemas umah, pasang langsir, n nonie kuar ngan abg aku n abg shahar g amik kerusi kat kedai kak nor. N dieorg kuar coz nak beli bunga n buah. Last2 beli bunga ros hidup jer 40 kuntum...byk tu!!! Khas utk dia...hehehe :p (yg sedynya nonie tercicir hp die kat mana ntah, balik umah jer cakap hp hilang, kesian aku kat dia. Tp nak wat macam mana, dah tak der rezeki).

Then makcik aku yg sorang lagi tolong pakaikan inai kat aku. Aku rasa terharu sangat. Semua sedara2 aku byk membantu aku dari mula sampai habis majlis. Tak kurang gak yg risau n tnya sal fmly belah lelaki coz risau org jauh. Then thanks dekat pakcik hanif, adik mak yg bg hantaran coklat dalam bakul. Pas tu makcik faz n makcik siti yg bagi hantaran gak. Selain dari kek royal icing, baju kemeja n jely hantaran yg min buat tu, semua hantaran lain sepupu2 aku n makcik2 aku sponser....huhu...thanks semua :)

Then sorang lagi yg bnyk tolong aku mesti lar sahabat baik aku min. Dia yg banyak tolong aku bab2 hantaran nie. Tolong cari inai n bg org upah giling. Rasa segan pun ada gak ngan min. Min byk tolong aku. Min dah dtg umah aku pagi2 lagi kul 9.30 macam tu. Dia org pertama yg sampai umah aku. Cian min. Nak bg mandi anak dia pun tak sempat. Sampai anak dia, dia g mandi kat umah aku. Aku rasa terharu n sangat berterima kasih kat min. Semua hantaran yg min buat cantik. Memang aku berterima kasih byk2 kat sedara2 aku n kawan baik aku min. Time2 macam nie lar leh nampak siapa yg betul2 ikhlas n amik berat sal diri kita. Then min sempat lg cakap kat aku (tak pa yat, pas nie hng tolong aku plak time anak aku nak kenduri...hehehe, anak min lani baru 4 tahun) sempat dia bergurau ngan aku. Mak min pun datang gak ngan fatihah, adik bongsu min. Sungguh aku terharu. Tu kira ada gak yg aku tak jemput. Tp hampir semua tetamu yg kami panggil datang hari tu. Ramai n bersesak gak ler. Espacially time pihak lelaki sampai. Then tak lupa gak ribuan terima kasih kat abg aku n elias yg hari tu hampir 24 kali naik turun buat itu dan ini. Beli itu dan ini. Then yg berpenat lelah untu aku, mak n ayah aku mesti lar aku tak lupa. ~LOVE U ALL GUYS~

Ape2 pun terima kasih banyak2 kepada semua yg membantu hari tu dan aku bersyukur majlis hari tu berjalan ngan lancar. N Alhamdulillah fmly syg pun selamat sampai melaka. :)

Wednesday, December 16, 2009

*TeRkEnAnG*


Salam....

Kalau tgk pada gambar nie...nampak macam artis atau model yang wat photoshoot utk majlis kahwin jer. Memang nampak sangat sweet dan sepadan. Kalau org yg tak kenal pun akan ingat macam tu. Sebenarnya girl dalam gambar nie adalah sahabat baik aku masa aku kecil2 dulu. Gulshira name die. Orangnya sangat cantik. (sgt lawa sejak kecil lagi coz die nie sememangnya kacukan pakistan, ayah die bernama Samad khan klu tak silap ingat lar..hehe). Yg kat sebelah Shira tu husband dia.




Aku berkawan ngan die nie sejak aku darjah satu lagi. Kami kawan baik. Kebetulan waktu tu plak kami tinggal sekampung. So memang time dah habis sekolah pun main sama2. Time tu kanak2 nestum lagi lar....huhuhu...tapi umah die dekat flat medan tengku n rumah aku plak umah kampung (jelutong...salah satu nama tempat di Pulau Pinang...hehe). Selain dari Shira, kami berdua gak berkawan baik ngan min n biah. Dua lagi kawan baik aku time sekolah rendah. Biah n Min pun masing2 dah lama berkahwin n masing2 dah ade anak sorang satu.



Ape yg buat aku tulis post nie malam nie, tiba2 tadi abg aku tersebut nama shira n ckp dekat aku. "ehh..kawan hng gushira tu dah kawin, hng tau ka???" Aku yg dengar berita tu of coz lar terkejut coz aku ngan dia dah lama lost contact sejak habis tingkatan 6 dulu. 3 @ 4 tahun sudah aku last jumpa ngan dia, tu time kami sama2 form 6. Pas tu dah tak berhubung pun n baru2 nie aku ade nampak die kat majlis kawin sepupu aku, coz husband sepupu aku tu duk flat medan tengku gak dekat jelutong, mungkin dieorg jiran. Tp time tu aku nampak die n die tak nampak aku. Teringat gak nak tegur n aku pandang lar die, tp time tu die dah nak balik n aku pun bz n tak sempat nak g tegur die. Ade gak aku dengar org cakap yg dia dah berkerja sebagai peramugari, sama macam kak dia yg sulung tak silap aku. So klu berkesempatan borak, aku nak tanya lar dia. Tapi masa tu memang tak sempat nak tegur dia.



Ape2 pun, die lar satu2nya kawan aku yg tak sombong n tak lupa diri. Sampai sekarang cara dia tetap sama n tak berubah. N dia adalah seorang kawan yg suka gelak. Tu sampai sekarang aku tak boleh lupa..hehehe....tp time kecik2 dulu...dia ada tahi lalat yg besar kat muka dia. Dekat sekitar mulut tak silap aku. Tapi sekarang die dah buang tahi lalat tu. hehehe...



Dari darjah satu sampai darjah tiga aku sama kelas ngan dia. Mula masuk darjah 4,5 n 6 aku ngan dia dah tak sama kelas. Time tu aku kelas mawar n dia kelas kenanga. Tapi kami masih rapat lagi coz still g mengaji sama2 n tinggal sekampung. Time sekampung dulu, dia rajin datang lepak kat umah aku. Kebetulan Min pun pindah duduk dekat2 umah aku, so kami bertiga selalu jumpa n borak2. Then aku pun rajin gak g umah dia dekat flat Medan Tengku tu. Mengaji Al-Quraan pun kami g tempat yg sama (mengaji dekat aciNab time tu). Dekat flat sebelah rumah shira. Kami panggil dulu flat no.1 n flat no.2. Kira mengaji kat flat no.1 n rumah shira kat flat no.2...wkwkwk...sengal tul lar dulu2, suka2 letak nama flat no.1 n no.2...hahahaha...habis mengaji jer shira akan ikut aku balik dekat umah aku. Kadang2 kami berdua akan g umah Min yg jaraknya lebih kurang 3o langkah dari umah aku. Then mula lar kami bergosip. (time tu gosip kanak2 ler) hahahaha....(Semua kenangan indah tu akan sentiasa terpahat dalam hati aku). Then masa tu, bila apa2 aku mesti cita kat dia.


Pas tu bila masuk form 1 sampai lar form 5 pun kami satu sekolah. Tapi dari form 1 sampai form 3 aku kelas "A" tp dia kelas ape aku pun tak sure. Bila masuk form 4 n 5 aku masuk kelas aliran sains n dia aliran sastera. So bila dah tak sama kelas macam tu hubungan kami dah tak mula rapat macam time kami zaman kanak2 dulu. N ape yg buat hubungan kami makin renggang, masa habis darjah 5 jer aku dah pindah duk SG. Dua. Tapi lepas tu pun kami still kawan. Tapi hubungan kami dah tak seerat dulu. Tapi dalam hati aku, aku tetap anggap dia macam sahabat baik aku. Tak pernah berubah. Ingat lagi aku masa jumpa dia dalam toilet masa tngkatan 4 @ 5 aku tak ingat dah. Die tegur aku n cakap "ampa budak pandai masuk kelas pandai2...macam aku nie masuk kelas biasa2 ja" lebih kurang macam tu lar ayat dia. (tapi aku tak pernah anggap macam tu, she is still my best friend).


Dia nie tetap sama n tak berubah. Still anggap aku macam kawan n jumpa kat mana pun dia akan tegur aku. Lepas2 hbs form 5 jer aku g jalan2 dekat komtar ngan sorang kawan. Time tu tiba2 jer ade orang cucuk pinggang aku. (terkejut lar aku ingat sape lar wat cam tu dekat tempat public) rupa2nya shira, dengan excitednya die tegur aku masa tu, n teringat lagi aku sampai sekarang. Masa tu dia pakai baju warna hitam tak silap aku. Dia tak pernah menyombong diri walaupun memiliki rupa paras yg cantik. N dia pun tak pernah berburuk sangka pada orang lain coz walaupun aku masuk kelas yg lebih baik dari dia, dia tak pernah plak cakap aku nie sombong n tak nak berkawan ngan aku. Ade gak yg berfikiran macam tu. Mentang2 lar kita nie duk kelas depan, then wat kesimpulan sendiri yg kita nie berlagak pandai n sombong. (Aku tak der lar perangai macam tu...huhu...jumpa shira kat mana pun aku tegur gak die).



Then tak berakhir dekat situ coz form 6 kami satu sekolah lagi. Kali nie aku plak yg tukar aliran amik sastera. Time tu pun kami tak sama kelas. tapi aku still bercakap n berkawan ngan dia coz kami sama2 amik kelas ekonomi. walaupun aku rapat dengan fatimah masa form 6, tapi bila jumpa shira aku boleh lagi berkawan n berborak ngan dia. Cuma terus terang aku kurang selesa ngan kawan2 baik dia time tu. Mungkin dieorg jenis besosial kot, aku nie kuarang sosial...so memang aku sekadar boleh berborak ngan shira n tak boleh nak masuk ngan kawan2 dia yg lain. Tapi satu aku kagum ngan shira nie. Walaupun dia berkawan baik ngan budak2 lain sejak form 1, tapi dia tetap baik ngan aku n tegur aku klu jumpa aku kat mana pun. Even mak n abg aku pun dia kenal. Sampai mak aku pun bila sebut nama gulshira jer mak aku kenal. Mak aku cakap dia pernah tegur mak aku "eehhh, makcik nie mak yati kan???" Then abg aku pun sama..bila jumpa die tegur "ampa nie abg yati kan????". Tu yg buat mak n abg aku kenal dia n mak aku cakap die nie baik n tak sombong diri. Tu aku sangat setuju coz aku pernah rapat ngan dia dulu.



(Nie gambar shira time majlis pertunangan dia yg aku amik dalam facebook)

Jab td bila aku add dia dalam facebook, (aku tahu pun dia ada Fb melalui abg aku) terus dia approve n cakap ingat lagi ker aku kat dia. Dia cakap aku dah nampak lain sekarang. Sekarang nie pun still boleh nampak dia ingat lagi kawan2 n perangai dia masih sama macam dulu. Tak sombong n tak lupa diri. Memang susah nak cari kawan2 yg betul ikhlas dan baik macam nie. N aku rasa bertuah aku ada kawan2 yg baik2...hehehe...thanks to all my best friends coz being my friends. Memang byk kenangan pahit dan manis kita bersama namun semua tu akan sentiasa terpahat dalam hati aku nie sampai bila2..I-Allah :)

Friday, December 11, 2009

MaNuSiA mErAnCaNg Allah S.W.T mEnEnTuKaN

Salam...

Ajal, maut, jodoh pertemuan memang semua tu ketentuan Allah S.W.T. Kita manusia nie hanya mampu merancang dan Allah yang akan menentukan segalanya. Setiap manusia yang hidup dekat dunia nie tidak akan pernah dan tidak akan tahu bila kita akan meninggal dunia. Bila Allah S.W.T menginginankan kita kembali pada Nya maka tiada apa pun yg dapat halang ketentuan Allah S.W.T. "KUN FAYA KUN" bila Aku kata jadi, maka terjadilah ia. Tidak akan lewat walau sesaat pun. Dan kita tidak akan tahu dengan cara apa kita akan meninggal dunia. Saat itu pasti akan tiba dan dilalui oleh setiap manusia. Jadi kita yg hidup nie kena sentiasa beringat dan bersedia untuk menghadapi mati. Sediakan bekalan yang secukupnya sebelum tiba giliran kita pula nanti.



Apa yang buat aku tulis post nie hari nie, aku rasa sedih sangat bila tengok berita td. "Meninggal duania lepas 4 jam bernikah" tu tajuk berita td. Seorang lelaki, berusia 23 tahun, berkerja sebagai jurutera meninggal dunia ditempat kejadian apabila kenderaan yang dipandu terbabas masuk kejalan bertentangan dan bertembung ngan sebuah bus. Kereta tu hancur berkecai n ade gak barang2 pengantin dalam kereta tu. Emak, ayah pengantin lelaki tu dan seorang jurugambar (kawan kepada pengantin lelaki berusia 18 tahun) dalam kereta tersebut turut meninggal di tempat kejadian. Sungguh aku tak dapat tahan kesedihan tgk berita td. (mungkin sbb aku emosional kot) tp dari dulu lagi, klu aku dengar tentang kematian, mesti aku akan sedih. Aku sedih bukan sbb aku sedih org tu meninggal. Semua org akan pergi gak satu hari nanti. Apa yg buat aku sedih, bila aku terfikirkan org yg terlibat ngan org yg meninggal tu. Contohnya macam td. Sempat gak berita tu tunjuk muka isteri kepada mangsa yg meninggal td. Merah lagi inai di jari. Terus aku terbayang aku ada kat tempat perempuan td. Aku dapat rasakan kesedihan dia. Aku dapat bayangkan perasaan seluruh ahli keluarga dia. Semua impian n harapan dia musnah sekelip mata. Belum sempat buat majlis @ kendiri kahwin lagi. Dah bestatuskan janda. Ya Allah...........berat ujian yg terpaksa ditanggung oleh perempuan td diusia yg cukup muda. :(



Aku tahu semua perkara yg berlaku tu pasti ada hikmahnya dan Allah lebih sayangkan suami si isteri td. Dan aku juga tahu Allah takkan menguji sesesorang hambanya lebih dari apa yang mampu ditanggung oleh hamba2nya. Walaupun sukar n susah, pasti si isteri muda tadi dapat harungi ujian dari Allah utk dia. Aku berharap si isteri tadi kuatkan semangat n dapat teruskan hidup dengan Tabah. Amin!!!

Friday, November 27, 2009

TiDaK fAhAm!!!!

Salam..

Tiba2 hari nie aku terfikir nak tulis tentang seseorang. Sebenarnya aku rasa pelik n hairan dengan sikap n perangai sesetengah manusia. Kadang2 aku tak faham macam mana cara manusia berfikir n apa yang manusia sebenarnya nak dalam hidup mereka. Pada sesetengah orang, aku tak faham ape yang orang tu maksudkan dengan KESEMPURNAAN. Kadang2 memang kita tak boleh nak tafsirkan ape yg manusia lain fikir n ape yang manusia lain tafsirkan sendiri tentang KESEMPURNAAN dalam diri mereka.


Aku terfikir nak tulis post nie sebab tadi aku terbaca msj dari seseorang dalam salah satu Web 2.0 yang aku rajin layan sebelum nie. Tapi sekarang aku dah jarang sangat layan web 2.0 tu coz aku rajin layan FB. Td masa aku chek email baru aku terperasan Mr.X ada anta msj dekat aku. Tp msj tu Mr.X anta kat aku 3@4 bulan sudah. Cuma aku yg tak perasan coz aku jarang chek email aku yang satu lagi tu. So, tadi aku bace lar msj yg Mr.X anta kat aku. Msj tu berbunyi lebih kurang macam nie...


"Salam..yati c-hat? Dah lama tak dengar cita. Mr.X rasa yati sendiri tahu kan macam mana hubungan Mr.X ngan Ms.J. Mr.X nak tanya yati tentang kawan yati Ms.T. Ms.T tu baik tak?? Ape pendapat yati klu Mr.X nak add Ms.T??".

Nak tahu ape aku balas???


"Wksalam n salam, sori lambat balas msj Mr.X. Yati dah kurang layan (...) sekarang nie. Klu pasal kawan yati tu, memang kawan yati tu seorang yg baik. Tp yati tak tahu tentang life die sekarang macam mana. Mungkin gak die dah berpunya. Ape2 pun yt harap Mr.X happy with your new life sekarang. TAHNIAH!!!"


Sebaik jer aku baca msj tu. Terus terang aku terkejut n tak sangka yang Mr.X sanggup anta msj macam tu dekat aku. Aku rasa macam tak percaya pun ade gak. Memang betul aku memang tahu tentang hubungan Mr.X ngan Ms.J n Ms.J ade cerita dekat aku gak sal Mr.X. Mr.X tu sebenarnya berumur lingkungan 40 tahun ke atas. N dah pun berkahwin serta punyai 3 @ 4 orang anak, aku tak sure. Masa mula2 aku dapat tahu sal hubungan Mr.X ngan Ms.J, aku rasa agak hairan n tak percaya. Aku tak setuju ngan hubungan Mr.X ngan Ms.J. Aku nasihatkan Ms.J supaya jauhkan diri dari Mr.X n kalau boleh cuba bantu Mr.X supaya hubungan dia ngan x wife dia akan pulih balik. (Tanggapan pertama aku masa aku mula2 dengar cerita sal Mr.x, aku rasa ade something wrong ngan Mr.X n aku kesian dekat x wife Mr.X). Aku faham perasaan isteri Mr.X tu coz aku gak perempuan n aku faham n dapat bayangkan macam mana perasaan kecewa x wife Mr.X bila hubungan yang dah terjalin atas dasar cinta (klu tak silap aku) untuk tempoh masa berbelas tahun (klu tak silap aku) musnah macam tu jer. Aku cakap mungkin Tuhan hantar Ms.J untuk bantu Mr.X ngan x wife die berbaik semula. Klu kena gaya Ms.J mendekati Mr.X, why not kan??. Ape pun semua tu terletak dekat tangan Mr.X sendiri sejauh mana die nak perbaiki hubungan die ngan X wife die. (X wife coz sekarang dah sah bercerai).


Tp pas tu aku terfikir sendiri, jodoh pertemuan tu kan kat tangan Tuhan. Dan satu lagi memang betul lar orang cakap "cinta itu buta". Dan sebagai perempuan, aku dapat faham ape yg Ms.J fikir n Ms.J rasa. Mula2 aku terfikir sendiri, klu aku ade kat tempat Ms.J, tak mungkin aku akan jatuh cinta ngan Mr.X yang berstatuskan suami orang. (Memang mudah untuk bercakap n bukan mudah untuk kita lalui klu kita sendiri ada dekat tempat Ms.J). Aku sangat faham dan sangat mengerti perasaan Ms.J. Can't denay that every women want someboday special in their live give full attention to them. Am i right???. So, tak hairan lar Ms.J boleh jatuh hati dekat Mr.X coz Mr.X nie sangat caring n pandai amik hati Ms.J. Mr.X bersikap sangat matang, penyayang dan sangat mengambil berat sehinggakan Ms.J rasa die berada dalam satu genggaman yang sangat kukuh dan selamat.


Jd klu aku sendiri pun ade dekat tempat Ms.J tu, silap2 hari bulan aku pun leh jatuh di timpa tangga gak wkwkwk :p. Tp tu aku tak leh nak comment lebih2 lar coz aku betul2 tak berada di tempat Ms.J. So lama2 aku dapat terima hakikat tentang hubungan Mr.X n Ms.J. Masa Mr.X ngan Mr.J bersama, time tu Mr.X still lagi ngan x wife die. Tp time tu memang Mr.X ngan x wife die ade masalah n hubungan mereka seolah2 tak dapat nak diselamatkan lagi. Tp aku no comment lar sal hal tu. Sbb aku pun tak tahu ape yang sebenarnya berlaku antara dieorg n aku sekadar mendengar cerita dari Ms.J. Itu masalah peribadi dieorg n aku tak nak ler cakap sal hal tu. (Nanti kan tersalah cakap n tersalah comment, tak pasal2 aku plak yang kena tanggung dosa...ishhh..tak mau lar aku)

Tp bila dah lama2, aku dengar cerita dari Ms.J, aku rasa mungkin gak tu takdir Tuhan jodoh Ms.J ngan Mr.X. Then aku pun terfikir yg mungkin hubungan Mr.X ngan Ms.J nie berjalan lancar. Memandangkan Mr.X ngan x wife die pun nak berpisah. So aku fikir yg mungkin memang takdir Tuhan Jodoh antara Mr.X ngan Ms.J. Walaupun Ms.J n Mr.X boleh dikatakan sekali pandang macam anak ngan ayah jer. (itu hakikat n kebenaran yang nyata).


Tp ape yang buat aku terkejut ialah ape yang aku dengar lagi tentang Mr.X. Mr.X ngan Ms.J dah tak der ape2 hubungan. Dan ape yang buat aku lagi 'terkejut bin terkesima' ialah, Mr.X dah bertunang ngan orang lain iaitu Ms.S n dah nak kawin ngan Ms.S. Tu buat aku sangat terkejut!!!. Dan sekarang nie Mr.X dah pun selamat berkahwin n sekarang Ms.S dah mengandung n Mr.X bakal dapat anak baru tak lama lagi.
(N at the same time, Mr.X dah selamat bercerai ngan X wife die).



Bila aku dengar tentang nie, aku terkejut sangat. Ape dah jadi ngan hubungan Mr.X ngan Ms.J?????. Mr.X dah kawin ngan orang lain n orang lain tu pun seseorang yang lebih kurang sebaya gak ngan Mr.J. Ape yang sebenarnya dah jadi?? Nape hubungan Mr.X ngan Ms.J tak menjadi???? Bukan Mr.X beria2 n sangat sayangkan Ms.J??? Sanggup buat apa saja untuk Ms.J??? Aku tahu Ms.J sangat sayangkan Mr.X. Ms.J sanggup terima diri Mr.X tu n anak2 dia. Tp ape sebenarnya yg Mr.X harapkan n ape sebenarnya yg Mr.X nak dalam hidup dia???. O.k fine, Mr.X n Ms.J dah tak der jodoh. Tu takdir Tuhan. Jodoh Mr.X tu ngan wife baru die tu. Mr.X dah settle dalam life die walaupun first married die tak berjaya. O.k fine!!!!


Masalah sekarang nie ape lagi yg Mr.X nak??? N ape tujuan Mr.X anta msj macam tu kat aku??? Ataupun Mr.X anta msj tu awal2 dulu sebelum Mr.X kawin ngan Ms.S???. Tapi setahu aku time tu Mr.X dah bertunang ngan Ms.S n tunggu mase jer nak kawin. Tp boleh plak Mr.X nak kenal ngan orang lain. Aku betul2 tak faham!!!!


Tak cukup lagi ker Mr.X dah dapat isteri baru macam yang die nakkan??? Then ape lagi yang Mr.X nak?? Aku tak der niat nak burukkan Mr.X. Die buat ape pun aku pasti die ada alasan yang munasabah untuk diri die sendiri. Sebab klu kita ade dekat tempat die baru kita akan faham ape yang Mr.X lalui n hadapai. Sbb tu dari mula lagi aku tak nak comment sal hubungan Mr.X ngan bekas isteri dia n kenapa hubungan tu tak berjaya. Tp ape yg buat aku pelik, nape hubungan Mr.X ngan Ms.J tak menjadi??. Setahu aku Ms.J sanggup berkorban utk Mr.X. Dan aku tahu Ms.J sendiri rasa tak percaya n sangat sedy tentang hubungan Mr.X ngan Ms.S. (sekarang mungkin Ms.J dah o.k n dah tak fikir sal hal tu lagi). Menurut Ms.J Mr.X ade hubungan ngan Ms.S time Mr.X still couple ngan Ms.J. Cerita Ms.J buat aku pelik n hairan. Buat aku terfikir tentang kejujuran n kesetiaan Mr.X. Sejauh mana Mr.X jujur n setia???. Dan sekarang sejauh mana Mr.X sedang jaga hubungan die ngan Ms.S??. Jujur n setia ker Mr.X tuuu???. Kenapa Mr.X masih simpan semua kenagan dia ngan Ms.J dalam web 2.0 yg aku maksudkan td??? Ape yang Mr.X nak buktikan??? Kan dia dah ade Ms.S dalam hidup dia. Tak ker Mr.X bahagia ngan Ms.S?? Aku tiba2 terfikir, ape perasaan Ms.S klu tahu macam nie sebenarnya perangai Mr.X tu.


Mr.X sentiasa nak ade seseorang menjadi peneman dia setiap saat n setiap waktu. Mr.X seolah2 tak puas ngan apa yang dia ada. Mr.X juga seolah2 tak menghargai apa yang dia ada depan mata dia. Tak cukup sempurna ker Ms.S yg dah jadi wife dia sekarang???. (bukti sempurna dah pregnent pun sekarang nie...huhuhu). Dengar khabar Ms.S tu cantik, walaupun pernah berkahwin sebelum nie n second married gak utk die ngan Mr.X. Tu tak jd masalah ler dah jodoh dieorg. Apa lagi yang tak kena???. Ape lagi yg Mr.X harapkan??. Nak cukupkan kuoata 4 kew???? wkwkwk....


Buat Ms.J, aku tahu Ms.J sangat sygkan Mr.X dan tak sangka hubungan dieorg jd macam tu. Tp ape2 pun pada aku, aku rasa Ms.J tak perlu bersedih n tak perlu risau sal ape yg dah terjadi dengan hubungan die n Mr.X. Sesuatu yang berlaku tu pasti ada hikmahnya. Aku rasa Ms.J tak perlukan seseorang yang macam Mr.X dalam hidup dia. Ms.J masih muda n perjalanan hidup dia masih jauh lagi. Ramai lagi orang yang lebih sesuai n lebih layak untuk menjadi pendamping hidup Ms.J. Aku percaya Ms.J sendiri tak nak lalui saat atau detik2 yg tengah dilalui oleh Ms.S, betul tak???? Mesti Ms.J sendiri tak nak Mr.X buat dekat Ms.J sama macam apa yg sedang Mr.X buat kat Ms.S. Walaupun dah ada Ms.S dalam hidup Mr.X, tp Mr.X masih lagi mencari peneman lain dalam hidup dia. Untuk apa aku tak pasti dan aku tidak tahu. Aku faham perasaan sedy yg terpaksa ditanggung oleh Ms.J sbb berpisah ngan seseorang yg betul2 caring n memahami macam Mr.X tu. Bukan mudah nak jumpa seseorang yang betul2 caring sal kita dalam hidup nie. (Aku sendiri pernah rasa macam mana perasaan kehilangan seseorang yang betul2 caring n amik berat sal diri kita). Dan aku sendiri tahu macam mana perasaan tu apabila kita berdepan ngan orang lain plak yg jauh berbeza ngan sikap yg macam tu. Memang bukan mudah nak hadapi. Tp apa guna klu sikap macam tu ada pada seseorang yang tak jujur n tak setia????. Sampai bila Ms.J boleh bertahan klu di masa depan nanti bila dah bersama ngan Mr.X baru Ms.J nak sedar yg pada hakikatnya perngai Mr.X macam tu. Kan lebih baik tanggung penderitaan sekarang daripada nak tanggung kesakitan yg lebih parah di kemudian hari???


Aku tulis post nie bukan niat aku nak memburukkan mana2 pihak atau nak mencari kesalahan sesiapa. Aku sebenarnya nak kongsi pengalaman n semoga orang lain ambil pengajaran dari cerita nie. Dalam hidup, kita tak seharusnya ngan mudah percaya pada seseorang. Kita kena pertimbangkan segalanya dari mula lagi BETUL atau
SALAH ape yang kita tengah buat. Jadi klu kita pandai menilai n pandai letakkan sempadan dalam semua perkara yang kita buat, so I-Allah benda2 macam nie boleh dielakkan daripada berlaku dalam hidup kita. (Peringatan tu untuk diri aku sekali). Tp apa pun semua yg berlaku tu takdir Tuhan n semoga masing2 dapat teruskan kehidupan ngan baik lepas nie. Aku sendiri tak tahu n mungkin bakal tidak tahu tentang kesudahan hidup Mr.X n Ms.S coz dieorng tak der kene mengena ngan hidup aku. Jd aku berharap Mr.X n Ms.S akan menemui kebahagiaan yang dieorg cari. I-Allah.

Tuesday, November 24, 2009

*KeNaNgAn TeRiNdAh*

Salam....

Pejam celik pejam celik, akhirnya tempoh masa 3 tahun setengah aku kat USM dah pun berlalu. Teringat aku time mula2 aku masuk USM dulu, masa tu aku terfikir bila lah 4 tahun akan berakhir?? bila lah aku nak g sekolah mula mengajar?? Tambah plak aku rasa tempoh masa 4 tahun tu cukup lama sbb nak bandingkan ngan kawan2 lain yg amik course lain 3 tahun jer. So aku rasa 4 tahun tu cukup lama.


Tapi sekarang masa yg aku tunggu2 dah pun tiba. Saat paling bahagia yg aku nantikan adalah hari terakhir aku amik exam dekat USM n saat tu pun dah berlalu. Terus terang memang aku sanggat gembira. Lepas nie dah tak yah serabut2 fikir exam lagi. Serabut2 fikir asgmnt lg. Serabut2 nak siapkan coursework lg. Serabut2 nak wat test lg. Semua tu dah berakhir. Boleh dikatakan aku dah melangkah keluar dari alam "student". Lepas nie bila aku dah g Latihan Mengajar nanti tu dah kira aku melangkah masuk alam pekerjaan. Aku sendiri sedar dunia pekerjaan n dunia pelajar tu jauh berbeza. Mesti banyak cabaran yang aku kena hadapi nanti. Tp tu semua lumrah yang memang perlu ditempuhi oleh setiap manusia.


Apa pun, tempoh masa 3 tahun setengah aku dekat dunia universiti tu buat aku kenal oarang dengan bermacam2 ragam n bermacam2 perangai. Ada yang baik, ada juga yang kurang baik. Pada aku ler. huhu. Dan aku sendiri sebagai student dekat USM tu bukan ler baik mana pun. Coz aku sedar semua manusia ada kebaikan n kelemahan masing2. Termasuk lar diri aku sendiri. Mungkin ade gak kawan2 yang tak senang ngan aku ker, yang aku pernah buat salah ker, yang aku tersalah cakap ker, tanpa aku sedari, so aku nak minta maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut. Aku pun manusia biasa yng tak terlepas dari buat silap.


Tp apa pun semua pengalaman2 tu buat aku jadi lebih matang. Buat aku lebih mengenali orng dengan bermacam ragam n bermacam perangai dari serata negeri. Kawan2 dari Kelantan, perngai dia macam tu, kawan2 yang dari Perak perangai dia macam nie plak, pas tu kawan2 yang pada Johor perangai dia macam tu, kawan2 pada Kedah perangai dia macam nie, kawan2 dari Pahang perangai dia macam tu plak. Pendek kata kawan2 aku semua berasal dari semua negeri seluruh Malaysia. Masing2 ada perngai masing2. N apa yang aku boleh katakan, majoriti dari pada kawan2 yang aku kenal nie semua of course ler baik2 belaka. hehehe. Seronok dapat kenal n berkawan ngan dieorg semua. Tp sepanjang aku kat USM sejak dari mula2 aku g interview lagi aku dah kenal n alhamdulillah sampai lar akhir2 sem nie yg masih rapat dengan aku, orangnya adalah shima.



Yatie ngan shma.

Shma nie orgnye peramah. Time hari first aku g interview utk masuk School pendidikan TESOL, aku jumpa ngan shma. Time tu ade ler gak kawan2 lain yang interview sama2 ngan pn. Norlida time tu, seingat aku Navin, Zahid n Razif. Masa tu perkara yang buat aku tak leh lupa sampai sekarang, shima tnya dekat aku, "yati nie adik Norjuma ker??" Terkezuttt tahap gorila aku time tu...wkwkwk..bile mase plak Norjuma pengacara TV tu jadi kakak aku plak dah??? adess!!! Tp maklum lar kan. Aku nie anak mami org Penang, tmbah plak nama ayah kami plak sama, Habib Mohd, tak heran ler shma nak terkeliru...hehehe...tp sampai sekarang aku ingat lagi peristiwa lawak tu.


Lepas pertemuan pertama time interview tu, aku ngan shma terus contact2 coz kami sama course. Walaupun shma muda setahun dari aku, tapi aku serasi n boleh berkawan baik ngan dia. Mungkin gak sbb kami sama2 amik STPM n situasi n pengalaman kami sama. Banding ngan budak2 yang masuk U after matrik. Sekarang nie shma dah jadi kawan rapat yang paling baik ngan aku dekat USM tu. Macam biase ler, semua rahsia hati aku, especially yg melibatkan org tersayang...hehehe :p semua shma tahu. Die pun byk gak ler nasihatkan aku tentang itu dan ini. N at the same time mungkin shma percayakan aku n ade gak bercerita tentang hidup die dekat aku. Semua tu rahsia kami masing2. Ape pun sepanjang tempoh 3 thn setengah aku ngan shma, rasanya aku tak der ape2 masalah ngan die bab2 nak wat kerja group. Cuma pernah gak ler timbul salah faham sekali tu. Tp terus terang salah faham tu berpunca daripada org ke-3 yg banyak timbulkan ketidakselesaan bukan saja utk kami malah kawan2 yang lain juga. Ape-ape pun sekarang aku dah tak nak bercakap soal org ke-3 tu lagi. Lepas nie kami akan ikut haluan hidup kami masing2. Hopefully org ke-3 tu akan berubah n menjadi org yang lebih "berperasaan".


Bile dekat2 nak akhir sem, baru aku ngan shma mula rapat ngan azma n huda. Azma n huda pun memang kawan2 yang sangat baik n memahami. Aku sangat selesa n suka kawan ngan dieorg. Azma orangnya sangat sweet dan baik hati. Huda plak comel dan baik gak sama macam azma. Sangat amik berat pasal kawan2 n boleh nampak dieorg nie tak pentingkan diri n suka tolong kawan2. Azma n Huda pun jenis yang boleh bercerita n boleh bergurau gak. Pendek kata sekepala ler ngan aku n shma. Bile dikenang2 rasa kesal pun ade gak, nape lar dari mula bukan kami berempat jadi kawan baik. Mesti lagi best n tak perlu berdepan ngan masalah org ke-3 tu. Tp ape2 pun semua tu dah berlalu. N kami berempat dapat gak sama2 mengenali satu sama lain ngan lebih rapat lagi. N aku bersyukur aku dapat kawan2 sebaik shma, huda ngan azma. Aku harap persahabatan yang terjalin antara kami nie akan kekal sampai bila2 n aku doakan yang terbaik utk dieorg di masa depan. :)


Huda yg ceria.


Azma yg comel.


Dekat2 nak akhir2 sem nie, aku ngan kawan2 baik aku ade gak ler habiskan masa bersama2, g makan2, g berkelah, lepak2 dekat Quensbay n tengok wayang sama2. Semua tu akan sentiasa menjadi kenangan terindah untuk selama2nya. Love u all my dear frenz :)


Antara Kenangan2 Indah Bersama kawan2.....



Time nie kami wat sesi fotoshoot sndri. Siap g cari baju sedondon lg. Tp azma cakap baju tu mcm baju clown. Hehe...tak kisah ler, nampak tu azma ngan camera canggih die tu...hehe :)


Nie kami g tengok wayang same2, Pheonix Ragging tak silap aku name gambar tu..siap berbaris luar panggung amik gambar...tp time nie kami baru habis paper PGT 303, kuar lepak dulu coz last paper seminggu kemudian.


Sempat lagi bergambar dulu sebelum kuar dari Quensbay...Husna, Huda, Yatie, Shma n Ruzana.

Tangkap lg gambar ngan anak gajah yang sangat comel, mesti org2 yg lalu lalang sekitar kawasan tempat permainan budak tu pelik jer tengok kami bergambar dekat situ. hehe...macam kanak2 "saie" pun ade gak, tp yg penting comel :p


Nie plak kami berempat g makan kat padang kota pas balik dari Quensbay...disebabkan aku yg asyik cakap teringin nak makan kepah, last2 dieorg oder kerang bakar walaupun tak dapat cari kepah kat situ...terharu ngan kawan2 aku yg sangat perihatin :)


Eheh...tangan aku yg ngah curik kerang bakar...wkwkwk :p



Nie plak huda, nisa, hana n yati time dekat kannyrogers BJ. Time nie kami g buka puasa sama2, tp azma tak ikut sekali.


Esther keja part time n beria2 ajak kami g makan kat sana. Siap dapat discount lagi...hehe..thanks esther :)




Nie plak ngan kawan2 TESOL wat BBQ sebelum semua balik study week.


Semua kawan2 yang ceria2 belaka.



Waaaa..sempat lagi nie...hehe :)



Cubaan untuk menakung air laut nak bawa balik umah :p



Kanak2 riang yang bermain air :)



Uishhhh!!! sempat lagi amik gambar skandal :p lan ngan yati.

Nie semua antara gambar2 yang sempat n larat aku nak uploadkan. Banyak lg gambar2 kami yg tak terdaya aku nak upload dekat sini..hehehe...ade gambar sengal...ade gambar kanak2 riang...ade gambar terlompat2....n ade macam2 gaye gambar lagi yg kami tangkap same2. Semua tu akan sentiasa menjadi kenagan abadi kita bersama untuk selama-lamanya. Aku dah mula rindukan kawan2 aku :(

Monday, November 16, 2009

*Terima Kasih Sayang*

Salam..

Sempat plak aku tulis post nie malam nie. Pada hakikatnya aku kena bergelut ngan nota PGT437E coz khamis nie aku ade last exam sepanjang hampir 3 setengah tahun aku kat usm tu. Lepas nie aku dah takkan amik exam macam tu lagi. Semuanya akan berakhir hari khamis nanti. I'm sure that I gonna miss all that after this :(


Tp wat masa sekarang nie, aku sangat bahagia. Sebab tu aku tulis post nie. Juga nak ucapakan ribuan terima kasih n sayang yg tak terkata pada dia. Hehe..thanks dear coz akhirnya syg setuju gak ngan cadangan nak wat majlis tunang tu. Sebenarnya yati ingat mungkin takkan jadi n syg nak suh fmly datang merisik gak macam yg syg cakap mula2 tu. Tp bila semalam syg cakap dah bincng ngan fmly syg n semua dah setuju, yt rasa happy sangat n macam tak percaya pun ada. Secara tak langsung yati jd sangat happy n sangat rindukan syg. Hehehe.. (dah ler syg2 eah, simpan utk lain kali plak...huhu :p)

Sebenarnya yt on9 nie sbb ingat izz ade, tp nampak gayanya izz tak on9 plak malam nie. Mungkin gak dah nak tido coz penat, so yt malas nak ganggu. Td time tengah tunggu mak dalam kete (mak li barang kat tesco) terfikir gak nak call izz, tp tak jd plak coz naluri hati nie cakap yg izz takkan angkt, ye ker?? huhu. Ntah pas nie macam mana plak izz akan layan yt. Selama hari nie kita tak der ape2 hubungan so izz tak bg perhatian langsung dekat yt. Tp ape pun nie juga bukti yg izz betul2 jujur n ikhlas dalam hubungan kita. Pas nie klu kita dah bertunang, mmng bukan suami isteri, tp yati tertanya-tanya macam mana plak izz akan layan yt. Yt faham izz cakap hari tu izz tak suka klu tepon2 time izz dengan kawan2. Tak suka nak report2 ngah wat ape. Dan selama hubungan kita nie, walaupun yt byk pendam perasaan n sakit hati, tp yt tetap bertahan n tak sampai tahap yt tak boleh terima n minta putus dari izz. Tu sbb yati sangat sygkan izz. Tp yati harap pas nie izz faham n mula jaga hati n perasaan yati, tp tak bermakana yt nak izz berhubung ngan yt setiap hari 24 jam. Tak perlu lah macam tu coz sekarang nie pun yati boleh cakap yg izz dah berjaya didik yati supaya boleh terima situasi n keadaan nie. (walaupun selalunya sangat sakit nak tanggung :( tp yati tetap bertahan n terima segalanya).


Lepas nie mungkin kita perlu lebih mengenali hati n perasaan masing2 coz kita akan ade ikatan walaupun ikatan tu bukan ikatan yg sah dari segi hukum agama. (I-Allah klu diizinkan Tuhan n tiada aral melintang, bila tu nanti izz sndri lar g tau yt n fmly yt eah..hehe :p) Maksud yati kita belum bernikah lagi, so secara realitinya kita tetap orang asing. Tp ikatan pertunangan yg bakal diikat tu sebenarnya bukti tentang kasih syg kita walaupun sebenarnya hubungan kita nie agak pelik di mata masyarakat coz kita tak nampak pun macam pasangan yg bercinta. (sebenarnya izz pun tak nak bercinta kan??) Sebab tu lah hubungan kita macam nie.


Satu lagi org cakap tempoh masa bertunang tu banyak dugaan dan cabaran. yati harap kita sama2 boleh pertahankan hubungan kita nie sampai ke akhirnya. I-Allah :) Yati sebenarnya dah tak sabar nak tunggu habis exam. Dah tak sabar nak tunggu saat tu tiba. Semoga Allah S.W.T memudahkan jalan n semoga apa yang kita rancangkan nanti berjalan ngan lancar. Yati juga doakan semoga murah rezeki izz n semoga semuanya berjalan dengan baik...Amin!!!


KITA MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKAN.......

Friday, October 30, 2009

I Hate This Feelings.....

Salam...

Aku dah lama tak tulis blog nie. Aku nie jenis yg tak brp minat tulis blog kot, coz jarang nak update blog aku nie. Tapi selalu byk benda yg aku fikir n byk benda yg aku nak tuliskan n aku lagi selesa mengarang rasa hati aku dalam diari aku. Mungkin dengan cara macam tu lagi privacy kot. Tp apa pun hari nie teringat aku kat blog nie. Memang lar klu boleh nak luahkan ja dalam diari, keadaan sekarang lebih sesuia utk aku taip guna laptop nie jer. Aku memang tak suka perasaan yg sedang aku alami sekarang nie. Aku nie terlalu ikutkan hati ker? Aku nie memang terlalu emosional, itu memang tak dapat dinafikan pun. Cepat rasa sedih, cepat simpati, cepat terasa hati n macam2 lagi lar. Aku tahu memang tak banyak yg boleh aku harapkan dari dia buat masa sekarang nie, but still aku rasa sangat sedih waktu dan ketika nie. Bukan byk yg aku minta pun, berat sangat ker??? susah sangat ker??? Aku tahu aku bukan org yg penting dalam hidup dia buat masa sekarang nie. Tp cinta aku kat dia bukan palsu, in fact aku pun tak pernah minta utk ada perasaan nie kat dia. Aku terlalu byk sangat tanggung rasa sakit hati nie. Kadang2, bila difikirkan balik, tak perlu pun aku lalui semua nie. Bukan susah pun klu nak happykan diri dengan cara lain. Selama nie pun tu yg aku buat. Aku tak fikir sal dia sangat, aku tak fikir sangat soal perasaan dia kat aku, cukup aku simpan rasa kasih syg aku nie dalam hati, dan aku tahu dia pun buat benda yg sama. Masing2 tak perlu terlalu fikirkan sangat soal hati n perasaan buat masa sekarang. Tapi, semenjak dua nie dia rajin gak replay msj aku. Bila aku call pun dia angkt. And lagi yg membuat aku makin terseksa, dia sendiri pun ade call aku. Tu buat aku jadi makin lemak @ makin manja n nakkan perhatian dari dia. Klu rasa nak jauh, jauhkan terus diri tu, biar aku bahagia dengan cara aku sendiri. Tp bila dah mendekati macam nie, jgn pula main tarik tali. Tolong lar!!! aku tak kuat nak tanggung perasaan macam nie :(


Mungkin silap aku juga berharap lebih dari yang sepatutnya. Aku nie jenis klu org dah cakap something, mungkin bagi dia benda tu tak penting. (InsyaAllah) tp pada aku, aku menganggap benda tu penting n aku ternanti2. Bukan berat mana pun. Bukan kena duit banyak pun, rasa tak rugi apa pun kot. Di tambah lagi bila aku terfikirkan perkara tu sangat penting dan melibatkan masa depan kami. Mungkin pada dia tak penting. Dia buat endah tak endah jer sedangkan aku dah pesan "yati tunggu tau". Aku tak faham ape yg dia fikir n aku tak faham kenapa dia tak pernah faham hati n perasaan aku langsung. Aku boleh tinggalkan semua nie. Aku bukan tergila2kan dia sangat sampai tahap mana pun. Tp aku tak sampai hati nak lukakan hati n perasaan dia coz aku tahu aku penting bagi dia. Aku penting untuk masa depan dia. Tp itu masa depan, masa sekarang?? Dia tengah dera hati n perasaan aku. Aku rasa sedih sangat. Bila dia mendekati aku sedikit, then dia jauhi aku dengan banyaknya, itu buat hati n perasaan aku sangat sakit. Aku dah terima cara n syarat percintaan dia coz aku tahu dia di pihak yang benar, tapi hati aku sakit sangat. Perlukah aku tinggal kan semua nie??. Hati aku jawab : TIDAK!!! Hati aku sangat kejam coz hati aku sendiri sedang membelengu aku dalam satu situasi yg sangat berat. Bila kata nak curang hati aku tak benarkan. Aku tahu itu bukan sesuatu yg betul yg boleh aku buat, coz aku tahu Allah tu maha adil dan klu aku buat sesuatu yg salah, aku akan dapat balasannya nanti. So kepada insan yang pernah mencadangkan kepada aku, supaya minta putus dengan dia dan terima diri kamu, maaf lar...hati aku tak pernah mengizinkan itu berlaku. Mungkin juga kau ikhlas nakkan aku, tapi pada aku cadangan kau tak berasas dan tak masuk akal kerana pada hakikatnya kau tak pernah kenal aku dan dia. (situasi yg sangat elok untuk aku berlaku curang, coz org tu tahu aku dah berpunya but still nakkan aku). Bila kata nak tinggalkan dia, pun hati aku tak benarkan. Apa salah dia untuk aku tinggalkan dia?? Pada hakikatnya aku tahu niat dia ikhlas nak memperisterikan aku, cuma masa yg belum sesuai n tak mengizinkan lagi.


Bila aku bertahan dengan semua nie, sedih waktu2 tertentu...ini yang hati aku suka. Oh hati, kenapa kau sungguh kejam??? Lepaskan lah aku dari belengu nie wahai hati. Kalau ini yg kau nak, jangan lar sama sekali kau merasa sedih dengan situasi yg sedang berlaku nie. Jgn sekali2 pernah meminta sesuatu yg belum masanya lagi untuk kau perolehi. Jgn sekali2 buat aku berada dalam situasi yg sedang aku lalui sekarang. Wahai hati, kembali lah ceria. Kembali lah buat senyuman terukir dibibir aku seperti mana waktu aku mula2 belum mengenali insan itu. Bertahan lah wahai hati...untuk melalui semua keperitan ini kerana kau yg mahu melalui semua ini kerana pilihan terletak di tangan mu sendiri wahai hati, jika kau mahu segala2nya berakhir. Tp kau degil seperti tuan punya diri nie juga. Degil dan keras kepala. Suka menyusahkan diri sendiri walhal boleh memilih jalan yang lebih baik tanpa perlu melalui penderitaan ini. (padan muka kau hati..wkwkwk..) Tapi aku percaya, semua keperitan yg kau lalui ini akan berakhir jua dan satu hari nanti kau akan dapat apa yg kau nak wahai hati. Menagis lah sepuasnya sekarang kerana aku yakin di masa depan dia takkan buat kau menangis lagi. (harapan terbasar yg aku sandarkan pada dia). Aku yakin di masa depan dia akan buat kau bahagia sepertimana insan2 lain yg mengecapi kebahagain sekarang. (banyak juga kebahagaian tu yg tak berkekalan sehingga keakhirnya dan aku tahu dia tak nak itu terjadi dalam hubungan kami). Boleh ker aku percaya dan berharap pada dia??? Boleh aku sandarkan kepercayaan dan harapan ini pada dia??? Apa mungkin pengorbanan aku nie berbaloi???





Sunday, September 27, 2009

**KuPu-KuPu**

Salam...

Akhirnya cuti raya pun dah habis dah...sok pg dah kena g kuliah macam biasa. Pas nie mula lar kepala otak aku nak serabut balik nak siapkan asgmnt, risau gak aku bila fikir cam ner kami nak siapkan research utk PGT303 tu. I-Allah boleh kot klu semua berkerjasama n buat yg terbaik. Harap2 dapat siapkan ngan elok lar...


Balik pada tajuk post aku kupu-kupu....hehehe, pelik kan?. Nak di jadikan cerita kenapa kupu-kupu........



2 @ 3 hari sebelum raya ritu, lepas jer aku buka puasa, aku tolong mak kemas2 then tiba2 ade binatang terbang masuk dalam rumah (seperti biasa aku melarikan diri dari dapur coz aku takut yg masuk tu lipas terbang....huhuhu). Bila tengok betul2 rupa-rupanya kupu-kupu @ rama-rama, nak kate besar sangat pun tak, nak kate kecil sangat pun tak, kira sedang2 lar. Kupu-kupu tu nampak agak cantik, warna dia hitam putih. Mula tu die terbang dalam umah pas tu hinggap dekat lampu dekat dapur. Aku terus terfikir dalam hati... "klu kupu-kupu masuk dalam umah tu petanda org jauh nak datang". Pas tu aku terfikir, jgn2 izz ngan fmly die nak datang. Then aku fikir2 sendiri lar...ermmm, mustahil dieorg nak datang jauh2 nie, nanti berharap ker cakap2 ker pas tu tak datang aku gak yg kuciwa...hehehe. Pas tu aku cuci pinggan mangkuk semua then g solat maghrib. Sambil2 duduk ngan mak, then aku cakap kat mak, "klu kupu-kupu masuk org cakap ade tetamu nak datang". Aku tak cakap plak tetamu jauh nak datang, aku cuma terfikir, maklum lar nak raya...memang tetamu, sedara2 mak n ayah semua akan datang pun...paling2 pun kupu-kupu tu petanda sedara dekat2 nak datang umah lar. Mula mak diam jer, then mak cite sal time die muda2 n baru pas kahwin ngan ayah aku, ade gak kupu2 besar yg cantik datang masuk dalam umah. Then yg peliknya kupu2 tu macam nak dekat ngan mak then kupu2 yg sama muncul plak kat umah atuk aku. Aku tnye kat mak ade ape2 tak pas tu, mungkin kupu2 tu sebagai petanda, mak cakap tak der ape pun. Sebenarnya aku malas jer nak cakap kat mak "jgn2 org jauh dari melaka nak datang" tp kata2 tu dari mula lg tak terungkap sbb aku tak nak mengharap.


Then time hari raya ke-2, aku g beraya umah sedara aku, kami g seberang perai sekali g beraya umah arwah pakcik aku, adik mak yg dah meninggal. Masa nak balik tu aku 0ff hp aku jab coz bateri nak mati dah. In case emergency nanti susah plak coz balik malam tu aku nak kena drive balik umah. Then pas dah sampai umah malam tu, aku pun baru teringat hp aku, then aku on lar balik. Buka jer tiba2 ade msj yg buat aku agak terkejut an happy lar of course. Izz msj aku, die cakap klu tak der aral melintang, sok nak datang beraya kat umah. Kira raya ke 3 esok tu izz ngan fmly die nak datang. Mak mula tu dah ngantuk n letih. Dah hampir2 nak terlelap depan tv. Then aku buat terkejut cakap ngan mak.... "esok izz nak datang ngan fmly dia" terus mak yg ngantuk td hilang ngantuknya. Aku pun cepat2 jer kemas sikit2 umah aku yg agak semak lar gak...hehehe :p Tp cam biase lar...semak ngan barang2 kat meja kat dapur tu ngan barang2 aku ngan abg aku. Fail lar, buku lar n ntah ape2. Aku bersihkan meja tu ler coz mana tau nanti nak guna hidang makan kat situ, hehehe.


Memang aku tak sangka langsung rupa2nya memang betul2 org jauh nak datang umah aku. Aku happy sangat coz izz n famly die sudi datang beraya kat umah aku. Mak plak nak gak memasak coz die cakap tak elok lar org datang jauh2 nak beli plak ape2 dekat kedai n hidang kan. So mak bersemangat jer masak nasi briani ayam, pas tu goreng ayam n buat sambal udang. Ade gak mak wat masak kicap ayam belanda yg mak li utk raya pertama hari tu. Mula tu mak dah beli ayam kat kedai bawah umah nie. Masa tu aku ajak mak kuar jab die cakap nak li udang kat tempat biasa mak beli, kat situ ikan n udang semua segar coz baru jer naik dari laut, memang tempat tu tepi laut, tangkap n jual terus. Tp agak malang coz awal sangat time tu, udang pun tak der lagi. Then time nak balik tu mak beli ayam kat kedai bawah umah jer. (pagi2 buta lg mak dah kejut aku bangun coz risau klu izz ngan fmly dia sampai awal2....aku nie nak tido pun tak boleh, so aku bangun lar mandi n ajak mak g kedai). Nak dijadikan cerita, time mak basuh ayam tu, aku rase ade bau kurang menyenangkan dekat ayam tu. Mak pun cakap gak ayam tu ayam lama n dah berbau semacam. Pas tu mak cuci lar isi ayam tu ngan limau. Bile mak dah tumis utk nasi beriani, bau tu dah hilang n dah bau harum nasi briani lar.



Tp tu utk yg isi ayam jer, ade g bahagian ayam yg lain yg mak nak wat ayam masak merah. Memandangkan ayam tu ngan tulang sekali, so bau die tetap tak best. Aku cakap kat mak, masak jer cepat2 coz mungkin pas masak dah o.k macam isi ayam tu. Mak pun masak lar, tp kali nie time masak memang bau pelik jer. Pas dah siap masak pun bau tu tetap ada n aku nak termuntah jer bau. Then aku tunjuk kat abg aku, wangi ker ape bau ayam masak merah nie??? Die pun wat muka semacam jer coz memang bau tu pelik n macam busuk jer. Pas tu mak dah tension, aku nie lagi lar. Penat jer aku ngan mak wat keja, semua dah siap, then tau2 jer ayam masak merah tu berbau semacam plak. Bile tunjuk kat ayah die cakap tak der ape kot, mungkin bau sikit jer. Then lepas dah masukkan sedikit daun pudina n daun ketumbar, hilang cikit lar bau tu. Pas tu abg aku bau die cakap dah o.k. Mak cakap kat abg suruh die makan n rasa ayam tu cam ner. Aku makan nasi briani ngan sayur campur tp aku tak amik ayam masak merah tu (bau pun nak termuntah) tp nasi tu memang sedap n tak der plak bau ape2.


Bila abg aku makan then die cakap ayam tu dekat tulang memang busuk, bahagian isi tu o.k. Terus die buang n tak makan dah. Dalam keadaan macam tu tak kan lar nak hidang org jauh yg datang beraya kat umah makan plak kan. So mak suruh ayah g beli ayam lain n udang kat market. Time ayah turun tu die ade gak singgah kat kedai bawah tnye nape bg ayam lama. Then org kedai tu biase lar tak nak ngaku, die cakap memang ayam tu macam tu n semua ayam macam tu, die amik n tunjuk ayam lain dari peti sejuk die. Cian kat mak, dah ler puasa 6, penat jer masak pas tu jd macam tu. (hari esoknye, semua ayam masak merah tu masuk tong sampah).



Aku pun tolong lar gak coz yg nak datang kan tetamu aku...hehehe...then pas ayah dah balik, aku tolong mak wat sambal udang n goreng ayam plak. Memang tenshion tul aku coz dah jd 2 kali kerja gara2 ayam tu berbau semacam. Then time tolong2 tu aku membebel gak ler geram kat org jual ayam tu, mak cakap nak wat cam ner, tak der rezeki dieorg nak rasa yam masak merah tu n mungkin ade hikmah gak coz tak der ayam tu ayah dah beli udang ngan ayam lain yg segar n gemuk...hehehe..tp ape pun aku geram coz aku kesian kat mak yg berpenat lelah memasak coz mak ngah puasa. Walaupun aku tolong mak, tp klu mak tak der rasenye tak jd lar sambal udang n ayam goreng tu...hehehe...coz yg betul2 masak tu mak, aku tolong cikit2 jew :p


Bile semua dah siap time tu dah masuk waktu asar. Aku nie dah berlemui lar tolong mak kat dapur, then mak suh aku g mandi n tunggu tetamu datang. Aku dah agak memang izz tak kan datang awal sangat pun. Tunggu punye tunggu akhirnya kul 8.45 macam tu baru die sampai umah aku. Tambah plak ngan die yg tersesat jalan...hehehe...ape2 pun aku bersyukur sbb die selamat sampai n dieorg selamat balik melaka. Aku tak sangka gak ijad n tunang die pun ade sekali, then sorang g anak angkat mak izz ikut sekali. Tp aku memang dah agak gak dieorg akan datang, (menduga sendiri mungkin ade mungkin tak) cuma aku ingatkan adik izz yg sorang lg yg dah berkahwin tu ikut sekali...hehe...tp die tak der plak...setakat nie aku tak pernah jumpa die lagi.


Kira memang betul lar petanda kupu-kupu masuk umah aku tu ade org jauh nak datang. Benda2 macam tu tak leh nak percaya pun, kadang kebetulan jer. Tp kupu-kupu yg masuk dalam umah aku hari tu mak cakap, terbang masuk dalam kolah mandi dalam bilik air. Then tak boleh nak terbang. Mak angkat n letak atas kain depan toilet. Mak cakap pas tu kupu2 tu dah mati dalam umah coz mungkin ade cicak yg makan ker gigit die coz die tak boleh nak terbang :(


Then bila dengar cite mak tu mula lar aku buat kesimpulan sendiri, tetamu yg datang umah aku tu adalah tetamu yg akan kekal dengan aku hingga ke akhir hayat aku....I-Allah...kire kupu2 tu masuk n mati dalam umah aku n tak kuar balik dah. (Pandai2 jer aku nie kan wat cerita dongeng...huhuhu). Tp tu impian n harapan aku, aku nak izz kekal ngan aku hingga ke akhir hayat n berkekalan sampai dekat akhirat nanti...I-Allah...amin!!!



Tp ape yg wat aku sedih nie, aku tak amik gambar langsung time izz ngan fmly die ade sini, sama macam izz datang sini mula2 jumpa aku dulu, kamera ade tp tak terdetik nak amik2 gambar. Baru nie pun cam tu gak, ntah ape yg aku fikirkan sampai aku tak amik gambar dieorg langsung. Mungkin aku segan, then dalam percaya tak percaya n sibuk layan tetamu kot...tp aku sedih coz tak tanggap gambar dieorg time first2 datang umah aku beraya :(.



Akhirnya, kupu-kupu tu dah macam jd petanda plak org jauh nak datang umah aku. Tp benda2 macam nie kadang tu memang kebetulan n kita tak boleh lar plak nak percaya 100% n harapkan sesuatu kan....tu kata org tua2 jer. Satu lg, org cakap klu ade kelawar masuk dalam umah ade petanda tak baik iaitu kematian. Sekali lagi yg nie cuma kepercayaan n kata2 org tua2 jer, sebagai umat islam, kita tak boleh nak percaya benda2 macam nie coz dah macam kurafat plak kan. Allahualam....

Tuesday, September 15, 2009

Malangnya nasib aku hari nie....

Salam....

Adess...hari nie hari malang ape lar untuk aku....dari td pg ade jer bende tak baik terjd... :( Selalunye bila benda2 tak baik nie terjadi, satu jer terbit dalam hati nie... KALAULAH TADI.............

Tp tu kan bunyi org2 yang tidak redha ngan apa yg terjadi, so aku kena belajar utk terima n redha ngan ape yg berlaku. Sebenarnya semua tu pengalaman n pengajaran supaya aku lebih berhati2 lain kali. Manusia belajar sesuatu dari pengalaman. So pengalaman tu yg akan jd pengajaran untk kita. Satu lagi aku amat bersyukur sbb ape yg berlaku tu tak der lar sampai tahap teruk.

Yg sebenarnye, td pg, lepas habis jer kelas tuto pn Norlida, aku baru terperasan yg semalam aku terlupa nak print transparansi untuk nak present kul 1 nanti. Memandangkan ade mase 2 jam lg n kebetulan time tu shma pun tak print lagi utk die, so aku pun ingat nak kuar lar g print sekali kat luar utk die n yg group punye yg terlupe semalam tu. Then nak dijadikan suasana yg romantik...hahahaha.....ujan pun turun agak lebat (dah macam cite novel lar plak :p). Aku drive macam biase lar, masuk kat tempat kedai2 depan USM, pas tu...tiba2 (suspen)..........duuuusssshhhh!!!! bunyi satu hentakan yg nak kata kuat tak lar kuat sangat. Rupa-rupanya aku terlangar kete waja yg berhenti parking kat sebelah kiri. Mula aku ingat tak der org dalam kete tu...so aku drive jer slow2 ke depan, ingat tak der teruk mane lar coz tak kuat pun. (memang salah kete tu coz berhenti menghalang jalan, situ bukan tempat parking n klu nak report pun salah org tu lar, sape suh berhenti kat situ). Then aku memang slow coz nak berhenti n g print kat situ, aku tengok cermin belakang, ade lelaki cina kuar n tengok2 kete die. (mampus aku!!! rupa2nya org tu ade dalam kete td per...hahaha). Then pas aku parking die datang dekat aku, aku dah agak dah pun...huhuhu....chinese guy n muka pun tak lar nampak garang pun, o.k jer. Die cakap kat aku, "adik, td u langar kereta i". Aku pun cakap, "yer2, saye tahu, saye minta maaf, tak sengaja td". Selamber badak jer terus die cakap, "saye tak berhenti kat tempat yg salah, sbb kerete lain semua lepas, awk jer yg tak lepas".

Aku yg pertama kali dalam situasi yg macam nie, mengelabah lar gak...hahahaha....Aku g tengok kete die, nak kata teruk tak teruk pun...cuma bercalar cikit jer, tak sampai terkuar cat pun. Then aku cakap sori n aku nie pun student ag, bajet nak minta maaf n settle lar, hujan ngan aku tak perasan, pas tu die pun berhenti kat tempat yg tak sepatutnya. Cara die memang nampak sangat die nak minta duit kat aku kat situ gak ler. Die siap cakap kat aku, nie klu i nak buat balik, tukar semua belakang nie kena Rm200-300. (dalam otak die fikir nak minta separuh lar kot kat aku, dapat RM150 pun jd lar, angpau dekat2 nak raya nie). Then aku nie nak kata bengap tak lar bengap sangat. Yg pertama memang salah die coz berhenti dekat tempat (ikut undang-undang)tak boleh berhenti. Memang lar boleh berhenti kejab kat situ janji kete lain lepas, aku pun pernah gak tp kejab jer sbb tak der paking...huhu...Then yg kedua, byk lar cantik muka die nak buat balik semua kat belakang tu padehal kene calar tu polish cikit pun dah o.k, bukan kuar cat pun. so, aku cakap lar, u nak buat semua kat belakang tu buat ape? kan bercalar cikit jer tu???. Then aku cakap nak panggil ayah aku, coz ayah aku keje dekat situ jer, dalam CIMB, USM.


Pas tu aku cakap gak aku sibuk coz nak g print n jab lg aku ade presentation. Then die pun minta no aku, n cakap suh aku tgkp gambar kete die yg calar tu n tunjuk kat ayah aku pas tu bank in kat die duit. (dalam otak mungkin die ingat aku nie bodoh sangat lar kot, muka nampak macam boleh ditipu jer...hahaha, tp dalam beg duit aku cuma ade 4 ringgit jer, lepas untk print jer pun). Then aku cakap kat die, tak per lar, ape2 nanti tepon balik lar, tak pun aku suh ayah aku g jumpa die ker ape kan. Aku ckp kat die aku naik dulu nak print, die cakap die nak tangkap gambar n bg kat aku suh tunjuk kat ayah aku. ( aku ingat die nak tangkap guna fn die n mms kat aku coz aku cakap hp aku klu tangkap gambar tak jelas). Die punye lar ngada2, aku turun jer, die dah tangkap n cuci 3 keping gambar kot nak bg kat aku. Aku pelik bin hairan lar, sampai g cuci gambar tu wat ape???. Padehal bende tu cikit jer, bukan teruk ape pun, (klu nak ikutkan kete aku yg kene sebelum nie lg teruk, cat pun terkuar). Mungkin die ingat fon aku cabuk sangat nak mms pun tak boleh kot...hahahaha...Then teringat aku sebelum nie, aku pernah gak tergesel ngan kete wira dekat trafic light, tp tu pun tak sure salah siapa coz jalan tu agak sempit. Tp abg dalam kete tu sekadar jenguk2 jer, die tengok kete die calar sikit, die tak suh aku berhenti pun. Time tu kete aku nie dah memang bercalar dari awal2 lg, tu abg aku punya angkara...hehehe. Mungkin abg tu ingat kete aku kena lg teruk, walhal tu dah memang sedia ada, (die jer yg tak tahu kot) so die pun wat tak reti n drive jer lar. Siap senyum2 dekat emak aku masa lalu potong kete aku...hehehe..nampak sangat lar abg tu jenis yg tak kisah n tau yg drive tu perempuan, siap ade pelakat P lagi. Klu die nak boleh jer die suh aku berhenti. Tp aku agak pelik gak ngan lelaki cina nie, kete die tak teruk mana pun, tapi mati2 nak gak duit dari aku. Tak der bertimbang rasa langsung.


Tp time aku kat kedai print tu, aku yg tengah mengelabah, fikir nak present plak jab ag, aku call abg aku ckp cina tu minta duit kat aku, aku depan USM. Then abg aku cakap, jgn bg duit kat die, bwk die g jumpa ayah dekat CIMB. Pas tu fon aku yg tunggu nak campak lombong tu kong plak. Then kat bawah tu aku suh lar cina tu call abg aku balik, cakap ngan die ker tp tak dapat. Then aku call balik guna hp aku, nasib baik boleh, abg aku cakap ajak jer jumpa ayah. (die siap msj aku lg, jgn bg duit kat die, bwk g jumpa ayah). Then aku pun ajak lar cina tu g jumpa ayah aku dalam USM gak dekat CIMB. (dalam kekalutan n kegelabahan dalam ujan tu, sampai jer kat keta baru aku ingat, rupa-rupanya aku tertinggal payung kat kedai print tu...hahaha). Payung-payung semua tak penting dah, masa nak balik nanti boleh g amik, yg penting nak settlekan hal tu dulu. So aku pun buat-buat lupe jer kat payung tu, n lelaki cina tu follow aku lar masuk USM jumpa ayah aku.


Bile die tengok ayah aku, rasenye die kecut cikit kot, hahaha, pakcik Habib saje pun nampak garang then siap ade senapang lg kot...hahahah :p Cara lelaki cina tu cakap pun macam dah lain cikit, (ooopppssttt!!! budak nie tak boleh lar aku dapat kurang2 150 dari dia, tu yg die fikir kot...hahahaha) so die cakap nak RM80. Last2 ayah aku cakap2 ngan die nak setallekan kat situ gak lar, bayar kat die RM50. Mula tu die tak nak, then cakap suh claim insuran lar, (dah lagak macam langar gajah padehal langar semut jer pun, perumpamaan lar...hehehe). Aku rasa die tu bijak nak memanipulasi org n amik kesempatan ikut keadaan sekeliling. Mula cakap claim insuran, pas tu tambah lg , klu u claim u lar rugi, nanti ape ntah turun, nampak sangat die macam nak jugak2 duit. Mula aku tak perasan pun cermin belakang tu retak, bila ayah aku berat nak bg duit, baru die mula pegang2 n rasa kononya cermin tu dah retak, kire nak nampakkan yg kerete die teruk lar. Ayah aku pun pandai gak lar cakap. last2 die dah malas kot, die amik jer RM50 tu n g jer dari situ. (tu pun kira dah cukup o.k lar tu dapat RM50, aku nie kete g teruk tunggu nak repair).


Pas tu aku pun g dari situ coz jab ag nak kena present. Mula2 nak present tu memang blur otak aku, ntah ape lar yg aku merapu, bace pun leh silap. Then nasib baik lar kawan2 aku semua sporting, bile sorang2 kuar, dieorg tepuk tangan, dah habis tepuk lagi...saje gurau2. (Thanks kat semua dalam kelas td). Pas tu aku cuba cover-cover gak lar n cuba yg terbaik. Balik dari keje jer abg aku cakap, nape g bagi no tpn n bayar kat die?? Then abg aku cakap "klu aku jd hang, aku bg ja no tepon sapa2 yg tak kenal, pas tu aku blah ja dari situ, dia takkan berani nak buat report punya". Then aku pun terfikir, ermmm, die lelaki boleh lar, macam aku nie dah lar perempuan, penakut plak tu, tumpang aku tak nagis jer depan lelaki cina tu td, klu tak buat malu jer, hahaha. Tp time aku g bg tahu ayah aku, aku dah macam nak nagis gak ler, nasib baik bajet jer tak nagis depan tu...hahahaha....

Nasib malang aku tak berakhir di situ. Malamnye plak memang dah janji dari beberapa hari yg lepas ngan kawan2 nak g makan dekat BJ tempat kawan aku keje part time kat situ. So bile sampai umah jer, mak aku cakap, "tak per lar, benda dah nak jd, lain kali hati2...baca doa dulu sebelum drive". Aku memang selalu bace pun ayat kursi, tp org cakap malang tak berbau kan. Then aku cakap gak kat mak aku, aku rase sedikit kekok nak drive coz dah jd cam tu, aku rasa macam aku boleh jer buat lagi kesalahan macam tu, tak bajet tul2 n g langar kete org ker, moto org lagi. Sedikit fobia lar. Pas tu aku cakap, malam nanti tak tahu cam ner. Then mak aku cakap, "batalkan jer lar, tak yah g, macam ade petunjuk something jer". Aku pun rasa serba salah coz sebelum nie pun tak jd sebab aku, nanti klu cakap tak jadi lagi....... Then mak aku cakap, g jer ngan bus, aku cakap lar, nak g ngan bus dah malam nanti nak balik susah. Then aku ade terfikir gak nak g ngan bus then balik suh abg aku amik. Last2 aku cakap tengok keadaan nanti macam mane. Bile dah dekat maghrib tu aku cakap nak g gak, mak aku cakap tak per lar. G pun nak suh abg aku amik, g ngan bus semua susah. So aku pun tawakkal jer lar kuar.


Dengan tak di sangka2, time nak kuar dari parking BJ yg sempit tu, serius aku first time drive masuk situ sendiri n tak tahu menahu sangat...time nak balik tu aku pun nak kuar lar macam biase. Bile nak kuar tu, ade plak kete yg tunggu nak kuar gak, so bile kawan2 aku masuk, aku pun jalan ler nak kuar....tiba2....(suspen lg)...dussshhhhh!!! bunyi dentuman yg kedua plak hari yg sama. Tp kali nie bunyi die kuat gak lar. Bahagian belakang keta tu terlangar batu dekat tempat kuar tu sbb aku bajet kuar tak betul n sbb nak cepat, tempat tu plak sempit. Adess, malu gile aku, dah lar kete belakang tunggu, keta bertentangngan pun sibuk nak kuar gak. So aku reverse balik g kete depan yg nak kuar dulu, memang dua tiga kete yang kuar tu jenguk2 tengok kete aku, siap sorang apek kot, jenguk sambil tersenyum2...lg bertambah lar malu aku nie. Then aku naik tempat nak masuk balik n baru kuar balik dari situ. Dari awal aku ikut lorong sebelah tu kan senang. Benda nak jd, malang tak berbau. (Jgn dengar lagi cakap mak, padan muka). Pas tu bile aku tengok kete, kali nie memang teruk lar bercalar n kemek sekali kete kat belakang tu. Memang agak teruk lar. Aku dah tenshion gak tp still cool lagi. Bile balik umah cakap kat mak, (kali nie memang aku kena sound lar...huhu..padan muka aku). Tp mak tak der lar marah teruk2 sangat pun, die cakap g amik duit sendiri baiki balik. Then aku cakap lar kat abg aku, aku nak kuarkan duit aku nanti n kongsi separuh2 lar repair balik. Tp abg aku cakap tak payah repair dulu. Drive bagi betul2 cekap dulu then baru repair, takut dah buat kena lagi. Pas tu mak pun dah tak cakap ape lar. Aku dah bermurah hati nak kuarkan duit n repair....hahahaha....Tp abg aku nie jenis yg tak kisah, rasanya klu die dapat gaji nanti die repaikan, tak dernye die nak minta duit kat aku. Ape2 pun aku sendiri yg kene bersedia simpan duit cikit dekat bank yg boleh mudah kuarkan duit. Bawa kete nie ape2 kemungkinan boleh jadi, n kena sentiasa ade duit kat tangan. Memang lar tak nak bende2 macam nie jd lagi, tp klu dah takdir nak jadi, bukan kite boleh nak halang pun. Ape2 pun aku bersyukur sangat, tak der bende buruk yg jadi. Teringat aku yg mak aku pesan petang td, "baca doa dulu, benda yg nak jd pun tak kan jd, tak pun klu benda yg nak jd teruk, Allah ringankan. Mungkin ade hikmah disebalik ape yg terjadi hari nie. Pas nie aku perlu gak ikut kata hati, klu rasa tak sedap hati, lebih baik aku jgn teruskan ape2, hari nie aku dah betul2 TERKENA!!!!!.

Thursday, September 10, 2009

RiNdU....



Perlu ker kita rindu pada seseorg yang tak semestinya rindu kat kita??. Aku tidak tahu sejauh mana si dia rindukan aku. Tapi yang nyata dan pasti aku amat merindui dia. Baru 2 hari aku langsung tak dengar khabar berita dari dia mahupun fmly dia (dah rasa macam 2 bulan tak dengar khabar, berat nie!!!). Ntah nape dah dua hari nie mak si dia pun tak der ym malam. Paling2 pun klu aku dapat borak ngan mak die, rasa rindu aku kat die kurang gak, sbb mak die rajin gak cakap sal die. Tak pun aku buat2 tanye jer... "mak cik, izz nagh wat ape??". Klu mak die cakap die tido ker, sibuk ade keje ker, tu dah cukup...aku rasa terubat gak 0.5% rindu aku kat dia.


Dia diam adakah dia marah kat aku??. Kadang aku rasa pelik gak, nape dia diam macam nie??. Tp bila aku fikir balik, memang aku ada cakap something kat dia, (yg mungkin dia terasa hati @ aku jer yang salah faham sendiri). Dia nie sebenarnya org yg macam mana??. Cepat merajuk ker???. Cepat terasa hati ker???. Jenis tak peduli n tak kisah ker??. Aku tak tahu. Macam mana aku nak tahu klu dia sendiri tak pernah meluahkan ape perasaan dia kat aku???. Normal lar semua org akan rasa cemburu kalu gf/bf die baik atau msj ngan org lain. In fact aku sendiri tak suka n cemburu klu ade perempuan lain baik ngan dia. Tp aku sendiri tak pasti sejauh mana dia sygkan aku n dia cemburu lelaki lain baik ngan aku. So aku baik ngan ramai org. (kaum lelaki n of course lar dengan batasan tertentu). Klu betul dia cemburu, kenapa dia tak pernah meluahkan n macam mana aku nak tahu dia tak suka???. Klu ikut kata mulut dia kat aku sebelum nie... "izz tak kisah yati nak kawan ngan sape pun, tu hak yati, tp as long as yati tahu jage diri". Bila aku ingat kata2 tu, aku buat kesimpulan sendiri, dia memang tak peduli n tak kisah. Suka hati aku lar aku nak kawan ngan sapa pun, dia tak der halangan. Secara tak langsung aku rasa macam aku nie tak penting dalam hidup dia. (tp apa yg dia fikir n apa yg dia rasa hanya dia yg tahu). Tp bila aku fikir2 balik riaksi dia 2 3 hari nie pas aku cakap kat dia "izz, ade sorang mamat nie sibuk jer nak view web cam yati, kacau daun jer". Dia cuma gelak..haha...tu jer...pas tu aku msj dia tak balas dah. Sampai lar tiba2 mak n die pun dah out dari ym. Pas tu aku pelik lar, nape out tak cakap. Bila aku msj tnye die marah kat aku ker, die cakap tak lah ter DC coz internet problem. Pas tu dua hari nie macam biasa die diam. Klu nak diikutkan diam 2 hari nie tak der ape pun coz macam biasa klu nak diikutkan sebelum aku main game tu, dia diam berbulan2 lar gak.


Yg sebenarnya malam tu aku ngah web cam ngan mak die, pas tu at the same time die ngah tolong aku nak atasi masalah game run tu yg tak leh nak main. Then ade seorg budak nie, aku kenal dalam teg, budak USM gak school ilmu kemanusiaan kot, umur sama ngan aku n sekarang nie ngah tahun akhir gak kat USM. Pelik gak lar die nie, siap panggil aku syg2. Tp aku tak layan pun. Then aku add dia dalam ym. Dia nie baru kenal aku, pastu tiba2 jer bila tahu aku pun budak USM, then org penang plak, terus die tiba2 jer ajak aku kuar hari ahad lepas tak silap aku. Macam biasa lar kan, aku nie ngan selambar badak jer cakap minta maaf bnyk2, mak aku tak bagi aku kuar2 umah, then mak aku akan tanya aku nak g mana. Die cakap "tak per lar". Pas tu die cakap aku nie mesti jenis yang tak leh kuar malam. (nak kuar siang pun payah, nie kan plak malam...hahahah). Tp niat di hati aku memang lar aku tak nak kuar ngan die pun. Sekadar kawan tak per, aku tak nak lah lebih2 sampai kuar ngan die sedangkan baru kenal. Pas tu masa dia cakap nak view cam aku, aku g alasan kat die, aku dekat umah, tak pakai tudung n serabai plak tu. Patutnya dia faham lar kan, g pun aku dah cakap kat die aku ngah web cam ngan mak bf aku. Then die cakap tak pe lar, tak kisah...aku tak tahu tak kisah aku serabai die nak view gak @ tak kisah aku tak buka cam kat die pun..tp die ade buka cam die suh aku view. Tp aku cakap tak nak n sampai last pun aku tak view cam die. Then dua hari lepas kot, aku dapat gak masuk game run tu..tp macam biasa leh masuk sekali jer klu dah out tu error tak boleh masuk dah. Kena install lain n macam biasa leh masuk sekali jer. Then aku layan run tak layan ym pun. Die ade gak msj aku n suruh aku view cam die. Tp aku tak layan gak then out ym macam tu jer.


Aku tak faham lar adakah si dia marah kat aku sbb tu??. Kengkadang aku rasa dia macam marahkan aku tentang sesuatu. Aku boleh rasa macam tu ngan sikap n cara layanan dia kat aku. Tp aku tak pasti sejauh mana kebenaran yg dia marah atau cemburu tentang sesuatu. Kengkadang aku nie suka fikir yang bukan2. Suka fikir yg negatif. Tapi betul ker dalam hal nie pun aku berfikiran negatif gak @ memang betul dia marah n cemburu???. So aku biasanya akan fikir yg aku sendiri yg berfikiran negatif tp dia tak kisah n tak peduli. Betul ker???.
Mungkin gak silap aku coz aku terlalu berterus terang ngan dia. Tp macam biasa aku brsikap macam tu sbb aku nak tahu dia sygkan aku atau tak. Jauh di sudut hati aku nie, aku tak pernah ade niat nak menduakan dia atau nak layan mana2 lelaki lebih dari seorg kawan. Klu tu lar yg aku nak buat, dari mula lagi aku dah layan jer ramai2 kawan yg sesetengah tu tak faham bahasa. Dah tahu aku dah berpunya tapi still nak berbaik ngan aku. Ade sorang mamat nie, bukan org Malaysia yg aku kenal dalam teg gak, adess..memang mamat sorang nie tak faham bahasa sbb bukan org Malaysia kot, naik rimas aku ngan dia, sekarang nie dia kurang lar nak call aku coz aku tak layan dia pun (die call jer anytime, aku tak angkat....hahahaha....jahat aku nie plak eah...buat org cam tu) tp bukan niat aku nak buat macam tu, at first aku ikhlas nak kawan. Tp sikap n perangai dia wat aku rimas n tak suka, so aku avoid dia terus lar, selain mamat pelik tu ade gak kawan-kawan yang lain.... (leh nampak lar nak lebih dari kawan biasa, tu pandangan aku ler, ape yg org tu fikir aku tak tahu...huhuhu). Tp bukan semua gak yg mendekati aku yang berniat nak lebih dari kawan macam tu, sesetengah kawan tu aku selesa berkawan ngan dieorg...memang dieorg pun nampak ikhlas nak berkawan ngan aku...sekadar kawan lar....(thanks 4 u all....).


Tp perasaan aku berbelah bahagi. Berbelah bahagi bukan soal kasih syg aku kat dia. (yg tu dah pasti lar aku amat sygkan dia). Tp berbelah bahagi tentang perasaan dia kat aku. kadang aku rasa dia amat sygkan aku, bila tiba2 aku rasa dia marahkan aku dalam soal2 yang melibatkan org lain. Tp kadang2 aku rasa dia tak peduli pun, mungkin aku jer yang rasa macam tu tp pada hakikatnya dia tak der ape2 perasaan pun. Macam mana aku nak tahu apa sebenarnya yg dia fikirkan n dia rasakan???.


Berat sangat bila fikir sampai bila lagi aku nak berteka-teki sendiri. sampai bila aku dapat merasa kasih syg dari seseorg yang benar2 sayangkan aku sama macam yg org lain dapat. (ksh syg yg aku maksudkan cuma perhatian n sikap ambil berat dari org tersayang). Memang tak lebih dari tu sbb org tu bukan suami aku, hahaha...memang aku tak pernah minta lebih dari tu buat masa sekarang tp aku tak pernah dapat semua tu dari dia. Klu ada pun teramat lar sikit sampai tak boleh nak diambil kira n masuk dalam senarai. Terus terang hati aku sakit sangat...tapi aku tak kisah pun. Aku rasa terbeban sangat ngan semua nie tp aku masih bertahan. Aku sendiri seorg yg amat sensitive dan mudah terasa hati. So bila semua nie berlaku kat aku...memang berat aku nak tanggung. Perasaan sengsara dalam hati aku nie kadang aku tak dapat nak luahkan dengan kata2. Tp aku masih bertahan dengan semua nie. Memang org akan fikir aku terbelengu dalam satu perhubungan yg pelik. Dah ramai gak yg cakap kat aku tinggalkan semua nie. Tp naluri hati aku masih berkata "dialah orgnya". Aku tidak tahu kenapa aku begitu sygkan dia sampai semua sakit hati yg aku tanggung nie boleh hilang ngan mudah klu dia sekadar msj tnya khabar jer kat aku. Tu bukti betapa aku sygkan dia. Aku cuma nak dia berikan perhatian kat aku n ambil berat tentang diri aku, tu jer. Aku tak pernah minta lebih dari tu. Adakalanya aku rasa macam aku sedang memaksa diri dan memaksa dia dalam perhubungan nie. Tp aku pelik sbb aku tahu dia nakkan aku dalam hidup dia, cuma cara dia yg berbeza. Memang satu ujian yg agak berat dalam hidup aku kerana aku jatuh cinta ngan insan yang macam nie. Seseorg yg sanggup melukakan hati org yg (mungkin dia syg) dan mungkin gak cuma dia anggap macam kawan biasa. (AKU TIDAK TAHU!!!!!).

Monday, September 7, 2009

SeCeRiA sEnYuMaN....


Pelik palk tajuk nie ek..seceria senyuman..adakah aku pun seceria senyuman aku tu waktu n ketika nie...yer kot...tp 50-50. 2 3 hari nie memang aku tenshion sangat, rasa bersalah sal asgment baru nie, aku der wat salah agaknyer...tp tak tahu lar betul ker tak ape yg aku wat tu salah. Tp aku rasa tak senang hati coz klu betul benda tu salah, aku dah menyusahkan org. Aku tak suka susahkan org lain. Klu betul ape yg aku buat salah, caka jer salah, aku leh betulkan. Tp memang salah aku lar coz aku cuai agaknye, tak tengok betul2. Tp ntah ler salah @ tak (aku rasa macam ade benda tak kena..huhuhu). Aku yg tak sedap hati beberapa hari nie. Biar lar klu salah pun ape yg aku buat, aku g suka org terus terang n aku baiki kesalahan aku sendiri. Bukan susah nak baiki kesalahan diri, ape pun hati akan lebih senang n tenteram klu kerja kita, kita yang buat, bukan nak susahkan org lain buat plak keja kita pas dah bersusah payah wat kerja sendiri. Mungkin 2 3 hari nie aku tak sedih sangat klu betul aku buat silap n aku baiki silap tu sendiri. Sekarang aku rasa terbeban fikir aku dah susahkan org lain. Mungkin gak org tu ikhlas n tolong, tapi aku rasa tak sedap hati. Aku bukan jenis org yg tak der perasaan n suka susahkan org lain. Klu aku buat silap, aku mengaku n aku lebih suka org terus terang supaya aku dapat baiki diri. Then bila kita buat keja kita sendiri, yg nyata dan pasti, org lain tak sakit hati...kita pun senang hati...

Ntah ler, ape2 pun aku harap pas nie aku akan lebih berhati2 bila buat kerja aku. Aku tau itu kecuaian aku sendiri dengan tak disengajakan klu betul silap lar...huhuhu...dan aku gak harap, org boleh tegur ape yg aku buat tu silap, bukan mendiamkan diri jer. Bila dah diam, org tu sakit hati, simpan dalam hati, pas tu mula lar nak rasa tak seronok lar ape lar, sedangkan perkara tu boleh diatasi. (nie utk diri aku jer lar coz ade gak sesetengah kes yang mungkin payah gak nak diatasi coz sesetengah org nie tak berperasaan...huhuhu). Ape yang sebenarnye aku nak sampaikan, klu betul aku silap, tolong terus terang. Bukan susah nak btulkan balik tambah2 bila ade masa lagi n kerja tu pun bukan susah mane pun untuk aku lar coz tu part aku. Klu untuk org lain mesti lar benda tu dah jadi berat coz dah dikira kerja yang bertambah. Adesss...tenshion tul lar aku. Aku rasa bersalah n tak sedap hati betul. :(

Dah ditambah ngan masalah nie yang aku fikir, tambah lagi 2 3 hari nie, peneman setia aku, yang buat aku agak happy semenjak dua nie, tak sedy2 lagi tanggung rindu, ade masalah gak. Lagi bertambah sakit pale otak aku nie. Aku nie memang seorang yang sangat sensitive. Cepat sangat happy tentang sesuatu n cepat sangat sedih tentang sesuatu perkara. Mungkin tak nampak pada zahirnya perwatakan aku macam mane, terutamanya untuk orang2 yang tak betul2 rapat ngan aku. Maksud aku rapat macam mak, abg ngan ayah aku ler. Dah duk sebumbung, memang tak leh nak sembunyi perangai sebenar lar kan. Klu kata ngan kawan baik pun, even sepupu aku sekali pun tak semestinya dieorg tahu aku nie jenis yang macam mana. Boleh kata aku nie sangat baik pada org yang baik ngan aku, n aku boleh jadi sangat jahat untuk orang yang jahat ngah aku. (Takut jer ek bunyi ayat tu...hahahaha). Tak der lar sampai macam tu sekali jahat aku nie sbb selalunya jahat aku tu tak kuar betul2 pun sampai tunjuk kat org tu sbb aku tak sampai hati plak. Selalunya aku geram sorang2, (dalam hati jer) then tempat aku meluahkan of course lar kat mak aku (kadang-kadang jer) coz mak aku pun bukan sporting sangat. Selalunya aku kena sound balik gak nanti...huhu...Then pas tu aku dah o.k, tak der fikir2 lagi dah. Dalam hati 0-0. Aku tak reti lar nak jadi hipokrit macam sesetengah orang tu. Bila depan kita tunjuk bukan main baik lagi ngan kita. Senyum sampai kat telinga bila bercakap. Tapi dalam hati tu yang peliknya ntah ape yag org tu fikir. Boleh plak cite ngan kita sal keburukan org tu. Ini tak kena itu tak kena. Sampai boleh buat aku pelik dan kehairanan. Amboi mak, td bukan main bersembang bagai nak rak. Bila dah belakang org tu cite plak sal keburukan org tu. Aku jenis, klu aku tak suka, aku betul2 tak suka. Aku tak reti nak berlakon nak buat2 borak bagai nak rak, tp dalam hati tak suka. Klu aku tak suka, aku susah nak pandang muka org tu n aku susah nak cakap ngan org tu. (memang leh nampak dari air muka aku yang aku tak suka). Tp bila mula2 aku tak suka, mungkin ade masalah ape2, tp bila once aku dah mula cakap ngan org tu, aoutomatik dalam hati aku dah tak der perasaan benci atau marah lagi. Aku dah cuci bersih semua tu then baru aku boleh nak dekati org tu, cakap ngan die even nak bergurau ker. Ntah lar, kadang aku tak faham sesetengah perangai org nie, macam mana boleh bersikap hipokrit macam tu. Aku harap2 aku tak terpengaruh ngan keadaan sekeliling n mula mewarisi sikap tu (nauzubillahhiminzalik). Takut gak aku, mula berjinak2 n belajar perangai macam tu dari sekeliling. Setakat nie alhamdulillah aku masih macam aku. Bila aku dah mula bercakap ngan orang2 yang aku geram, marah n benci, tu lahir dari hati aku sendiri, ikhlas nak berbaik ngan org tu bukan aku berpura-pura. (Cerita nie sebebarnya jeneral n tak merujuk pada sesiapa pun, takut2 ade yang salah faham plak). Aku cakap nie berdasarkan pengalaman aku sendiri yang dah 23 tahun hidup, merujuk pada seluruh hidup aku lar.

Melalut plak aku cite ekk. Sebenarnya banyak yang aku fikirkan 3, 4 hari lepas. tapi tak der mood nak menulis. So bila malam nie aku ade mood, semua cite dah jadi rojak plak...bercampur aduk...hahahaha...



8/9/2009. 8.47 p.m.

Nak sambung tulis lagi hari nie sbb aku kebengangan n ketenshionan. Klu kata soal masalah yang aku mula2 tulis tu rasenye tak der masalah kot. Klu ye pun mungkin tak sampai tahap leh buat org lain marah n geram kat aku. (mungkin pada org benda yang aku buat tu walaupun tak berapa o.k tp, o.k lar kot...hahahaha). Nie memang masalah aku, cepat terasa hati, cepat fikir yang bukan2...n satu g perangai buruk aku yang memang dah agak sebati ngan jiwa aku kot...aku suka berburuk sangka ngan org. (Aku memang patut belajar utk buang sikap nie). Semua perkara aku macam tu...klu jadi ape2, benda pertama yang terlintas kat fikiran aku mesti yang negatif2. Pas tu aku sedih sendiri. Pada hakikatnya perkara tu lum tentu macam yang aku sangkakan. hahaha....aku memang kena ubah sikap aku tu.

Sekarang nie aku betul2 ngah geram ngan "Game Run". (Binatang ape tu n mane muncul plak tiba2? hik3). Sebenarnye aku pun baru lagi kenal benda yang bernama "Game Run" nie. Klu sebelum nie aku langsung tak pernah main ape2 game pun, (Setakat layan game dalam fon jer lar bila boring tahap gaban). Jarang yang teramat sangat lar, nie kan plak game on9 macam Run tu. Tp sejak2 arien ngan mak die semangat jer suh aku dwnload n main game tu, (mula tu aku main2 jer, tak pernah pun nak anggap serius nak main ker ape) tp bila sekali aku dah boleh main game tu, aku dah terpaut hati lar plak...hahahaha.. (yg paling penting mesti lar sebab ade org tersayang dalam tu, time kasih makcik ngan arien yang bersemangat suh aku main gak game tu). Klu ikut hati aku nie tak dernye aku nak layan game2 macam tu. Tp sebab lain, yg bestnye game tu leh gak release tenshion, dapat banyak kawan (byk adik2) n best plak borak2 ngan dieorg. (ade yukai,jes,jundamine,semuatakboleh,elec pas tu ramai gak lar). Bila borak2 macam tu secara tak langsung aku tak der fikir sangat masalah aku yang berada dalam keadaan tahap bosan yang teramat sangat (selalunya lar) bila aku tak der mende nak buat. (mula lar aku fikirkan si dia, pas tu aku jadi geram n sakit hati coz dia pun tak nak layan aku). Bila ade game nie, aku tahu die ade kat sana, aku pun ade kat sana, rasa macam dekat, die tak yah borak ngan aku pun tak per, kawan lain ade nak borak ngan aku, adik2 pun ramai yang semangat jer borak2 ngan aku. (so aku dah tak tenshion sangat dah).

Sekarang nie dah berhari2 game tu problem n aku tak leh nak buka n main. Rasa macam aku tak der ape2 nak buat n bosan. (memang ler byk keje lain boleh buat, tapi serius aku tak der mood langsung). Nie dah wat aku sedih n tak tahu nak buat ape. Kawan2 dalam tu pun cam semuatakboleh ade gak ym ngan aku, tanye dah boleh main lum. Die pun ade masalah yang same tak boleh nak main macam aku. Tp yang jelusnya sekarang die dah boleh main, tapi aku buat tak boleh2 gak. Nak harapkan abg aku tolong buat, (minta maaf byk2 lar kan). Mungkin die tahu tp die tak plak bermurah hati nak tolong aku ngan benda2 macam nie. Aku ade gak ler beberapa kali buat2 tnya kat dia, mana lar tau dia nak tolong tengokkan, tapi die cakap die pun tak tahu. Mungkin betul tak tahu lar kot. Die ade gak tolong2 suh scan guna IoBit, mana lar tau game tu der virus ker ape yg jadi cam tu...tapi semua tu tak guna pun...problem nie tak leh nak settle gak. Aku dah tak faham lar. Semalam memang lar syg aku tu dah tolong suh wat ikut step sbb laptop aku guna Vista, tapi aku tak tahu mane yg tak kena. Tak boleh2 gak. Bagi aku sedih n geram jer. Klu lar syg dekat, leh jera aku anta laptop nie kat die suh tolong buatkan. Nak anta dalam mimpi boleh lar...huhuhu...jauh plak...silap2 hilang laptop aku tengah jalan pun boleh...hahahah...bahaya!!!! :p (Dengar kat posman marah dieorg kat aku kan?? hehehe :p)

Ntah lar..pas nie aku kena tunggu lagi..n cuba wat lagi...mesti semua org pun dah bosan nak layan aku nie...dah ajar, dah suruh tapi tak boleh2... :( aku pun tak reti nak wat cam ner lagi. Semalam aku ingat hari nie dah o.k...tp tak boleh2 gak. Adess........